Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 9 April 2012

Bila Artis Dan Sasterawan Sertai Pas

Aishah dan Bob Lokman bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia

KUALA LUMPUR, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya.

Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.

Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.

Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.

Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.

Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.

Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.

Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.

"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.

Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu.

"Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.

"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.

Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.

Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..

"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kata bantah, seperti kita menderhaka...

"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.

Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.

Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV."Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...

"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.

Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.Hrkh

VIDEO UCAPAN AISHAH DISINI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak setai parti apa apa tak kisah...

Asalkan saudara se islam jgn diabaikan tak kira kita parti mana...

Tak ada kerajaan yg perfect 100 peratus...tapi kalau to tell the truth, BN still the best..

Pakatan rakyat....hampeh!!

Tanpa Nama berkata...

Gua x ambil pot lu nak cakap hampehh
ke sampah ke..itu lu punya pasal..tapi wa setuju dgn Aishah bila dia sebut kat malaysia ni kalau sokong pembangkang macam menderhaka pada raja..malah lebih besar dr menderhaka pada raja..menderhaka pada tuhan x per kot?tapi jangan menderhaka pada umno hakkk ptuiihhhh

Tebuan berkata...

@ Tanpa nama 8:43 ptg.-paling atas
Wow!!! Tanpa Nama paling atas baik sungguh nasihat dia...

"Asalkan saudara se islam jgn diabaikan tak kira kita parti mana.."

Dia kata BN still the best...

Kontradik dengan nasihatnya diatas!
BN @ UMNO dok cekik harta rakyat dan menindas ulama dan orang Islam nape tak nasihat?
Engko ni memang spesies bute kayu
la..Kalo dah bodoh tu tak payahlah nak tunjuk baik atau cerdik.. Engko memang bodoh!

Tanpa Nama berkata...

mamat bangang kat atas tu memang bangang 7 keturunan.........nanti kalu dia mampos pun dia nak batu nisan 1 malaysia............

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....