Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 2 Januari 2012

Insiden Demo UPSI : Mahasiswa Yang Dipukul Polis Akan Ambil Tindakan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.

“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata “tindakan perlu” diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa “tercedera sendiri”.

“Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.

Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.“Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami  akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi.

Awal pagi tahun baru lalu, sekumpulan 60 mahasiswa telah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan pintu masuk UPSI dan mendakwa telah berlaku pergelutan dengan pihak polis.Ketika insiden tersebut, seramai 17 antara mahasiswa terbabit telah ditahan polis Tanjung Malim, dan kemudiannya dibebaskan.

Sementara itu, PKR dan DAP terus mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam kelmarin.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas menggunakan tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.Ketika kejadian berkenaan,  Safwan  dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.TMI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya puji kejayaan pembenterasan jenayah oleh PDRM. Dalam pengurusan berkaitan korelasi dengan kebebasan bersuara, PDRM dilihat amat tertekan sehingga sanggup melakukan perkara diluar batasan keugamaan dan moral/etika asalkan kedudukan mereka semua terjamin. Ingat Allah maha Melihat dan kebenaran jajni Allah terus terlaksana sebaik-baik jasad disemadikan bahkan balasannya amat segera terhadap mereka yang teraniaya. Muhasabahlah sebelum kita dimuhasabah.

Tanpa Nama berkata...

aslmkm...jgn terlalu slhkn org len..polis hnye mengikut undg2 negara..buat demtrsi mmg slh di sisi undg2 negara..mgkn yg tercedera terlalu ikut perasaan..kita ada pegangan kta sendiri x perlu nk buat semua ini.biar allah yang tentukan siapa benar siapa slh...jgn bhayakan org lain semate2 nk ikut kehendak diri dan kehendak orang berkenaan...fikirkan keselamatan org awam yg len..cth:ketika anda sedang ranck buat demntrsi penjenayah bermaharaja lela krna penguatkuasa tupu kepada anda..jd siapa yg bersalh dan siapa yg menanggng dosa..ingat allah itu ada...jgn sisihkan dia..mengadu pd dia..apa kata dr bersusah payah,dr terkena panas terik..atau hujan.. tercedera anggota bdn..anda semua yg buat demntrasi buat solah jemaah beramai2 minta pd allah untu tunjukkan siapa yg benar dna siapa yg slh..pahala dpt dan anda semua telah bantu semua rakyat untuk mengetahui kebenaran..mungkn allah akn makbulkan permintaan anda..allah itu maha berkuasa...jd renung2knlah...aslmkm

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....