Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Ogos 2012

Kecelaruan Gaya Berfikir ‘Tokoh Agama’ Umno Terengganu

Suka saya merujuk ulasan, YB Adun Tepoh, Muhammad Ramli Nuh yang diterbitkan dalam Sinar Harian 27 Ogos 2012 yang menyifatkan ‘tahalluf’ atau kerjasama yang wujud antara PAS dan DAP sebagai tidak dibenarkan Islam.

Malah beliau menuduh dan menyifatkan ia sebagai kerjasama untuk lebih memikirkan strategi mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang didominasi orang Islam.

Saya terpanggil untuk memberitahu khalayak, kedangkalan pemikiran para pemimpin Umno ini perlu diperbetulkan khususnya dalam memahami konsep demokrasi di Malaysia dan persepakatan Tahaluf Siyasi yang digagaskan oleh PAS.

Sebagaimana yang diketahui umum, Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen (parliamentary democracy). Justeru, kewujudan pelbagai parti politik di Malaysia meenunjukkan bahawa Malaysia sedang melaksanakan proses pengamalan demokrasi, walaupun hakikatnya, masih jauh untuk mendukung demokrasi yang sebenar.

Banyaknya bilangan parti-parti yang menyertai medan politik di Malaysia tidak memberi makna bahawa negara ini sedang mengamalkan sistem pelbagai parti (multiparty system). 

Kerana sebenarnya, apa yang berlaku adalah, negara ini sedang dipimpin oleh sistem parti dominan (dominant party system). Dalam kes Malaysia, ia dirujuk seperti Barisan Nasional yang menguasai kerajaan pusat masakini dengan kuasa tunggal ‘Umno’ yang menjadi pemutus kepada banyak dasar-dasar Negara.

Sebaliknya kewujudan Pakatan Rakyat mengenengahkan harapan baru kepada system demokrasi yang lebih baik dan sudah bersedia serta mampu untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini.

Amat mendukacitakan apabila isu ini ditimbulkan oleh seorang yang dianggap sebagai ‘tokoh agama’ di antara tokoh kepimpinan Umno negeri Terengganu. 

Keyataan beliau  membuktikan kefahaman beliau tentang demokrasi berparlimen adalah amat cetek. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, gaya pemikiran seperti itu sebenarnya adalah usaha untuk membunuh demokrasi berparlimen yang kononnya didokong  oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ia tidak ubah seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri. Tidakkah Umno dan BN yang merampas dan menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dipilih melalui demokrasi?

Bukankah Umno dan BN jugalah yang telah merampas dan menggulingkan kerajaan PAS Terengganu dalam PRU 10? Mengapakah sebuah kerajaan yang baik dan telah mendaulatkan undang-undang Islam dan mewartakan undang-undang tubuh negerinya dengan acuan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas perlu untuk ditumbangkan?

PAS memperkenalkan kaedah dan istilah ‘tahaluf siyasi’ untuk membenarkan pakatan antara parti-parti politik berdasarkan kaedah fiqh Islami, demi maslahat, membawa perubahan kepada negara yang lebih baik.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju dengan kepentingan bersama iaitu memerangi rasuah dan penyelwengan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, tanpa mengira bangsa dan agama.

Tahaluf Siyasi bukan berlaku sekelip mata umpama ‘magik’ tetapi melalui pelbagai perbincangan ilmiah di kalangan cerdik pandai gerakan Islam antarabangsa yang disertai para ulamak dari PAS, sehingga mencetuskan persepakatan bukan ‘wala’ dengan parti-parti yang tidak berteraskan Islam .

Namun bagaimana pula dengan Umno yang telah menjalinkan hubungan dengan MCA dan lain-lain parti dalam BN? Apa kaedah dan Istilah Islam yang digunakan oleh Umno?

Kebangkitan dalam PRU 12 menyaksikan pertambahan kerusi DAP dari 13 kerusi (PRU 11) kepada 41 kerusi parlimen. Pada masa yang sama ia telah mengurangkan kerusi sekutu Umno MCA dan MIC tapi malangnya, fakta tersebut disembunyikan dari pengetahuan umum oleh media pro Umno-BN.

Apabila MCA dan MIC kalah dalam beberapa kawasan parlimen, telah berlaku pertambahan kepada kerusi Melayu Islam sekaligus meningkatkan kuasa Melayu Islam dalam Dewan Rakyat (Parlimen). Fakta ini akan saya dedahkan dalam artikel saya ayang akan datang.

Justeru, saya mencabar Muhammad Ramli Nuh menjelaskan, apakah istilah yang tepat dengan kaedah Islam bagi menggambarkan gabungan Umno, MCA, MIC dan parti-parti lain yang berteraskan perjuangan bangsa? 

Saya juga meminta Muhammad Ramli Nuh menukilkan dengan jelas apakah garis panduan yang digunapakai dalam pembentukan barisan ini?

Apakah kaedah dalam ilmu-ilmu Islam yang syari’e, yang digunakan oleh Umno ‘menghalalkan’ gabungan ‘caca-marba’ parti-parti dalam Barisan Nasional?

Saya percaya, rakyat Malaysia amnya dan rakyat Terengganu khusunya amat berminat untuk mengikuti ulasan Muhammad Ramli Nuh, Timbalan Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan Umno Terengganu.

Hishamuddin Abdul Karim
Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman
11 syawal 1433/ 29 Ogos, 2012

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....