Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 7 Disember 2012

Pengasas Pertubuhan Silat Ulas Insiden Di Gombak

KUALA LUMPUR 9 DIS: Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.

“Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah, 7 Disember ini.KD

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aruah tuk menakan ku orang lambor apa yang tak ada solat tak pernah tinggal pernah zaman bintang tiga kepala dia pun cina cuba belah dgn kapak belanda tapi orang berilmu lagi byk lagi macam ubi selagi tak korek sorry la cari sendiri kbykan la ni tong kosong

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....