Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 12 Februari 2012

Sesat: Pemuda PAS sedia debat dengan Ahmad Said

KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Pemuda PAS Terengganu dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan PAS daripada tuduhan jahat Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Perhubungan Umno negeri dan juga Menteri Besar yang menyatakan PAS ialah ‘Parti Ajaran Sesat’.

“Sesiapa sahaja boleh juga menuduh Umno sebagai United Musyrik National Organization.

“Tetapi kami tidak merasa selesa untuk membuat tuduhan ini dengan menggunakan uslub celupar Ahmad,” tegas ketuanya, Mohd Nor Hamzah (gambar) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga meminta pihak penguasa buat penyiasatan segera tentang tulisan dalam Sinar Harian yang bertajuk “Mat Said mempertikaikan hukum liwat” yang diluluskan dalam Enakmen Jenayah Syarei Terengganu (Hudud dan Qisas) 2003.

Katanya, pertikaian Ahmad tentang peruntukan dalam enakmen itu juga menggambarkan sikap beliau yang menghina enakmen itu dan Tuanku Sultan Terengganu yang telah menandatanganinya.

Menurutnya lagi, sikap Ahmad yang mempertikaikan enakmen itu juga menolak pandangan ijmak ulama tentang kesalahan suami yang meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman Hudud.

Beliau yang juga Adun Bukit Payong berkata Ahmad mula berada dalam kesesatan, bila mana beliau mempertikaian pendapat ijmak ulama.

Tambahnya, tuduhan jahat Ahmad terbongkar daripada hati yang jahat dan kebencian yang membara kepada rakyat yang mendampingi, menyokong dan bangkit bersama PAS untuk menjatuhkan kesombongan, pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunakuasa pemimpin-pemimpin Umno.

Katanya, isu NFC, penyalahgunaan wang zakat, stadium runtuh dan banyak isu yang menjerat Umno untuk mempermudahkan rakyat menggantikan Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata tuduhan Ahmad yang berupa fitnah yang berkemungkinan mencetuskan perpecahan, perbalahan dan huru-hara dalam masyarakat.

Menurutnya, tuduhan itu bukan sahaja menafikan dan mempertikaikan sistem demokrasi yang diamalkan dan pihak Pendaftaran Pertubuhan dalam negara, tetapi juga menghina sejuta ahli PAS dan jutaan penyokong dan pengundi PAS yang terdiri daripada ulama, tuan guru-tuan guru, pegawai-pegawai kerajaan, golongan profesional, ustaz-ustazah, guru-guru, petani-petani, nelayan-nelayan, anak-anak muda dan mahasiswa.

Tambahnya lagi, tuduhan jahat itu juga menghina dan mencerca ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, jiran-jiran yang mempunyai hubungan erat dengan ahli Umno.

“Kami yakin ahli-ahli Umno juga tidak setuju dan marah dengan tuduhan dan tohmahan sebagai penganut ajaran sesat dikaitkan kepada mana-mana peribadi yang mempunyai hubungan dengan mereka.

“Oleh itu, kami menyeru ahli Umno supaya menentukan sikap ‘tidak setuju’ kepada Ketua Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Umno dalam Pilihanraya Umum ke 13 iaitu ‘PAS Ganti Umno’ (PGU),” katanya lagi.

Beliau menambah, tuduhan Ahmad juga menggambarkan sikapnya yang cuba mempertikaikan kewibawaan Ashabul Samahah Mufti-Mufti dan penguatkuasa syariat yang boleh membuat penyiasatan dan pendakwaan ke mahkamah syarei terhadap mana-mana pihak yang membawa ajaran sesat.

Justeru, ujarnya Ahmad Said boleh mengarahkan jabatan yang bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan pendakwaan terhadap tuduhannya.

“Tetapi PAS merupakan parti politik yang berdaftar telah melayari bahteranya menjangkau 60 tahun dengan sokongan ulama dan tok guru-tok guru pondok, bahkan beberapa peribadi yang telah memegang jawatan mufti seperti Almarhum Datuk Ishak Baharom,” ujarnya.

Sebaliknya, kata beliau Umno pernah diharamkan oleh mahkamah.

PAS juga, katanya pernah bersedia untuk berdebat dengan ulama Umno tetapi perdebatan itu telah dibatalkan oleh kerajaan dengan sikap bacul dan pengecut.

Tegasnya, Pemuda PAS negeri menyokong kenyataan yang dibuat oleh Datuk Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat yang telah cukup tempoh untuk Ahmad menarik balik kenyataannya dan memohon maaf pada hari ini.

“Kami bersedia berdebat dengan Datuk Seri Ahmad Said di medan yang terbuka agar rakyat boleh membuat keputusan dan menentukan sikap dalam Pilihanraya Umum ke 13,” ujarnya.

Di samping itu, jelasnya Pemuda PAS Negeri akan membuat laporan polis dan tindakan mahkamah terhadap tuduhan jahat itu agar tidak berulang dan dilakukan oleh mana-mana pemimpin Umno.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....