Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 20 November 2011

NFC : Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Cabar Shahrizat Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan ekoran dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) iaitu syarikat milik suaminya.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang kepercayaan rakyat akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain melainkan meletakkan jawatan.

"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu disini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerajaan Pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.
Menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

"Perkara berbangkit disini yang menjadi 'Crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian sebuah Kondominium yang bernilai RM9.8 Juta bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," tambah Rahmad lagi.

Menurutnya lagi, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan sama sekali bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC, begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," jelasnya.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh anggota parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri berkaitan Fidlot itu telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya apa yang cuba diperjuangkan oleh KMPP? kenapa terlalu banyak isu hentam menghentam dan menuding jari kepada orang lain, kalau dasar penubuhan nak bantu orang melayu di pulau pinang, maka perjuangkan dan tolong orang melayu di pulau pinang yang dah banyak teraniaya di pulau pinang, bukan menuding jari mencari kesalahan orang lain untuk dihebahkan. renungkanlah KMPP

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....