Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 23 November 2012

Gambar : Ribuan berhimpun bantah Felda jual minyak ke Israel





KUALA LUMPUR 23 NOV: Biarpun hujat lebat sejak jam 2 petang tadi, ia tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara, hari ini.

Perarakan itu bertujuan membantah Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza,  terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.

Ia  bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak dengan disertai NGO antaranya, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan NGO memperjuang kebebasan Palestin.

Mengikut Harakah Daily, mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi tali barut Yahudi sebagai membantah tindakan Felda itu.

Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Mazlan berkata, tindakan menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia pimpinan Umno BN, tidak serius membela nasib umat Islam di Palestin.

“Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.

“Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di Gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.

“Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi. Kita bercakap membebaskan Palestin tetapi Felda jual minyak kepada Israel,” katanya.

Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu tidak dibenar masuk.Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.

“Oleh kerana layanan begitu buruk, saya isytihar dalam masa tujuh hari jika Felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, kita akan datang dengan jumlah lebih besar,” kata Mazlan.Himpunan itu bersurai kira-kira jam 3.15 petang.KD

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/11/gambar-ribuan-berhimpun-bantah-felda.html

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....