Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 13 April 2012

Video : Ceramah Aktivis Mahasiswa ' Yuyu Luna ' Di Besut




BESUT
– Mungkin kerana terlalu ‘geram’ dengan penyelewengan yang dilakukakam Umno dan Barisan Nasional (BN) Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Siti Nurul Piteriyah Abdul Halim, menyarankan agar penyokong BN menulis di batu nesan masing-masing ‘Saya Penyokong Tegar Barisan Nasional’.

Beliau mempersoalkan bagaimana seorang ‘perompak’ Negara boleh diberikan lagi projek bernilai RM500 juta untuk membina seuah flet di Kampung Kerinchi Kuala Lumpur.

“Peragut, perompak Negara boleh diberi lagi projek di (Kampung) Kerinchi, boleh ke lagu (macam) itu, kita duk sokong (BN) lagi,

“hok (yang) mana rasa nak sokong Barisa Nasional itu, sokonglah sampai mati, tulis dibatu nesan tu, ‘saya penyokong tegar Barisan Nasional’,”tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ceramah Isu Semasa di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut dekat sini pada Rabu11 April.

Menurutnya, negara tidak akan bankrap sekiranya memansuhkan PTPTN tetapi memang Negara akan bankrap sekiranya terus menerus mengamalkan pembangunan yangmengutamakan kroni.

Beliau yang juga mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, sehingga kini 5,600 graduan universiti terbabit masih tidak ditawarkan untuk berkhidmat sebagai guru.

Beliau turut mendedahkan pemimpin Umno sering memanupulasikan mahasiswa untuk kepentingan politik peribadi.

Antaranya menurut beliau, seorang pemimpin Umno Besut yang beriya-iya mahu bertanding dalam pilihanraya akan datang.

“ada seorang (pemimpin Umno kononnya) bakal YB di Pasir Akar mesej ke saing-saing minta tolong undi dia, (bernama) Zahari Mat minta nama budak-budak Besut katanya ada projek,

“(tapi) budk-budak Besu tak bodoh, kita kenal siapa dia (Zahari Mat),”jelasnya.

Sebelum itu, katanya, para pelajar universiti turut dipaksa menyertai program Baktisiswa dan diugut akan gagal peperiksaan sekiranya tidak menyertai program tersebut.

Menurutnya lagi, Timbalan Naib Canselor UPSI sendiri juga pernah meminta beliau menyerahkan nama 1000 orang pelajar untuk dijadikan di kawasan yang beliau ingin tandingi.

Sehubungan itu, katanya, beliau selaku mahasiswa yang dipanggil sebagai golongan ‘cerdik pandai’ bukanlah mahu berpolitik.

Namun katanya, beliau merasakan bahawa mahasiswa perlu bersuara bagi menjadi jurucakap kepada rakyat membetulkan senario negara yang teruk ketika ini.

“Saya bukan nak berpolitik sebenarnya, tapi melihat kepada senario hari ini memang teruk sangat, bila kita mahasiswa tidak bersuara (apa akan terjadi),

“sebab kita mahasiswa dipanggil sebagai golongan cerdik pandai (yang menjadi) jurucakap dan jurutimbang kepada rakyat,

“kita kena suarakan kena sampaikan ilmu yang kita ada, apa sebenarnya yang terjadi dalam Negara kita ini,”tambahnya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....