Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Khamis, 12 November 2009
Nizar News | Budget Perak Budget Penyamun - Dato Mahfuz Omar
Batu Gajah 09 November 2009 - Dalam ceramah umumnya disini Isnin lepas, Dato' Haji Mahfuz Bin Omarr, Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan Belanjawan Kerajaan Negeri Perak untuk tahun 2010 adalah sebagai Belanjawan Penyamun. Budget yang dibentang dalam masa 20 minit dan diluluskan terus tanpa pembahasan itu dikatakan seolah-olah seperti ketika penyamun yang diserbu polis.
Menurutnya lagi, Belanjawan Negara 2010 yang dibentangkan oleh PM Malaysia, mengambil masa lebih kurang 20 hari untuk dibahaskan sebelum diluluskan. Manakala di negeri Kelantan, sesi pembentangan belanjawan dan pembahasan mengambil masa sehingga 4 hari sebelum diluluskan seperti yang berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Namun akibat masalah yang timbul selepas krisis rampasan kuasa, pihak kerajaan negeri Perak yang ada sekarang seolah-olah mengambil mudah tentang mengenai belanjawan ini dan dia menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku di negeri Perak. http://perakexpress.com/www/
Ku Li setuju jelas isu royalti minyak Kelantan : Husam Musa
mbayaran royalti minyak melalui satu ceramah anjuran Kerajaan Negeri.Katanya, persetujuan Ahli Parlimen Gua Musang itu dibuat setelah beliau bertemu dengannya pada Sidang Dewan Rakyat dua hari lalu di ibu negara.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut melantik sebuah syarikat guaman untuk menjadi panel peguam bagi tuntutan wang royalti yang kini berjumlah RM2 bilion sejak hasil perolehan dibuat pada 2 Januari 2005.
“Tengku Razaleigh akan memberikan penjelasan mengenai perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang telah dibuat pada 1975, kita tidak pasti lagi bila ceramah itu akan diadakan kerana Menteri Besar Kelantan (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menunaikan haji di Makkah.
“Kalau sempat, kita buat sebelum Menteri Besar pergi. Jika tidak kita buat selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.
Husam berkata demikian mengulas perkembangan tindakan kerajaan negeri terhadap isu tuntutan pembayaran wang royalti yang sebelum ini berjumlah RM1 bilion melalui mahkamah berikutan pada 4 November lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran wang royalti ditukarkan kepada wang ihsan dan ia akan dibuat pada tahun depan.
Nik Abdul Aziz semalam juga meminta supaya pembayaran wang ihsan daripada pusat seharusnya diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk diuruskan dan bukannya melalui agensi pusat Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) mahupun Petronas yang menaja Program Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECER).
Husam berkata, panel peguam akan membuat kajian serta meneliti fakta yang ada di dalam perjanjian yang telah dibuat sebelum menjelaskan kepada Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, berdasarkan fakta yang dikeluarkan di laman web mengenai Malaysia-Thailand Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) hasil perolehan royalti kepada pusat berjumlah RM800 juta dan separuh daripadanya perlu diberikan kepada Kerajaan Negeri.
“Pusat terima RM800 juta bayaran tunai royalti minyak dan RM400 juta daripadanya perlu dibayar kepada Kelantan dan jika pembayaran itu dituntut sejak 2005 hingga tahun depan maka jumlahnya menjadi kepada RM2 bilion,” katanya.
Ditanya kenapa Kerajaan Negeri meneruskan tuntutan melalui mahkamah walaupun Kerajaan Pusat memberikan peruntukan wang ihsan, Husam berkata, melalui perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini iaitu pada 1975, Kerajaan Pusat perlu membuat pembayaran tunai kepada kerajaan negeri hasil royalti minyak.
Katanya, Sarawak dan Sabah telah menerima bayaran royalti minyak walaupun operasi perolehan minyak lebih jauh tiga batu nautika daripada perairan negeri tersebut.
Menurutnya,, bagi kawasan JDA, Kabinet tidak pernah menafikan ianya bukan kawasan perairan negeri, jadi secara tidak langsung kawasan JDA itu adalah di bawah negeri Kelantan.
