Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 November 2011

Umno terus dera rakyat Kelantan


Oleh M FAQIH

PADA 2009 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan program subsidi beras kepada rakyat miskin. Ia juga dikenali sebagai SUBUR. Dato’ Seri Noh Omar mengumumkan penerimanya dipilih dari senarai E-Kasih.
Selepas pengumuman dibuat, macam-macam kenyataan dikeluarkan pemimpin Umno.Akhirnya, seorang pemimpin Umno dari Kelantan mahu program itu ditangguh kerana isu senarai penerima dipertikaikan. Kata orang Bachok, mereka berebut pusaka orang miskin.

Tragedi itu memperlihatkan wajah Umno sebenar. Program untuk rakyat miskin pun mereka bertelagah. Akhirnya, program itu hanya terperap di atas kertas.

Cadangan menteri mahu SUBUR dilaksanakan pada awal 2010 sekadar manis di bibir. Sekarang 2011 menghampiri senja, namun program SUBUR tidak lagi menjadi subur.
Maka ada pihak berhujah, bantuan untuk tok fakir pun Umno berebut-rebut. Timbul isu orang aku, orang kamu. Isu seperti itu sebenarnya tidak menjadi pelik di Kelantan.
Selagi dikenali sebagai ahli atau penyokong Umno segala bantuan kerajaan pusat mereka bolot. Contohnya bantuan kepada mangsa banjir di sebuah kampung di Kuala Krai turut dibolot penyokong Umno, sedangkan rumahnya terletak di atas bukit.
Inilah Umno, wajah mereka berbalam-balam. Siang nampak  jalur di dahi, malam hitam di hati. Di Dun Manek Urai ramai penyokong Umno mendapat bantuan membaiki rumah. Ada rumah yang masih elok dan zink belum berkarat diberi zink baru.
Rumah bukan penyokong Umno yang tiris di sana-sani dibiarkan. Habuan projek bernilai lebih RM5,000 merubah wajah rumah penyokong Umno.
Itu belum lagi diungkit rumah program pembangunan rakyat termiskin (PPRT). Cerita ketua wanita cawangan atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bolot rumah PPRT bukan cerita baru. Lebih menariknya rumah itu bukan diduduki, sebaliknya disewakan. Buktinya ada di mana-mana termasuk di Dun Bunut Payong, Kota Bharu.

Paling mengharukan rumah PPRT banyak didirikan di atas bukit di kawasan projek ikan koi di Bukit Sireh, Kuala Krai suatu ketika dahulu.
Hari ini di sekeliling rumah itu ditumbuhi semak dan samun. Projek PPRT terbabit ada kaitan dengan bekas Menteri Luar Bandar yang disebut media melibatkan kehilangan wang rakyat lebih RM30 juta.
Maka tidak hairanlah biarpun kerajaan pusat gagal melaksanakan progam SUBUR, namun program serupa dilaksanakan di Kelantan pula disekat.
Seorang menteri dikatakan memanggil pengilang yang membekalkan beras untuk program skim bantuan beras percuma (al Itíaam). Program itu dimulakan Febuari lalu melibatkan seramai 8,100 penduduk miskin.
Beras yang dibekalkan jenis super tempatan. Ekoran pelaksanaan program itu menyebabkan pasaran beras tempatan melonjak 100 peratus.
Persatuan Pengilang Beras Bumiputera meluah rasa syukur di atas usaha kerajaan negeri mewujudkan al It’aam.
Pengilang terbabit setiap bulan membekalkan sebanyak 80 metrik tan. Skim tersebut memberi manfaat kepada penduduk miskin, pengilang, pemborong dan petani.
Namun, malangnya selepas 10 bulan program berkenaan berjalan, Umno mulai gelabah. Lalu diambil tindakan dengan mengugut pengilang dan pemborong beras. Inikah yang dinamakan ‘samseng zaman moden’.
Ugutan tersebut menyebabkan program pengagihan beras tergendala seketika. Tindakan seperti itu tanpa sedar menjadikan Umno semakin reput.
Cerita pelik dan ajaib juga berlaku apabila Laporan Audit Negara mendakwa Kelantan gagal melaksanakan tujuh projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Disebut Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menerima peruntukan sebanyak RM19 juta. Menurut laporan itu seperti disiar sebuah akhbar, kerajaan negeri tidak membinanya. Sedangkan sejak 1990 (RMK-6), kerajaan negeri tidak menerima sesen pun peruntukan bagi projek RAKR.
Sejak RMK-6 hingga RMK-9 sepatutnya sebanyak RM91.6 juta diberi kepada Kelantan, namun habuk pun tak ada.
Anehnya Laporan Audit Negara pula menyebut Kelantan menerima RM19 juta. Kerajaan negeri menjelaskan tiada peruntukan diterima bagi projek RAKR sejak 1990 sehingga sekarang.
Persoalannya siapa yang mendapat peruntukan itu. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau Audit Negara wajar intai-intai, ke mana peruntukan tersebut diperapkan. Mungkinkah sama dengan kes wang royalti yang kini menjadi ‘wang ihsan’. Sedangkan menurut anggota Exco Dato’ Husam Musa, telaga Bintang dan Lawit yang bertindih dengan Terengganu sudah diteroka sejak 25 tahun lalu.
Manakala carigali di lapangan PM301 dan PM302 benar-benar berada di perairan Kelantan juga tidak dipedulikan soal royalti. Di situ terdapat 16 telaga. Itu belum diambil kira telaga yang bertindih dengan Vietnam dan Thailand. Jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar sebanyak RM6 bilion.Detikdaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....