Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 25 September 2009

Kebal sangatkah BN berbanding LDP Jepun? | Nizar News



Kelemahan dan kesilapan BN sepanjang 54 tahun memerintah jauh lebih melayakkan ia diturunkan dari tampuk kuasa berbanding LDP. Kalau rakyat Jepun boleh, mengapa Malaysia tidak boleh?

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

Dalam pilihan raya umum Jepun 30 Ogos lalu, Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Yukio Hatoyama berjaya menguasai parlimen, sekali gus menamatkan hegemoni kuasa Parti Liberal Demokratik (LDP) selama 54 tahun. DPJ dilaporkan memenangi 308 daripada 480 kerusi Dewan Rendah dan 117 daripada 240 kerusi Dewan Tinggi yang dipertandingkan.

Kemenangan itu menyaksikan peralihan arah undi sangat besar memandangkan sebelum Parlimen dibubarkan Julai lalu LDP menguasai 303 kerusi berbanding DPJ dengan hanya 112 kerusi. Keputusan dua minggu lalu membuka laluan kepada DPJ membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan LDP pimpinan Perdana Menteri, Taro Aso.

Bagi sebahagian rakyat negara ini, terutama khalayak Pakatan Rakyat, kejayaan sebuah parti pembangkang menumbangkan sebuah parti yang telah membina kekuatan sebegitu lama di tampuk kuasa adalah inspirasi amat bermakna.

Tidak syak lagi kemenangan bergaya DPJ itu bakal menyemarakkan lagi kebangkitan parti-parti pembangkang untuk menimpakan nasib serupa kepada Barisan Nasional (BN) selaku parti tua yang masih bergayut di dahan kuasa negara ini.

Satu keyakinan cuba dibentuk bahawa jika seramai 103 juta rakyat Jepun yang keluar mengundi dua minggu lalu sanggup menyingkirkan sebuah parti yang memerintah mereka sejak 1955, apalah sangat kebalnya BN sehinggakan rakyat negara ini masih mahu mengekalkan pemerintahannya yang seusia dengan LDP itu?

Apatah lagi sebab-musabab utama yang mendorong kejatuhan LDP itu banyak persamaan dengan punca kemuakan dan penolakan rakyat Malaysia terhadap BN mutakhir ini. Menurut beberapa analisa disiarkan media, punca utama kekalahan LDP antara lainnya ialah kerana pergolakan dalaman parti itu yang berpanjangan.

Sejak kegagalannya mendapat undian majoriti di Parlimen berhubung isu ekonomi pada 1993, parti itu terus bergolak sehingga menyebabkan kerap berlaku pertukaran pucuk pimpinannya.

Kegagalan LDP menangani isu-isu ekonomi melunturkan keyakinan rakyat Jepun terhadapnya. Kadar pengangguran yang tinggi, karenah birokrasi dan pembaziran dalam perbelanjaan negara antara yang mendorong penolakan rakyat negara itu terhadap LDP. Hakikat itu tidak begitu berbeza dengan negara kita.

Rakyat Jepun juga dikatakan yakin dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi dan pembaikian hidup ditawarkan DPJ. Dalam kempennya parti itu memberi jaminan untuk meletakkan kepentingan orang awam lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai perniagaan (tauke) serta kuasa birokrasi dan perniagaan besar (korporat).

LDP turut menjanjikan pemberian elaun tunai untuk membesarkan anak, pendidikan sekolah tinggi percuma, gaji pokok lebih tinggi, pemotongan cukai petrol dan menamatkan bayaran tol di lebuh raya.

Sebahagian agenda itu juga senada dengan apa yang kita dengar dilaungkan rakyat negara kita. Justeru, jika faktor dan dorongan itu mampu menumbangkan sebuah kuasa di Jepun, mengapa tidak di negara kita?