“Kami tidak mahu aniaya Pusat, kerana jika Kelantan berjaya mendapatkan tuntutan royalti minyak itu, bagaimana pula dengan wang ihsan yang telah diberikan,” katanya. SH
Harapan kemenangan PR kian terkubur?
Seandainya Najib membubarkan parlimen keesokannya, mungkin penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang "taksub" sahaja akan mempercayai bahawa PR akan mengambil alih kuasa. 14 bulan lalu, ramai orang yang dingin-politik sebelum ini menjadi peminat pelan "16 September" oleh Anwar Ibrahim.
Sahabat saya yang juga seorang pengamat politik berkata, seandainya PRU diadakan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan yang akan datang, maka tugas pendukung demokrasi seperti kami adalah membantu pembangkang untuk mengharungi hari-hari setelah Barisan Nasional memulihkan majoriti dua pertiganya.
Sekiranya PR ingin menghambat kejayaan dengan momentum 8 Mac 2008, maka PR pada dasarnya perlu mengekalkan 40% sokongan Melayu, di samping memacu sokongan bukan Melayu kepada 80%. Momentum sedemikian membolehkan PR untuk memenangi kira-kira 100 kerusi di Semenanjung Malaysia, sebagai asas untuk memerintah di seluruh negara.
Namun, undi kaum Melayu kini kembali ke pangkuan UMNO secara stabil, walaupun sokongan terhadap PR belum jatuh ke bawah paras 40%. Dengan cepat undi kaum India beralih, kini mencecah nisbah 6:4 antara BN dengan PR. Hanya kaum Cina yang masih mengekalkan lebih 70% sokongan terhadap PR.
Namun, seandainya Najib mengumumkan peruntukan elaun kepada pelajar sekolah menengah cina persendirian RM1000 seorang setahun, malah membenarkan Pheng Yin Huah (Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Malaysia) untuk memulihkan satu atau dua buah sekolah menengah persendirian di Pahang, apakah angka ini akan jatuh ke 60%?
Mengapakah angin perubahan beralih arah dalam masa yang singkat? Selain pergelutan kuasa dalaman, masalah pokok PR adalah mereka memilih gelanggang yang salah.
Sebelum dan selepas 8 Mac 2008, pembangkang memiliki kelebihannya dalam tiga perkara yang berikut. Pertamanya, politik berbilang kaum yang sederhana; keduanya, politik kompeten dan integriti; ketiga, pendemokrasian. BN bertentang dengan ketiga-tiganya, tampil sebagai lambang politik ektrem dalam perkauman dan keagamaan, rasuah dan lemah, serta pemerintahan autoritarian yang menekan.
Najib berjaya menarik pengundi atas pagar
Kejayaan yang dikecapi "kerajaan baru Najib", pada hakikatnya hanya menonjol dalam isu hubungan etnik dan agama. Keangkuhan UMNO, terutamanya selepas kemenangan mendadak pada PRU tahun 2004, merupakan punca kemarahan dan kekecewaan "pengundi atas pagar " terhadap BN pada PRU tahun 2008.
Sekiranya UMNO-BN sanggup menginsafi kesilapan tersebut, malah tidak terus lagi dengan politik perkauman dan keagamaan, pengundi tersebut sudi memberi peluang kepada UMNO-BN. Seandainya kerajaan dapat menguruskan hubungan kaum dan agama, mereka sebenarnya tidak kisah dengan pemerintahan autoritarian, malah boleh bertoleransi terhadap rasuah pada tahap tertentu. Propaganda "1Malaysia" oleh Najib sebenarnya disasarkan kepada golongan pengundi sebegini. Momentum BN kini semakin melonjak, membuktikan bahawa strategi Najib adalah tepat.
Seandainya kita meneliti mesej dan dasar Najib, tidak sukar untuk kita menemui bayang "politik baru" Anwar dan "PAS untuk semua". Oleh sebab BN menguasai kerajaan persekutuan, Najib memiliki syarat untuk melaksanakan terlebih dahulu dasar Anwar yang bersifat "inclusif", lantas menghapuskan rasa permusuhan bukan Melayu terhadap UMNO. Seandainya "tumbangkan UMNO" bukan satu kemestian untuk orang bukan Melayu, maka UMNO akan menang dengan majoriti Melayu pada PRU yang akan datang.
