Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Khamis, 8 Oktober 2009
PRK Bagan Pinang:Zulkifli yakin pengundi akan beralih menyokong Pas
TELUK KEMANG – Calon PAS Zulkefli Mohamad Omar yang mewakili Pakatan Rakyat, yakin agenda perubahan untuk semua kaum semakin hampir, menjelang hari pengundian pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober, ahad.
”Kita berdoalah kepada Tuhan, semoga kejayaan ini dapat dicapai, bukan untuk saya sebagai calon peribadi, tapi mewakili semangat pakatan bersama semua (parti termasuk DAP dan PKR),
”kita nak bawa agenda perubahan untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum,”katanya ketika ditemui Warta Bagan Pinang, di Pusat Penyelaras DAP, perhentian terakhir sesi kempen semalam 7 Oktober.
Beliau berkata, setakat semalam, setelah 4 hari berkempen, lebih 50 peratus pengundi DUN Bagan Pinang telah ditemui dan rata-rata memberikan jawapan positif untuk mengundi PAS dan menolak calon Barisan Nasional (BN).BO
"Pengkhianat" | Muhyiddin di cabar berdebat dengan Anwar

Pemuda Pakatan Rakyat menggesa Muhyiddin Yassin menyahut cabaran Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim untuk tampil berbahas mengenai tuduhan Timbalan Perdana Menteri kononnya Anwar pengkhianat Melayu.
Ketua Pemuda Keadilan Samsul Iskandar berkata Anwar telah bersetuju perbahasan itu diadakan pada Jumaat ini di Bagan Pinang dan berharap Muhyiddin membuktikan kewibawaannya untuk hadir berdebat atas tuduhan yang dibuatnya.
Samsul bersama pemimpin sayap pemuda PAS dan DAP petang tadi menyerahkan jemputan kepada Muhyiddin untuk turut berdebat supaya rakyat boleh dimaklumkan keadaan sebenar di sebalik tuduhan pengkhianat itu.
“Kami merasakan sudah tiba masanya rakyat diberi peluang dan peranan yang sebenar menghayati proses demokrasi sepertimana tercatat di dalam perlembagaan negara.
“Kami juga yakin program debat ini akan menjadi satu panduan serta bimbingan pendidikan politik yang sihat di negara ini dan dalam pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana pilihanraya yang bebas, aman, adil dan harmoni serta membina ketemadunan bangsa Malaysia,” kata Samsul.
Dalam pada itu, beliau berkata debat itu memberi peluang kepada Umno BN memperlihatkan keikhlasan dan kejujuran pemimpinnya.
“Kami yakin dan percaya bahawa kepimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional akan merebut peluang ini untuk memperlihatkan kebenaran usaha gigih mereka.
“Justeru, kami ingin melihat sejauh mana keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyahut cabaran debat terbuka ini,” katanya,
Tambah beliau, sekiranya Muhyiddin enggan menyahut cabaran ini, ia menambahkan lagi kelesuan rakyat terhadap Umno .
Beliau berharap Umno Barisan Nasional akan memberi keputusan dalam masa terdekat dan jelasnya perdebatan yang diadakan adalah mengikut format ala perdebatan harga minyak secara terbuka yang diadakan terdahulu pada 16 Julai 2008.
“Kita mengalu-alukan mana-mana media elektronik untuk membuat secara langsung liputan termasuk juga media web untuk membuat liputan tersebut. Kita akan dapatkan khidmat tokoh akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai moderator supaya ianya benar benar di anggap bebas". katanya TVA
Rabu, 7 Oktober 2009
Tentera jangan takut undi Pas-Tok Guru Nik Aziz

| | |
| KOTA BHARU, 7 Okt: Anggota tentera yang terlatih dengan semangat keberanian dan keperwiraan perlu berani mencetus suasana politik ke arah lebih adil dan harmonis di negara ini. |
Impian itu
hanya akan menjadi kenyataan apabila mereka memilih PAS pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang Ahad ini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keberanian tentera yang mempunyai kemahiran menggunakan peluru dan bom harus juga diterjemahkan dalam menegakkan demokrasi di Malaysia.
"Seharusnya perwira kita perlu berani memberi sokongan padu keada perjuangan mendaulatkan Islam pada 11 Oktober ini.
"Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan selaras mengikut syariat dan tidak memberi peluang kepada pihak lain mempergunakan kebolehan mereka," katanya di sini.
Anggota tentera merupakan tiga suku daripada 13,664 pemilih yang berdaftar di Bagan Pinang. Mereka menyumbang sebanyak 4,604 undi yang didaftarkan sebagai pemilih pos.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, anggota tentera yang diamanahkan menjaga keselamatan negara seharusnya sentiasa berada di landasan yang betul selari dengan kehendak Islam.
Katanya dalam sejarah Islam peranan tentera bermula sejak zaman Rasulullah saw, di mana setiap pendokong perjuangan Islam terdiri daripada tentera.
"Rasulullah saw seorang peniaga, ahli politik, hakim dan juga seorang panglima tentera.
"Sekiranya tuan tuan seorang askar, tuan tuan telah berada di landasan yang betul kerana menjaga tanah air agar tidak diganggu gugat musuh," ujarnya.
Beliau juga berkata, sistem pengundian pos yang ada sekarang telah dipergunakan untuk kepentingan pemerintah sewenang-wenangnya.
Menurutnya banyak kes yang dilaporkan ada pihak yang mewakili seseorang anggota tentera mengundi bagi pihaknya, sedangkan ia bertentangan dengan amalan demokrasi.
Beliau juga berkata, anggota tentera boleh menjadikan Kelantan yang dipimpin gerakan Islam sejak hampir 20 tahun lalu sebagai contoh sebuah pentadbiran yang bersih.
"Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih," ujarnya._harakahdaily
Perselisihan faham Pas dan DAP Selangor selesai
SHAH ALAM, 7 Okt: PAS dan DAP Selangor berjaya merapatkan hubungan dan persefahaman antara mereka dalam pertemuan mejabulat hari dan akan menganjurkan lagi majlis serupa dengan melibatkan PKR pula selepas ini.
Mereka juga mencapai lima kata sepakat selepas perbincangan hampir tiga jam ini dan berazam a
kan mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada akan kekal sampai bila-bila.
Kelima-lima keputusan itu adalah:
1) Berusaha mengelakkan percanggahan pendapat antara mereka.
2) Mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang ada kekal sampai bila-bila.
3) Pertahankan kerajaan yang ada dari angkara anasir pemecahbelah perpaduan antara mereka.
4) Menyedari bahawa ada banyak ruang kerjasama antara mereka dan yakin dengan semangat setiakawan semuanya akan berjaya diselesaikan.
5) Pertemuan sebegini akan diadakan lagi selepas ini dan melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut menjadi komponen Pakatan rakyat.
PAS dan DAP Selangor memulakan mesyuarat meja bulat mereka di sebuah hotel dekat Shah Alam mulai jam 2 petang tadi.
Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin kanan dari kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyelesaikan perbezaan pendapat yang sering berlaku antara mereka khasnya di dalam media.
Delegasi PAS dipimpin oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali manakala DAP dipimpin oleh Teresa Kok.
Turut menyertai mesyuarat ini adalah para timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Osman Bin Hj Sabran, Iskandar Samad dan Dr Che Rosli Bin Che Mat), Setiausaha Perhubungan (Khairudin Othman), Ketua Penerangan (Roslan Shahir) dan Bendahari (Hj Ahmad Yusof Bin Ludin) PAS Selangor.
Turut serta Ketua Ulama, Pemuda dan Muslimat.
Di pihak DAP pula, selain Teresa Kok adalah Ronie Liu, Ean Yong Hian Wah dan beberapa orang lain lagi.
Menurut mereka, sidang akhbar akan diadakan jam 4 petang ini.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir dalam blognya mengaku memang ada sengketa sebelum ini di antara kedua-dua parti ini.
"Kita akui hakikat ini," tulis Roslan.
Bagi beliau, kerajaan PR Selangor adalah satu kerajaan baru setelah kerajaan yang lanjut usianya iaitu kerajaan BN berjaya ditelentangkan.
"Orang baru, berdarah muda, penuh dan kaya dengan idea dan pandangan. Kerana itu ia nampak berkocak, tetapi kocakkan itu tidaklah sehingga menumpahkan muatan yang telah sama kita perjuangkan dengan darah dan airmata," tulisnya.
