Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 27 September 2012

Anak Bekas Ketua Cawangan Umno Pohon Maaf Kesalahan Ayahnya

SETIU - "Saya bagi pihak arwah Cikgu Mat memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PAS dalam DUN Batu Rakit, sekiranya semasa arwah memegang (jawatan) pengerusi JKKK,  ketua umno(Kampung) Balai Maras dan pengerusi masjid ada melakukan kesilapan kepada saudara-saudara,

"Kata Zulhairi Haji Che Mat ketika mengumumkan secara rasminya beliau meninggalkan umno.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah yang diadakan di Kampung Maras dekat sini, Isnin malam, 24 September.

Pada Majlis tersebut Zulhairi adalah antara 70 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua rakan-rakan yang seangkatan dengan ayahnya, yang masih duduk dalam umno agar meninggalkan perjuangan parti tersebut.

"saya merayu kepada ahli-ahli umno yang sama usia dengan (arwah) saya, apa lagi yang kita hendak dengan pembangunan, umur sudah 50, 60, 70, kita masih bercerita tentang pembangunan dunia, sedangkan pembangunan akhirat di mana?,

"(walau pun umur sudah lanjut) masih tidak menjenguk masjid, kalau ada (pergi) pun (hanya) sembahyang Jumaat,"ujarnya.

Mengungkap tentang pembangunan negeri Terengganu yang didakwa 'hebat' oleh sesetengah pihak, anak muda ini berkata, beliau cukup benci dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan umno-BN Terengganu.

"benda yang membazir, yang saya lalu hari-hari, saya benci tengok (iaitu) stadium runtuh, (sebanyak) RM292 juta...gitu dia buat (jadinya), kalau buat rumah kepada orang-orang miskin (dengan) RM292 juta....berapa ribu boleh dapat,"luahnya.

Sekaligus bekas Pemuda Umno itu berikrar, bahawa beliau dan beberapa rakannya yang lain akan menjadi 'tulang belakang' menggerakkan kempen PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"dan saya berjanji akan menjadi tulang belakang bagi menjatuhkan Umno dan Baisan nasional pada pilihanraya umum ke 13,"tegasnya.

Borang permohonan menjadi ahli PA tersebut diterima oleh penceramah jemputan yang juga Speaker DUN Kelantan, Datuk Ustaz Nasaruddin Daud.BO

4 ulasan:

Unknown berkata...

semoga dimaafkan kesalahan ayahnya. itu permintaan anak yang ingat kepada jasa bapa. anak lain macam mana?

new hope berkata...

salam,

anak yang soleh

KLIK 6 tuntan rakyat kepada cuepacs

Tanpa Nama berkata...

Betul. Buat apa lagi nak pembangunan? Tinggalkan semua. Pi dok zikir kat masjid 24 jam. Buat pahala banyak-banyak. Lepas tu dengar tazkirah kaki liwat. Kot la blh jadi wali ke-10... Pesanan Saidina Umar R.A dah lupa ka?

Tanpa Nama berkata...

pembangunan mesti selari dengan apa yang diperintahkan oleh Allah bukan selari dengan kehendak nafsu maknusia
yang dok ada tu baik sangat ke?
tak nampak ke apa yang berlaku sekarang. tak kan hidup tau cari makan aja sampai tak nampak apa

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....