Untuk menangkis serangan Najib secara "lembut" terhadap bukan Melayu, jalan keluar yang dimiliki PR adalah, melakukan sesuatu lebih daripada apa yang dilakukan oleh Najib, agar bukan Melayu merasai usaha dan keikhlasannya. Namun, PR berdepan dengan dua kesulitan jika berbuat demikian.
Pertamanya, memandangkan PR masih belum memerintah di peringkat persekutuan, maka Najib boleh terus "memplagiat" manifesto PR, menyebabkan usaha PR sekian lama disia-siakan begitu sahaja; keduanya, pemimpin Melayu dalam PR perlu mempunyai keyakinan yang lebih utuh, barulah dasar yang menjurus ke arah kesamarataan etnik dapat diketengahkan, malah tidak takut difitnah UMNO dan lidahnya sebagai pengkhianat bangsa/agama.
Bertitik tolak dari itu, dasar etnik PR yang sedia ada dilihat terlalu "mesra kepada bukan Melayu", dari kaca mata sesetengah pemimpin PR. Dasar dan hujah kerajaan PAS Kedah, Exco Selangor Hasan Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi dan sebagainya, pada hakikatnya menyumbang kepada persepsi bahawa UMNO lebih sesuai untuk memimpin Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Pilihan PR: Kompeten dan Integriti
Setelah kehilangan kelebihan dalam isu hubungan etnik-agama, yang paling mudah didominasi, PR kini memiliki satu lagi pilihan, iaitu politik yang memberi penekanan dalam kompeten dan integriti. Dalam isu ini, kerajaan CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) Pulau Pinang adalah jawapan terbaiknya. Selangor dan Perak (sebelum dirampas kuasa oleh BN) juga menekankan "good governance" yang mirip kepadanya.
Apa yang terselindung di sebalik wacana ini, boleh menjadi "kesedaran demokrasi", malah juga boleh menjadi "pemerintahan autoritarian ala-Singapura". Malangnya, wacana Good Governance yang diketengahkan oleh PR lebih mirip kepada "ala-Singapura". Malah, sesetengah negeri secara terus-terang mengakui bahawa pembangunan ekonomi adalah matlamat yang paling mustahak, dan reformasi politik boleh dikemudiankan.
Pandangan "Stupid, it's economy!" yang mesra kepada korporat ini, bukan sahaja boleh mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam syak wasangka "terlalu mesra bukan Melayu", di samping kemungkinan menonjolkan dilema ahli politik PR yang takut untuk menjauhi bidang perniagaan.
Laporan Ketua Audit Negara yang memberi penilaian positif terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Selangor meskipun merupakan kejayaan strategi ini, tetapi, kelebihan dalam pembangunan ekonomi sebenarnya dimiliki kerajaan persekutuan. Penekanan kepada ekonomi secara berlebihan sebenarnya menonjolkan kelebihan musuh PR. Lain kata jikalau rakyat dapat merasai kelebihan PR untuk mentadbir negara, kalau tidak, kerajaan negeri PR yang dibelenggu dengan situasi kini (belum mengambil alih kuasa pemerintahan peringkat persekutuan) akan dihindari pengundi.
Di samping itu, "politik kompeten dan integriti" sebenarnya menonjolkan kepentingan sesebuah kerajaan yang kuat (strong government). Selain Pulau Pinang dan Kelantan, kerajaan negeri PR yang hanya menang tipis dengan majoriti mudah telah berdepan dengan ancaman dan godaan BN untuk menarik ADUN PR. "Politik kompeten dan integriti" ini selalunya menonjolkan kelemahan PR untuk bergelut sesama sendiri.
Sekiranya Najib berani untuk memancung kepala beberapa orang perasuah, untuk menunjukkan tekadnya dalam usaha membanteras rasuah, maka politik yang memberi penekanan terhadap "kompetan dan integriti" ini mungkin juga menjadi kelebihan Najib, seperti hubungan kaum/agama.