Apatah lagi BN bukan setakat berhadapan krisis keyakinan rakyat atas isu ekonomi seperti dihadapi LDP. Mutakhir ini BN bermasalah dalam hampir segala aspek, membabitkan isu agama, perkauman, politik dan sosial.

Wajar juga diingat betapa perbezaan dari segi pencapaian ekonomi LDP berbanding BN adalah ibarat langit dengan bumi. Di sebalik kepincangan dan kelemahan pemerintahan LDP, parti itu berjaya memartabatkan Jepun sebagai negara maju dan disegani dunia.

Jepun membangun dari sebuah negara yang hancur lumat ekoran perang menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia. Jika kejayaan sebegitu besar pun tidak menjadikan LDP kebal di mata rakyat, apakah kekebalan yang ada pada BN?

Perbezaan juga sangat ketara antara kedua-dua parti pada sikap kebertanggungjawaban pemimpin masing-masing. Selama tempoh 54 tahun pemerintahan LDP, Jepun dipimpin 23 Perdana Menteri (PM). Bagi tempoh sama kekuasaan BN (sejak 1955 juga), Malaysia hanya dapat enam PM.


Tempoh khidmat setiap PM Jepun sangat pendek. Kebanyakannya tidak menjangkau tiga tahun. Tokoh paling lama menjadi PM ialah Eisaku Sato. Itu pun tidak sampai lapan tahun. Beliau berkhidmat antara 9 Nov 1964 hingga 7 Julai 1972 sebelum bersara.

Manakala khidmat paling singkat ialah oleh Sosuke Uno. Beliau hanya menjadi PM Jepun selama dua bulan dari 3 Jun hingga 10 Ogos 1989 sebelum mengundurkan diri.

Hanya seorang PM diganti kerana meninggal, dua dijatuhkan menerusi undi tidak percaya, manakala dua ditewaskan menerusi pilihan raya. Selebihnya sama ada mengambil keputusan bersara atau berundur secara terhormat apabila kepimpinannya mendatangkan masalah buat negara. Bandingkan saja dengan kedegilan para pemimpin BN bergayut di kerusi masing-masing?

Seperkara lagi, LDP tidak menggadai bahasa ibunda Jepun semata-mata demi mengejar kemajuan dan capaian teknologi. Tiada program mengajar anak-anak sekolahnya Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, sebaliknya orang Inggeris yang mahu belajar teknologinya yang mesti belajar bahasa Jepun.

Ertinya, kelemahan dan kesilapan BN sepanjang 54 tahun memerintah jauh lebih melayakkan ia diturunkan dari tampuk kuasa berbanding LDP. Kalau rakyat Jepun boleh, mengapa Malaysia tidak boleh?detikdaily

Pas tetap komited bersama PAKATAN | Nizar News




KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
"Oeh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.-mna_harakahdaily

Pas akan kembali gemilang di Kawasan Besut | Nizar News



dari kanan, Dr. Mujahid, Haji
iskandar dan Wan Azhar, dihujung sekalai Dato' Ustaz Hussein Awang


Haji Hassan, Timbalan YDP
Besut menyantuni kehadiran Dr. Mujahid


Jerteh, BESUT – PAS Kawasan Besut bertekad mengembalikan kegemilangan parti Islam tersebut di kawasan Besut dengan mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke 13 akan datang.

Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata demikian ketika memberikan respon atas cabaran yang dibuat oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa ketika berucap di Majlis Eidul Fitri PAS Besut.

Beliau yang ditemui Buletinonline berkata, kehadiran dua tokoh dari Pantai Barat, Haji Iskandar Abdul Samad (Exco Kerajaan Selangor) dan Ahli Parlimen Parit Buntar itu telah menyemarakkan semangat juang dikalangan ahli dan penyokong PAS.

Pada masa yang sama, kata Ustaz Wan Azhar, orang ramai yang hadir amat brtuah kerana dapat mendengar dan memahami perkembangan dan isu politik terbaru dari dua negeri, Selangor dan Perak.