Perjumpaan hari Rabu ini (hari ini) cuba untuk melihat dan mengenal pasti saluran dan rangkaian persamaan yang ada pada kedua-dua parti, tulisnya.
"Saya yakin usaha 7 Oktober ini akan membuahkan hasil yang baik sekaligus memadamkan api persengketaan yang cuba dibakaroleh pihak-pihak tertentu," tulisnya lagi.harakahdaily
PRK Bagan Pinang;Mahathir bertegas tolak Isa jadi calon
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan berkempen untuk calon UMNO Barisan Nasional, Isa Samad bagi mengekalkan kerusi N31, Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada pilihan raya keci
l 11 Oktober ini.
Keputusan UMNO Barisan Nasional meletakkan Isa Samad sebagai calon dikritik pelbagai pihak berikutan sebelum ini Isa didapati terlibat dengan kes rasuah.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin berkata tindakan mantan perdana menteri yang enggan berkempen pada pilihanraya kecil kali ini menunjukkan UMNO BN ketandusan pemimpin yang berkredibiliti dalam menerajui parti.
“Perkara pertama ialah saya menyokong tindakan Tun Dr. Mahathir maknanya beliau bercakap, dia menegur dan dia yakin dengan perkara tersebut iaitu meletakkan Isa Samad akan lebih menambah parah imej Umno BN."
“Tindakan beliau untuk tidak turun berkempen membantu Isa Samad itu adalah tindakan yang betul bagi prinsipnya bagi prinsip yang dipegang oleh Tun Dr. Mahathir,” katanya.
Badrul berkata situasi ini jelas berbeza dengan kesudian Tun Dr Mahathir turun berkempen kepada calon UMNO Barisan semasa pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang.
Sambil menyifatkan pemilihan Isa sebagai satu penghinaan UMNO kepada rakyat Bagan Pinang, beliau berkata, parti itu tidak belajar dari kesilapan dengan menonjolkan calon yang disabitkan dengan kesalahan politik wang.
“Kerana selepas hilang kuasa, apa pun yang dicakap sendiri oleh Tun Dr. Mahathir, orang Umno sendiri tidak hormat dan tidak dengar khususnya dalam contoh terdekat dengan pemilihan Isa Samad sebagai calon tela
h memberi amaran dan menegur terus-terang untuk tidak meletak Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang,” katanya.
Selain itu, beliau turut membidas pendirian retorik UMNO BN dalam membanteras rasuah yang dilihat cukup sebati dengan gagasan itu.
“Pertama saya bersetuju maknanya ramai pemimpin Umno yang terpalit dengan rasuah dan hujah menyatakan Isa Samad seperti pemimpin-pemimpin yang lain dibersihkan telah menjalani hukuman, itu adalah satu pembohongan."
“Dalam kes Isa Samad, dia melakukan politik wang memang itu proses dalam Umno tetapi dia menggunakan peruntukan kerajaan ketika dia selaku menteri wilayah persekutuan tetapi tidak ada proses mahkamah, tidak ada hukum di mahkamah dan BPR pada ketika itu dihalang untuk menyiasat dan mendakwa kes tersebut,” katanya.
Badrul optimis Pakatan Rakyat mampu menawan kerusi DUN Bagan Pinang meskipun kawasan itu diwar- warkan sebagai kubu kuat UMNO Barisan Nasional.
Beliau juga tidak menolak Isa Samad berkemungkinan besar akan memenangi kerusi berkenaan jika dilihat dari pengalaman UMNO Barisan Nasional sebelum ini yang secara konsisten menggunakan taktik kotor untuk memenangi kerusi pada mana- mana pilihanraya.
“Pertama sekali saya tidak menolak kemungkinan bahawa Tan Sri Isa masih boleh memenangi pilihan raya tersebut dengan penyalahan penggunaan jentera kerajaan dan penipuan yang dibuat oleh SPR melalui undi pos, manipulasi dan sebagainya jadi dia boleh menang.
“Tetapi kalau undi biasa rakyat, kita dapat melihat penolakan rakyat tetapi apa signifikasi dan mesej yang jelas yang kita lihat dalam pilihan raya kali ini,” katanya.
Pilihanraya kecil ini didakan apabila penyandang kerusi ini, Azman Mohd Noor dari UMNO Barisan Nasional meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah 4 September lalu.TVA
