Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 24 Disember 2011

Negara Berkebajikan : Dr Hasan Ali Mohon Maaf,Tarik Balik Kenyataan

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai “keterlanjuran kata”, Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini, Hasan (gambar) pernah membuat kenyataan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Pada sidang media itu juga, Hasan mengakui beliau “bersetuju” dengan konsep Negara Berkebajikan yang disebut presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di Muktamar tahunan PAS yang turut disahkan Majlis Syura Ulama.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mamat ni masih nak dok dalam pas lagi. memang benarlah dia berstatus muka tak malu!!

Tanpa Nama berkata...

senang2 jer "minta maaf" cmtu jer sesudah ko maki hamun dan kencing dalam rumah yang bagi ko rezqi?????

memang munafik la ko ni Hassan

robertocarlos berkata...

tak mengapa.. demi perjuangan, kita sedia terima permohonan maaf dgn syarat tidak diulangi secara sengaja atau tidak sengaja. mmberikan komen melalui media musuh ttg isu dalam parti adalah satu kesilapan besar mana2 pejuang Islam. yg penting kita berbincang dan cari penyelesaian, bukan terikut2 rentak dan masuk perngkap musuh.

sy yakin musuh mmg suka hassan ali keluar dari PAS dan masuk UMNO atau Perkasa, kerana itu la cara perjuangan mereka.

sekarang, rapatkan saf, buang yang keruh ambil yang jernih. insyaAllah perjuangan kita di landasan yg betul

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....