Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 16 April 2012

Video : Bongkar !!! Laksamana Pertama (B) Dedah Penyelewengan Pembelian Kapal TLDM




DUNGUN
– Pemerolehan kapal Patrol Vessel (PV) yang diubah menjadi Littoral Combat Ship (LCS ) atau Kapal Kombat Pesisiran Pantai tidak terdapat dalam dokumen strategik pertahanan negara dan merupakan satu penyelewengan yang nyata.

Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid mempersoalkan mengapa Kementerian Pertahanan mengubah pembelian tersebut sedangkan ia tidak diperlukan.

“Sebenarnya dalam kita punya strtaegik dokumen tidak ada keperluan itu (LCS) tapi sekarang ini kenapa diubah? Kita (Kementerian Pertahanan) sepatutnya buat 27 buah kapal PV yang telah siap sebanyak 6 (belum siap) ada lagi 21,

“dia tukar ‘brand’ itu, bila dia tukar, alat baru boleh masuk, system baru boleh massuk, design baru boleh masuk, segala-galanya baru, ramailah pembekal-pembekal yang ambil komisyen ini,”ujarnya.

Beliau berkata harga sepatutnya LCS itu tidak sepatutnya melonjak sehingga RM6 bilion kerana ia bukannya kapal pemusnah (destroyer) atau pun kapal Frigate.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada program PAS Ganti (PGU) Umno yang dianjurkan Majlis Tindakan DUN (MTD) Paka, Sabtu 14 April.

Haji Imran berkata beliau cuba membuat beberapa usaha untuk menyelamatkan wang Negara sebanyak RM2 bilion kerana pembelian tersebut, sebaliknya kini harga baru yang dikeluarkan sngat mengejutkan.

“Dia (Kemnterian) ubah nama itu sebab-sebab inilah (penyelwengan) saya (jalankan usaha) selamatkan (wang negara sebnyak) RM2 bilion, (tapi) bila keluar (sebut harga) sekali lagi sudah jadi RM9 bilion,

“saya tak boleh terima itu, saya tak boleh spesiikasi bagamana boleh (harganya) jadi RM9 bilion, (ia) bukannya kapal ‘sophisticated’ sangat,”tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Putrajaya, Menteri Pertahanan mestilah mengkaji kembali pembelian kapal tersebut.

Beliau menggesa pembelian alatan pertahanan negara yang tidak diperlukan seperti itu dibatalkan sahaja.

Beliau difahamkan, peningkatan harga pembelian alatan pertahanan terbabit kerana ia dibuat secara rundingan terus tanpa melalui proses tender.

Beliau yang sebelum ini adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Tender Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yakin wang komisyen pembelian dengan harga melampau mengalir kepada individu yang berkuasa.

Turut berucap dalam Majlis Ceramah Kemuncak program PGU MTD Paka adalah Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan Pesuruhjaya 1 merangkap Pengerusi MTD Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat.BO

1 ulasan:

amboi berkata...

Tiada jalan mudah untuk menyelesaikan atau menamatkan kezaiman umno ni..hanya melalui PRU 13 ini sahaja. Marilah kita sama-sama bertekad untuk mengalahkan umno dalam pru 13 ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....