Satu-satunya isu yang kelebihannya tidak dimiliki Najib (gambar kiri) ialah "pendemokrasian". Seandainya Najib berusaha ke arah pendemokrasian, maka "sistem satu parti yang berpilihan raya" oleh UMNO akan ditamatkan. Biarpun BN masih mengekalkan kuasa pemerintahannya, namun dalam satu sistem yang demokrasi, UMNO tidak mungkin melakukan sesuatu sesuatu sewenang-wenangnya. Maka dasar dan Good Governance yang memanfaatkan semua rakyat akan terlaksana. Ini menjelaskan mengapa Najib enggan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), enggan membebaskan media, enggan mereformasikan sistem pilihan raya, enggan menubuhkan IPCMC...
Pendemokrasian dan reformasi sistem adalah satu-satunya isu yang memberi kelebihan mutlak kepada PR. Ini kerana sama ada Najib cuba menyaingi PR (melakukan sesuatu yang lebih daripada PR) atau tidak, PR tetap akan mengecapi keuntungan daripadanya. Namun, ini jugalah bidang yang mana PR paling tidak berusaha dengan sungguh-sungguh. Bukankah ia pelik?
*Artikel ini ditulis dalam bahasa Cina oleh penganalisa politik, Wong Chin Huat. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.detikdaily
Kes Asri: Hasan Ali pertahan tindakan Jais
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali (gambar) hari ini mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin awal bulan ini atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri berkata, tindakan Jais bukan sesuatu yang mencurigakan kerana mana-mana ulama yang ingin memberi ceramah perlu mendapatkan kebenaran dan tauliah Jais.
Kata beliau, pematuhan undang-undang sedemikian perlu untuk mengelakkan penyebaran ajaran sesat.“Adalah lebih baik bagi sesiapa yang ingin menyampaikan ceramah agama (di Selangor) memperoleh tauliah, tanpa mengira latar belakang pendidikan... dengan itu, kami tahu siapa mereka itu dan apa yang mereka ingin sampaikan," kata beliau kepada wartawan di sini hari ini.
Hasan menambah, tindakan itu bukan bertujuan menghalang mana-mana pihak daripada berceramah tetapi hanya mahu mengambil langkah berhati-hati.
Beliau menyatakan demikian beberapa jam selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak usul tergempar yang menggesa agar penahanan Asri oleh Jais diketepikan.
Asri yang ditahan 1 November lalu dijangka didakwa Jumaat ini.
Usul tergempar itu dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang dari PAS, Saari Sungib meminta agar DUN membahaskan penahanan Asri, tatacara Jais membuat penahanan dan keperluan seseorang ulama mendapatkan tauliah menyampaikan ceramah agama di negeri itu.
Saari yang berada di banglo ketika Asri ditahan di Hulu Kelang berkata, Asri telah dilayan seperti seorang "penjenayah berbahaya" sebelum dibebaskan dengan diikat jamin.
Beliau menegaskan, Asri yang merupakan ulama diiktiraf dengan memiliki ijazah Doktor Falsafah seharusnya dibebaskan tanpa syarat.
Isu penahanan Asri turut dikecam oleh Adun Bukit Antarabangsa dari Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.
Oleh itu, Hasan memberitahu, beliau menghargai pandangan Saari dan Azmin tetapi laporan yang diterima menunjukkan Asri enggan untuk mengikut arahan pegawai Jais dan polis terpaksa dipanggil untuk menahan beliau.
Jelas beliau, orang ramai sewajarnya berlaku adil kepada Jais dan polis yang hanya bertindak atas aduan penduduk tempatan. TMI
Rabu, 11 November 2009
Pakatan Rakyat Terima Positif Akuan Bekas Pengarah BPR
Tindakan Bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris, membebaskan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada skandal akaun bank luar negara berjumlah 3 billion ringgit atau mempunyai kaitan dengan kepentingan barat mendapat reasksi positif ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditemui di lobi parlimen hari ini mengalu-alukan tindakan bekas pengarah siasatan agensi pencegah rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, sambil menyifatkan ia sedikit sebanyak telah menjernihkan imej mantan timbalan Perdana Menteri itu.
