Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 9 November 2012

Nurul Izzah serahkan transkrip ucapan forum kepada Jais

 Nurul Izzah Anwar di pejabat Jais Shah Alam untuk member kenyataan mengenai forum Sabtu lepas, 9 November 2012. — Gambar oleh Choo Choy May

SHAH ALAM, 9 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bertemu dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin untuk memberikan penjelasan dan menyerahkan transkrip ucapannya berhubung dengan forum yang menjadi kontroversi kerana dikatakan beliau menyokong kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu-Islam di negara ini.

“Saya telah memberikan aduan yang menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada pengarah Jais, Datuk Marzuki.

“Dan Alhamdulillah Jais telah memberikan kerjasama yang baik,” katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas bertemu dengan Jais.

Nurul Izzah ditemani oleh peguamnya, Fadlina Sidik bertemu dengan pengarah dan tiga orang penguatkuasa Jais turut menyatakan kerjasamanya kepada badan penguatkuasa Islam negeri Selangor tersebut.

Fadlina memberitahu pemberita bahawa saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog akan tetap diteruskan kerana memutarbelitkan kenyataan beliau dalam sebuah forum minggu lalu.

Semalam, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menyatakan kesediaannya untuk menyediakan peguam kepada Utusan Malaysia jika disaman oleh Nurul Izzah.

“Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.
“Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia,” katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.

Jelasnya lagi, tindakan yang dibuatnya itu bukan hanya semata-mata mempertahankan media tersebut, sebaliknya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.“Kami bukan mempertahankan Utusan Malaysia, kami mempertahankan Melayu, Islam,” katanya.

Dalam kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi, Nurul Izzah menjelaskan selain daripada menyerahkan transkrip ucapannya kepada Jais, beliau turut membuat aduan kepada Jais terhadap manipulasi kenyataannya yang dilakukan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog.TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nurul kata...tiada paksaan dalam Islam...tidak hanya digunapakai terhadap bukan Melayu tetapi boleh digunapakai (equally) terhadap org Melayu juga. Pada Nurul yang penting adalah kualiti. Seolah2nya...dedah la macamana sekalipun...atau mungkin diambilfaham oleh pihak bukan Melayu sebagai dakwah lah sekuat mana pun. Kadang2 jgn kerana taksub benci pada BN menyebabkan kita gagal membaca apa yg tersirat.

Tanpa Nama berkata...

Apabila kita mengatakan secara asas tidak boleh juga memaksa Melayu dalam hal agama Islam mereka....apa yg kita maksudkan. Jangan pandang pada satu ayat dan membuat pandangan sendiri. Belajar!!!! Dulu kata UMNO yg menyempitkan agama. Apakah PAS akan terus berdiam?????

Tanpa Nama berkata...

Rasanya apa yang Nurul Izzah cuba sampaikan itu bermaksud, "jangan meletakkan jika Melayu mesti Islam".. jika fikir secara logik pon.. sekarang ni yang banyak merosakkan Islam pon adalah orang melayu sendiri.. jadi elok la yang mana nama je melayu tapi berperangai mcm kafir.. elok je jadi kafir je trus.. saya dapat agak jika la melayu ni diluar negara.. lahir disana bukan dimalaysia.. kompom jadi kafir.. ( tapi bukan semua la ) sebab ISLAM ni kene berasakan AQIDAH.. IMAN dan TAQWA.. skang ni cube lihat anak2 muda yang MELAYU dan ISLAM ( dalam IC ).. hancur semuanya.. jadi berbalik pada kata Izzah... orang2 mcm ni la elok je biar jadi kapir daripada berpura2 je ISLAM tapi merosakkan agama sendiri..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....