Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 27 Disember 2011

Antara Keputusan Mengejut Mahkamah Sepanjang 2011

Oleh Suriati Sidek Ahmad

KUALA LUMPUR: Badan kehakiman terus berdepan dalam menangani lebih banyak kes berhubung isu perlembagaan tahun ini terutama hak individu.Awal bulan lepas, empat lelaki yang memilih kerjaya sebagai mak andam, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Seremban untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.

Mereka meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.

Hakim Rosnaini Saub membuat keputusan itu atas pendapat bahawa permohonan itu membabitkan pelbagai isu perlembagaan.Bagaimanapun tarikh pendengaran permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka belum ditetapkan.

Dalam permohonan itu, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 24, Shukor Jani, 25, Wan Fairol Wan Ismail, 27 dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 25, menamakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai penguatkuasa syariah, ketua pendakwa raya syariah dan kerajaan negeri sebagai responden.

Antara lain, Seksyen 66 didakwa menafikan hak mereka dari segi kebebasan melahirkan perasaan masing-masing dan enakmen itu menyebabkannya sukar bergerak dan ini merupakan satu pelanggaran hak mengikut Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan mengenai mobiliti.Mereka juga mendakwa seksyen itu juga melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak kebebasan terutama dari segi kebebasan memilih.

Tukar jantina

Di Kuala Terengganu, Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25( gambar ), yang menjalani pembedahan menukar jantina dua tahun lepas, gagal dalam permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz dalam MyKad.

Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhubung penukaran status jantina dalam dokumen pengenalan diri dengan hanya berdasarkan pembedahan menukar jantina ekoran ketiadaan peruntukan yang membenarkan mahkamah berbuat demikian.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Mohd Ashraf, yang berasal dari Seberang Takir, memfailkan permohonan itu pada 25 Mei selepas menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand kerana mendakwa berdepan kesukaran untuk hidup secara normal sebagai seorang wanita, selain memudahkan beliau diterima masuk ke sebuah universiti tempatan.

Hakim Mohd Yazid juga memutuskan bahawa Mohd Ashraf bukanlah wanita tulen walaupun beliau telah menjalani pembedahan menukar jantina.Dua minggu selepas itu, Mohd Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung tidak stabil.

Politik pelajar

Satu lagi keputusan “mengejutkan” dibuat Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang- undang.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim memutuskan seksyen itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membuat keputusan itu setelah membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berdepan tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil bagi Parlimen Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.

Sementara itu Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, yang mengetuai panel itu menentang dan memutuskan bahawa larangan itu perlu bagi mengelakkan ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah, tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh, yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan.

Bagaimanapun, Hakim Hishamuddin berpendapat seksyen itu tidak rasional kerana ia menghalang pembangunan pemikiran kritis dan asli penuntut institusi pengajian tinggi.Hakim Albert pula berkata seksyen itu melanggar Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasan bersuara dan ekspresi.

Selain itu, perbicaraan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat liputan meluas media.Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada Anwar bersalah atau sebaliknya pada 9 Jan depan bagi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tiga tahun lepas.

- Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....