" Pertama sekali saya mengalu-alukan kenyataan daripada SPRM tersebut. Walau bagaimanapun jika kita menoleh ke belakang melihat sejarah tentang kenyataan tersebut timbul dalam ruang awam, pertama sekali kita lihat ia bermotifkan Anwar Ibrahim ini seorang perasuah yang hebat", ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.
Razak dalam kenyataannya hari ini memberitahu mahkamah tinggi, tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas.
" Apa yang menarik, isu yang sama diulang berkali-kali, boleh dikatakan setiap hari oleh media-media dan yang paling parah lagi ialah setiap kali pilihanraya isu ini ditimbulkan sehinggalah baru-baru ini ianya ditimbulkan oleh Khairy Jamaluddin sendiri. Dan bagi saya kalau Khairy Jamaluddin tahu kenyataan SPRM ini, Khairy perlu memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim".
Media arus perdana sebelum ini sering menghebahkan cerita kononnya Anwar terlibat dalam skandal 3 bilion ringgit dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat malah ianya kerap kali diulang apabila tiba musim pilihanraya.
Sementara itu bagi ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid pula, tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar hanyalah permainan politik semata.
" Apa yang dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah retorik. Kita tahu siapa Datuk seri Anwar dalam bidang kepimpinan. Kalau Anwar terlibat tentu dia telah ditangkap pada zaman Mahathir tetapi kerana tidak ada, saya melihat ini secara keseluruhan, mereka akan menyerang Datuk seri Anwar habis-habisan".
Malah Abdullah Sani berpendapat, kerajaan Malaysia harus dipertanggunjawabkan sepenuhnya atas fitnah yang telah dilemparkan ini.
" Sebenarnya kerajaan harus bertanggungjawab 100 peratus dan mereka yang mengangkat kes ini harus dihukum termasuk Ketua Pemuda UMNO itu sendiri".
Razak, 60 tahun yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat berkata, BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
Katanya sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.TVSCeramah perdana sempena 19 tahun PAS tadbir Kelantan

KOTA BHARU, 11 Nov: Tanpa disedari usia kerajaan PAS di Kelantan kini sudah melewati 19 tahun. Ini bermakna hampir 20 tahun Umno gagal dalam misinya merampas Serambi Mekah.
Biar pun Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan sudah lima kali bertukar ganti, namun mereka masih dikecewakan rakyat di negeri ini.
Mereka gagal mengulangi kejayaan 1978 apabila berjaya memecah PAS sehingga lahir Berjasa dan Hamin ketika itu.
Kekuatan PAS Kelantan tetap dipertahankan biar pun Semangat 46 yang pernah bersama pada 1990 sudah lama dikuburkan.
Mengambil kira kejayaan itu Badan Perhubungan PAS Kelantan akan mengadakan ceramah perdana sempena 19 tahun pemerintahan pada Ahad ini (15 November).
Tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan ditampilkan termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum KeADIlan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Selain itu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga hadir berceramah pada program yang akan diadakan Putik, Pengkalan Chepa.
Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Wan Zulkefli Wan Mohamad berkata, program tersebut bermula dengan solat Maghrib.
“Selepas itu akan diadakan kuliah Maghrib oleh pengkuliah jemputan. Selepas solat Isyak akan diadakan solat sunat hajat yang dijangka diimamkan Menteri Besar,” katanya di sini.
Beliau berkata, program tersebut diadakan sebagai mengingati kejayaan kerajaan PAS di Kelantan sehingga mampu bertahan hampir 20 tahun.
Sementara itu pada hari yang sama (Ahad) KeADIlan negeri akan menganjurkan konvensyen bertempat di Kelantan Trade Centre bermula jam 2 petang.
Pada konvensyen tersebut beberapa kertas kerja akan dibentang termasuk oleh Mustafa Kamil Ayub, Fauziah Salleh, Tien Chua, Shamsul Iskandar dan Badrul Hisyam.
Setiausaha Konvensyen, Wan Abu Bakar Wan Muhammad berkata, perasmian konvensyen itu akan dilakukan Anwar pada akhir program.harakahdaily