Sehubungan itu, Haji Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, isu Selcat yang sedang hangat sekarang sebenarnya adalah isu remeh yang diperbesarkan oleh media.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memanggil satu mesyuarat bagi mengambil kata sepakat dalam isu berkenaan.”InsyaAllah, ia akan dapat diselesaikan, satu mesyuarat yang melibatkan semua pihak akan diadakan pada Isnin ini (28 Sept), khusus untuk membincangkan isu Selcat,”katanya kepada Buletinonline.

Sebelum itu, Ustaz Wan Azhar dalam ucapan aluannya berkata, kunjungan yang tidak putus-putus orang ramai ke majlis tersebut menandakan satu isyarat yang jelas dari rakyat terhadap suasana dan perkembangan politik yang berlaku.

Buletinonline dimaklumkan, Majlis yang diadakan di pekarangan pejabat PAS Kawasan Besut tersebut telah dihadiri lebih 3000 orang pengunjung sejak jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.buletinonline

Khamis, 24 September 2009

Gambar dan video sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kawasan Besut


Cina Api Jerteh antara penyokong kuat Pas di Besut dari kalangan kaum Tionghua turut hadir walaupun beliau uzur


Anak Besut di perantauan ini begitu bangga bergambar di depan banner Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Besut.Kiri Blogger Batu bata dan kanan Blogger Kaki Compers
Kehadiran YB Mujahid di sambut oleh YDP Kaw. Besut Ust W. Azhar W. Ahmad dan Tim. YDP Kaw. Besut Hj Hassan Salleh
YDP Kaw. Besut sedang menyampaikan ucapan alu aluan
Ucapan ringkas Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Tim. Pesuruhjaya Pas Selangor YB Iskandar Abd Samad yang kebetulan pulang beraya di rumah mertuanya di Besut
Ucapan ringkas AJK Pas Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa yang pulang beraya di rumah mertuanya di Besut
Sempat juga Ambo bergambar bersama YB Dr Mujahid
Petugas dari kalanganAJK Dewan Pemuda Pas Kawasan BesutTetamu di kalangan Muslimat sedang menjamu selera
Antara muslimat yang hadir


Antara muslimin yang hadir
Kehadiran orang yang di luar jangkaan

Majlis ini diadakan pada Khamis 24/09/2009 bersamaan 5/syawal/1430


SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Ayah Pin Sengaja DiGhaibkan? | Nizar News



KUALA TERENGGANU
– Menjelang 1 Syawal baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Pegawai Agama Daerah Besut, Nik Zulhaiza Ismail menafikan pengamal ajaran sesat yang murtad, Ariffin Mohamad, pulang ke kampungnya di Batu 13 Hulu Besut.

Perkara yang sama pernah berlaku pada November, tahun lalu.

Ketika itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin, setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/gambarhariini%20002.jpg

"Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air.

"Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa.

Bernama melaporkan, Musa menegaskan demikian ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak.

Musa berkata, tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau diberitahu, Ayah Pin sengaja tidak ditahan bagi mengelakkan berlakunya konflik perlembagaan antara kerajaan negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat.

Katanya, ia adalah ekoran kejayaan PAS Terengganu menabalkan perlembagaan Islam yang terkandung hukuman hudud kepada sesiapa yang murtad dari Agama Islam.

”Kita telah berjaya meletakkan satu asas yang Barisan Nasional tidak berani buang, ada orang kata...WaLlahu’alamlah, mengapa Ayah Pin tidak ditahan?,

”Kalau Ayah Pin ditahan, dia akan dibicarakan di Mahkamah Syariah, Undang-undang Jenayah Syariah adalah undang-undang Hudud, mesti undang-undang hudud dikenakan,”katanya

Menurutnya, sekiranya itu berlaku, akan berlaku percanggahan perlembagaan dan ia akan menjadi satu isu yang besar dalam negara ini.

