Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 11 Februari 2012

Pemuda Pas buat laporan polis terhadap Hasan Ali

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.

"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi."Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.

"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan2 DAP atau PKR suruh/upah korang buat laporan dak???

Tanpa Nama berkata...

dah jadi org umno mesti kebal dari undang undang tu

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....