Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 21 April 2014

Rafizi dihalang masuk ke Sarawak buat kali kedua

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) dihalang memasuki Sarawak petang ini, sekali gus  menjadikan sekatan kedua pihak berkuasa negeri itu terhadapnya.‎Perkara itu disahkan sendiri oleh ahli Parlimen Pandan itu melalui entrinya di Twitter milik beliau @rafiziramli sebentar tadi.

"Saya ‎diusir dari Sarawak lagi. Saya kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur," katanya yang dipetik melalui laman Twitternya.Antara lain, Rafizi dalam entri itu menyifatkan pengusirannya memasuki Sarawak buat kali kedua itu bertujuan menghalang beliau daripada membantu PKR Sarawak dalam menghadapi pilihan ‎raya negeri itu.

"Amat jelas sekatan itu bermaksud untuk menghentikan kami daripada menolong PKR Sarawak bagi pilihan raya," katanyaKali pertama pemimpin PKR itu disekat memasuki Sarawak ialah pada 25 Mac lalu bersama Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengulas mengenai hal sekatan ke atas tiga pemimpin tersebut berkata kerajaan negeri Sawarak tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang.Katanya ia selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

"Semua pihak sudah sedia maklum‎ mengenai Perjanjian Malaysia 1963. Kerajaan negeri diberi hak menguruskan hal ehwal imigresen."Kerana itu mereka mempunyai hak menghalang mana-mana pihak yang dianggap memecah-belahkan perpaduan," katanya.

Rafizi sempat menulis entri di laman Twitter sebelum penerbangannya ke Sarawak."Kini dalam pesawat untuk penerbangan ke Kuching. Mari lihat sama ada saya boleh masuk atau tidak."Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam surat mereka tetap menyatakan menyatakan saya orang persona non grata (yang tidak dialu-alukan)‎," katanya.Bagaimanapun, Rafizi tidak menyatakan tujuan kedatangannya ke Sarawak.TMI

1 ulasan:

muhid@penabara berkata...

tak payah masuklah YB Rafizi oiii...tu kan negeri mak bapak mereka..phuiii

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....