Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 15 Jun 2012

Video : Ribuan warga Rohingya demo di kedutaan Myanmar




KUALA LUMPUR: Hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar hari ini bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara itu.

Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid.

Mereka membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.

Ada antara mereka berarak sambil meraung-raung menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara mara mereka itu.Imbang Penuh
Pelbagai slogan dilaungkan dalam bahasa ibunda mereka sebagai mungutuk pemerintah negara itu.


Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1500 muslim Rohingya dan 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.

Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.

Mengepalai himpunan itu tadi Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi.

Perarakan mereka bagaimanapun tidak berjaya sampai di hadapan bangunan kedutaan apabila pihak polis membuat sekatan di persimpangan Jalan Madge kira-kira 200 meter dari pintu pagar kedutaan.

Polis hanya membenarkan tiga daripada mereka iaitu Azmi, Kamaruzzaman dan Athirah melepasi sekatan bagi menyerahkan memorandum.

Bagaimanapun di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pagar untuk menerima memorandum.

Selapas hampir setengah jam memanggil dan menunggu, memorandum tersebut kemudiannya diserahkan melalui celah pagar kepada salah seorang penjaga yang berkawal di bangunan berkenaan.

Azmi ketika bercakap kepada media turut mengecam sikap duta Myanmar itu yang enggan bertemu dan menerima memorandum tersebut.

"Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil.

"Respek la sikit, (memorandum) ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Rohingya yang dah dapat kad pengenalan atau yg jadi pengundi hantu kene tolong pakatan rakyat kita sama berjuang bela nasib rakyat Rohingya..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....