Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 10 November 2009

Dr Asri belum pasti Parti yang akan beliau sertai

SHAH ALAM- Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin masih belum membuat keputusan tentang parti yang akan disertai beliau.

Beliau berkata, kenyataannya sebelum ini tidak bermaksud beliau akan terus menyertai politik tetapi sekiranya tiada jalan lain untuknya berdakwah maka beliau akan sertai politik.

“Saya buat masa ini masih tidak memilih mana-mana parti lagi kerana pada masa ini saya masih ada ruang lagi untuk saya berdakwah.

“Soal hendak masuk parti mana ini tidak timbul lagi kerana saya masih belum berfikir untuk menyertai mana-mana parti lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.

Tambahnya, pada masa ini Pas dan UMNO juga ada bagi ruang untuknya berdakwah dan beliau sendiri tidak rasa ada halangan lagi setakat ini untuk melakukan demikian.

Beliau ditanya demikian berikutan kenyataanya semalam tentang kesediaannya menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan

Kenyataan beliau semalam dibuat selepas melakukan kunjungan ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.SH

Kedudukan Badrul Dalam Dewan Negeri Selangor Diubah




Susulan Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri yang bermula hari ini, Speaker Teng Chang Khim bertindak menukarkan tempat duduk ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dalam dewan ke tempat pembangkang kerajaan negeri.

Ini berikutan mengikut amalan dewan apabila wakil rakyat itu menyertai pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional, maka tempatnya perlu ditukarkan agar berjauhan bersama penyokong pembangkang.

“Disebabkan beliau telah pun mengumumkan bahawa beliau keluar daripada parti Keadilan dan juga sebagai akan menjadi Adun Bebas yang memihak kepada Barisan Nasional, maka mengikut amalan dalam dewan saya tukarkan tempat duduk beliau supaya jauh daripada pihak penyokong kerajaan”, kata Teng Chang Khim

Beliau bercakap kepada Tv Selangor selepas diminta mengulas kedudukan Badrul dalam Sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Badrul sebelum ini bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai parti bebas dan menyokong Umno-Barisan Nasional. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Pembangunan Yang Merugikan Rakyat


Taman Rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari.
Jerteh Souq
Pasar Besar Jerteh


BESUT – Orang ramai menggesa pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan keatas semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terutamanya semasa diterajui bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Ia adalah kerana, selain dianggap membazir, projek-projek tersebut mengalami banyak ‘kerosakkan’ walaupun baru di siapkan dan merupakan kerugian kepada harta rakyat.

Projek-projek pembangunan yang dibiayai ’dana khas’ dan ’wang ehsan’ merupakan yang paling banyak mengalami kecacatan rosak dan runtuh.

Kerosakan besar yang berlaku adalah seperti runtuhnya atap Stadium Sultan Zainal Abidin, Pusat Akuatik Batu Burok yang bocor, siling lapangan terbang Sultan Mahmud yang tanggal, runtuhnya menara komunikasi di Tembila, Besut dan runtuhnya bumbung masjid di Kerteh.

Manakala semakan Buletinonline mendapati, rata-rata masjid-masjid yang di bina pada zaman Idris mengalami kerosakan sebaik sahaja siap dan mula digunapakai.

Antaranya adalah masjid Kristal yang mengalami kebocoran, masjid Hadhari, masjid Kampung Lingai, Batu Rakit dan masjid Kampung Bintang, Setiu.

Manakala dalam kawasan Dewan Undangan Jerteh sendiri dimana Idris adalah wakil rakyatnya, pelbagai projek yang tidak munasabah yang dilaksanakan menjadi terbengkalai dan rosak.

Antaranya pembinaan pasar besar Jerteh atau Jerteh Souq, bangunan Taman Selera di sisi jambatan Jerteh dan taman rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari.

Sebanyak enam buah wakaf di taman rekreasi Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dibina menjadi lanskap bagi sebuah Masjid Hadhari disini, rosak ditenggelami airkerana dibina dalam lembah di tebing sungai Jerteh.

Buletinonline dimaklumkan, Taman Rekreasi JPS dibina oleh Majlis Daerah Besut dengan kos lebih RM100 ribu.

Seorang penduduk, Abdullah Mat Zin, 45, hairan bagaimana pembangunan sebuah Taman Rekreasi JPS yang dibina di tebing Sungai Jertih diluluskan.

Ini kerana, katanya taman tersebut dibina terlalu rendah serta berada di bawah paras aliran air sungai berkenaan.

“Saya rasa pelik macam mana pihak kerajaan boleh lulus buat Taman Rekreasi JPS ini. Mereka (kerajaan) buat di tempat rendah dan mudah ditenggelami air Sungai Jertih.

“Jika air pasang atau hujan lebat sikit pun boleh tenggelam wakaf-wakaf serta Taman Rekreasi JPS itu,” jelasnya.

Beliau mahukan pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.


Selain Abdullah, seorang pesara kerajaan Mohamad Said, 63, berkata pembinaan wakaf dan taman rekreasi di tebing sungai Jerteh menjadi ‘bahan ketawa’ orang Jerteh.

“Semua orang tahu, pada setiap tahun ketika musim hujan, air sungai Jerteh akan melimpah dan banjir akan berlaku,

”pembinaan wakaf dan taman rekreasi tersebut, benar-benar tidak masuk akal,”katanya ketika ditemui.