”Dengan sebab itu Ayah Pin di ghaibkan,”ujarnya ketika menyampaikan Ucaputama pada Majlis Ijtima’ Eidul Fitri dengan Perantau di Kuala Ibai, pada 21 September lalu.buletinonline

Patuhi adab berjemaah dalam Parti | Nizar News


Oleh Roslan SMS

Dalam jemaah kita ada adab berjemaah sebagaimana dalam organisasi kita ada disiplin berorganisasi. PAS bertahan sekian lama lantaran teguhnya pegangan anggotanya pada nilai-nilai ini. Ikatan disiplin jemaah PAS adalah ikatan aqidah yang tidak mudah dirongkai

Sejak dari penubuhannya sehinggalah membentuk kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959, dari zaman awal penubuhannyake zaman Almarhum Dr Burhanuddin ke zaman Asri, Yusof Rawa,sehingga kini PAS jatuh dan bangun namun kekuatan ini terus padu, inilah yang digeruni musuh dan dihormati lawan.

Jika tiada kekuatan ini, pasti PAS tidak dapat bertahan sebegini lama dalam menjuarai dan meneroka liku-liku perjuangan Islam yang mulia ini.

PAS berdiri taat di belakang pemimpinnya dalam keadaan senang ataupun susah kerana adab berjemaah mengajar kita demikian. Ketaatan itu hanya putus apabila pemimpin tadi memimpin bertentangan dengan syarak Sebagaimana Rasulullah saw bersabda:

“Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang membawa kedurhakaan kepada Allah yang maha mencipta.”

Saidina Omar al Khatab di dalam khutbahnya ada berkata:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya aku bertindak betul, maka perteguhkanlah aku. Sekiranya aku bertindak salah maka perbetulkanlah aku. Taatilah aku jika aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya aku khianat, maka tiada taat ke atasku daripada kalian semua.”

Malah Rasulullah saw juga bersabda (yang lebih-lebih terkena atas kita selaku jemaah Islam):

“Barangsiapa mentaati pemimpin, maka dia mentaati aku dan barangsiapa menderhakai pemimpin, maka dia menderhakai aku.”

Teguran Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor terhadap SELCAT atau Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency baru-baru ini bukannya bermaksud mahu menggugat kerajaan negeri, bukan juga kerana mahu SELCAT itu dibubarkan, tetapi ia dibuat apabila beliau berpandangan yang beberapa kaedah yang digunakan oleh badan itu kelihatan agak kasar dan keterlaluan dan perlu diperbaiki. Ianya dibuat untuk meneguhkan imej kerajaan negeri agar rakyat, kakitangan kerajaan dan semua pihak memandang kita dengan penuh hormat dan kasih-sayang.

Kita tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, kita mahu bawa kebaikan. Kita dipilih rakyat kerana BN dahulu tidak baik. Lalu kalau kita sama seperti mereka maka rakyat nanti akan kecewa dan tidakmustahil kita nanti ditolak.

SELCAT adalah satu badan bikinan Dewan Negeri Selangor. Ia bukan malaikat dan bukan lebih besar dari kerajaan negeri. Ia boleh ditegur dan boleh diubah-suai demi kebaikan kerajaan negeri.

Teguran Dato Hasan boleh diterima, boleh dibincang dan boleh juga ditolak. Tetapi janganlah pertikaikan keikhlasannya, kita diajar menghormati pandangan orang lain. Saya kecewa apabila Speaker Dewan Selangor melenting dan mempertikaikan kepakaran dan pengalaman Dato Hasan ekoran teguran berkenaan.
Tetapi saya lebih kecewa apabila seorang ADUN PAS spontan mahu merujuk Dato Hasan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana mengeluarkan teguran sedemikian. Sejak bila PAS mengajar ahlinya berbuat demikian? Apakah maksud ADUN berkenaan? Sila rujuk NST:

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20sal/Article/index_html

detikdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....