Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 14 Oktober 2012

Poster Raya Haji and Halloween Persenda Islam

 Poster besar yang diletakkan di ruang legar utama sebuah pusat membeli-belah mencetuskan rasa kurang senang pengunjung umat Islam

KUANTAN - Poster besar di sebuah pasar raya, di sini, menimbulkan rasa kurang senang umat Islam kerana menggabungkan Aidiladha bersama perayaan agama lain.

Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.

Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.

"Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam," katanya.Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster  itu.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, poster seperti itu tidak boleh dipandang ringan.

“Sebelum anjur program,  pihak berkaitan perlu faham sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menyentuh perasaan orang lain,” katanya.Beliau berkata, tindakan itu boleh menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.

Dalam pada itu,  Pegawai Perhubungan Awam dan Pengarah Program, Chea Sin Cheak memohon maaf dan sedar kesilapan itu selepas dimaklum Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kelmarin.Beliau harap masyarakat dapat maafkan dan akan berhati-hati pada masa hadapan.SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan semua agama sama jadi jangan pandai-pandai nak buat hal dah lama duk kat negara ini pun masih nak buat tak faham-faham.susahlah.jangan kerana berniaga tak peduli perasaan orang lain.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....