Beliau dimaklumkan pembinaan enam buah wakaf yang kini ditenggelami air Sungai Jertih tersebut mencecah harga RM20,000 sebuah.BO

Nazri: VK Lingam Tidak Langgar Undang-Undang



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggemparkan Parlimen dengan berkata VK Lingam dibebaskan dari pertuduhan jenayah kerana beliau tidak melanggar undang-undang.

Nazri juga mencadangkan bahawa Lingam tidak menyalahi undang-undang kerana mungkin Lingam berlagak seolah-olah boleh mempengaruhi perlantikan hakim hanya untuk mempengaruhi orang lain - dalam kes ini ialah Hakim Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga menambah tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa Lingam berkonspirasi dengan Hakim Tun Ahmad Fairuz.

Nazri tidak menafikan bahawa Lingam adalah watak dalam video skandal itu namun menambah ramai penipu di dunia ini dan mungkin VK Lingam hanya berlagak semata-mata.

Nazri seterusnya berkata dari kaca mata perundangan, Lingam mungkin sekadar mencadangkan siapa yang sepatutnya dilantik ke jawatan kanan kehakiman.

Beliau berkata mungkin Lingam salah dari segi moral kerana tindakannya telah menghakis integriti badan kehakiman, namun tidak ada undang-undang spesifik menyifatkan perbuatan itu salah.

" Bagi saya menteri Nazri dengan kenyataan itu membuktikan bahawa, kerajaan Barisan Nasional memang tidak ada niat politik untuk berbuat apa-apa tentang masalah rasuah ini. Ini kerana mereka tahu tentang hal ini, bukan sahaja Tun Eusoff Chin tetapi banyak hakim-hakim telah dibabitkan" ujarnya

Di Dewan Rakyat hari ini, Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan mengapa Peguam Negara enggan mengambil tindakan terhadap VK Lingam meskipun Suruhanjaya Di-Raja mendapati peguam tersebut cuba mempengaruhi perlantikan hakim.

Pihak suruhanjaya mencadangkan tindakan diambil terhadap Lingam dan mereka-mereka yang terbabit termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz dan saudagar kaya Tan Sri Vincent Tan.

Nazri juga mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendapati tidak bukti kukuh mengaitkan watak-watak terbabit dengan kesalahan salahguna kuasa.

Mengulas perkembangan ini, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengesyaki kerajaan cuba menutup skandal VK Lingam disebalik alasan teknikal.

"Mungkin itu tujuan mereka kalau mereka kata kes ini tidak ada bukti, kes ini ditutup. Dan mereka harap rakyat boleh menerima, badan kehakiman sudah bersih. Tapi tidak logik. Ia logik lah. Hakim-hakim yang dilantik dulu di bawah hakim-hakim yang rasuah ini masih ada dalam sistem sekarang. Kita tidak boleh asingkan sistem dan hakim-hakim sekarang daripada sistem dahulu. Mereka yang mewarisi masih duduk di atas, di semua peringkat" tambahnya lagi.

Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet. Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali.

" Seorang peguam yang membela kes-kes di hadapan hakim itu juga di Mahkamah Persekutuan lalu membawa dia bercuti bersama. Jelas kalau itu bukan rasuah, jadi apakah rasuah? Kalau menteri Nazri tidak memahami ini, saya minta dia turun kembali dan tengok buku asas lah" katanya.

Menurut Sivarasa, sekiranya kerajaan tidak serius dalam menangani isu yang sebegini besar, maka kerajaan akan dilihat gagal untuk m

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, berkata perbualan VK Lingam menyebabkan badan kehakiman negara menghadapi kehakisan integriti yang serius.

Beliau mencadangkan Lingam didakwa dibawah Akta Hasutan.

Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbangkan perkara tersebut.TVS

Saya terjaga dengan mulut dipenuhi darah -Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila tejaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.mstar

Perdana Menteri Main Politik Isu Royalti Minyak





Exco Ekonomi Kelantan, Husam Musa berkata tindakan Perdana Menteri menolak tuntutan rakyat Kelantan berhubung isu pemberian royalti minyak Petronas adalah permainan politik UMNO-BN.

Husam berkata kerajaan BN beralasan bahawa pemberian royalti harus menepati syarat 3 batu nautika walhal syarat itu tidak terkandung dalam Akta Petroleum.

Sehubungan itu, Husam yakin bahawa Najib sekadar mahu bermain politik atau membuli rakyat Kelantan.

" Satu-satunya hujah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia ialah 3 batu nautika tapi tidak ada di mana rujukan" ujar Husam.

" Sekarang Perdana Menteri hanya bermain politik dan ia tidak berasas kepada perjanjian" tambahnya lagi.

Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mengumumkan Kelantan tidak layak untuk menerima wang royalti minyak kerana kedudukan kawasan minyak Bumi Selatan terletak lebih dari 3 batu nautika dari perairan Kelantan.

Namun ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan tetap akan meneruskan tindakan perundangan demi mempertahankan hak rakyat Kelantan. Walau bagaimanapun, Husam berkeyakinan Perdana Menteri itu akan memberikan wang royalti kepada Kelantan setelah rundingan diadakan.

" Kita akan terus dengan tindakan kita untuk meminta royalti" tambahnya lagi.

Husam menambah tuntutan ini dibuat berasaskan kepada perjanjian yang telah dimeterai bersama Petronas. Isu ini juga bertitik tolak kepada soal ketanggungjawaban dan ketelusan pemerintah.

" Suka saya tekankan Kelantan bukan hendak duit sahaja tapi ketelusan" katanya.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....