Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Oktober 2011

U-Turn Dari Zainal Keling,Dakwa Penjajahan Berlaku Di Tanah Melayu

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, penjajahan tetap telah berlaku di Tanah Melayu walaupun kehadiran kuasa penjajahan adalah melalui perjanjian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu sejak Perjanjian Pangkor pada 1874, yang terpaksa menerima nasihat British dalam pelbagai bidang pentadbiran.
Sebelum ini beliau dan beberapa profesor didakwa mengeluarkan pandangan bahawa negara ini sebenarnya tidak dijajah, sebaliknya menjadi wilayah naungan British.
Dalam kenyataan terkini, Zainal berkata, perjuangan kemerdekaan bukan sekadar mengembalikan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan mengiktiraf tuntutan rakyat seluruhnya dari dominasi kolonialisme British bahkan menentang ancaman keganasan, penindasan dan kekejaman daripada gerakan penderhakaan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan penentangan militan dan bersenjata mereka di Tanah Melayu.
Pendirian itu dikeluarkan susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat Rabu lalu bahawa Malaysia pernah dijajah — respons yang bercanggah dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan MPN bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.
“Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah,” kata beliau.
Tambah beliau, “kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun, takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. (Selama) 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya.”
Pun begitu, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tetap mempertahankan pendirian bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu seperti “orang kebanyakan yang tidak faham undang-undang.”
Kata Khoo, hanya negeri-negeri Selat yang pernah menjadi tanah jajahan British sementara negeri-negeri Melayu yang lain telah berada di bawah naungan British.
Sebelum ini, Zainal menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk “penjajahan”.
Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.
Dalam penjelasan terperinci menerusi satu e-emel, Zainal memberitahu The Malaysian Insider bahawa, status negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri naungan terutama Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu dan tidak sama kedudukannya dengan tanah jajahan seperti Singapura, India, Burma, Rhodesia atau Kwazulu di Afrika, apalagi jika dibanding dengan Kanada dan Australia.
“Namun, persaingan hebat bangsa-bangsa Eropah merebut tanah jajahan di seluruh dunia mendorong berlakunya kolonialisme di Tanah Melayu,” kata beliau dalam respons kepada The Malaysian Insider.
Ahli akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini menambah, penjajahan membawa kesan-kesan yang berlainan di antara negeri-negeri Melayu, namun terdapat pemeliharaan sistem kerajaan Melayu, adat Melayu dan agama Islam melalui Durbar atau Mesyuarat Raja-raja meskipun Raja-raja Melayu hanya merupakan pemerintah pada nama dan tidak dinasihati mahupun dirundingi dalam hal-hal pentadbiran dan hubungan luar.
Menurut pegawai British R.O. Winstedt, jelas Zainal, kedaulatan raja Melayu masih berterusan dengan kuasa pengampunan di tangan mereka.
“Dalam keadaan inilah, maka British terpaksa memaksakan penghapusan kedaulatan raja itu walaupun sekadar ‘legal fiction’ tatkala menubuhkan Malayan Union,” kata beliau lagi.
Zainal seterusnya menjelaskan bahawa penjajahan yang semakin menular dan mendalam di tangan pentadbiran British selepas penubuhan Negeri-negeri Bersekutu pada 1896 maka raja-raja Melayu yang tidak setuju berbuat demikian dan kekal sebagai Negeri-negeri Tidak Bersekutu.
“Namun, Raja-raja Melayu sedar akan kehilangan kuasa itu dan menuntut dikembalikan kuasa kerajaan Melayu pada dekad 1920-an melalui proses terkenal sebagai pemencaran yang cuba memujuk Negeri-negeri Tidak Bersekutu masuk ke dalam Persekutuan Negeri-negeri Melayu.
“Proses itu gagal dengan penentangan pegawai British dan para pedagang British dan China,” katanya.
Jelas Zainal, selepas Perang Dunia II, British berusaha menjadikan seluruh Tanah Melayu sebagai “koloni” melalui rancangan Malayan Union 1946 atas alasan kecekapan pengurusan, kuasa pemerintahan langsung Malayan Union ialah oleh seorang gabenor.
Rancangan itu ditentang hebat sepenuhnya oleh seluruh orang Melayu kerana menghapuskan kedaulatan Melayu dan menyamaratakan status kerakyatan semua penduduk Tanah Melayu.
Rancangan itu telah gagal dan kemudian Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948 yang menyatukan semua negeri kecuali Singapura.
“Sejak awal kurun ke-20 orang Melayu telah amat sedar akan kesan buruk penjajahan terutama dengan imigrasi melimpah pendatang asing yang menjadi kaya-raya di Tanah Melayu.
“Dengan demikian muncul nasionalisme Melayu yang kemudian para pejuangnya berusaha menuntut kemerdekaan melalui Indonesia Raya sebelum Perang Dunia II,” tambah beliau.

Zainal juga berkata, pada zaman penentangan Malayan Union, pelbagai pertubuhan nasionalis Melayu bersatu di bawah Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pekembar yang kemudian menjadi Umno tetapi mereka berpecah kembali kerana perbezaan matlamat perjuangan itu.
“Selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, yang tidak disetujui oleh bukan Melayu dan segolongan kecil Melayu, maka telah muncul pula ancaman baru terhadap kerajaan oleh PKM terdiri daripada orang China komunis yang menggunakan taktik keganasan dan penindasan orang awam serta pemusnahan harta-benda dan telah disertai oleh segolongan nasionalis Melayu dalam Rejimen Ke-10 untuk menentang atas nama MNLA (Malayan National Liberation Army), sayap ketenteraan PKM.
“Maka perjuangan kemerdekaan yang berlaku pada masa itu tergendala oleh perisytiharan darurat British yang tidak disokong oleh sebahagian besar penduduk China kerana konskripsi sehingga ada yang pulang ke negeri China.
“Namun ancaman militan komunis yang ingin menubuhkan republik komunis di Tanah Melayu itu juga menjadi pendorong untuk British menerima tuntutan Umno (bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai parti Perikatan) bagi membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya persekutuan pada 1955,” katanya lagi.
Beliau seterusnya berkata, dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri, maka tuntutan kemerdekaan sepenuhnya oleh rakyat Tanah Melayu berlangsung melalui rundingan di London.
“Pada 1957, British menandatangani perjanjian dengan Majlis Raja-raja Melayu selaras dengan perjanjian asal kedudukan mereka di Tanah Melayu dan kemerdekaan sepenuhnya terlaksana melalui demokrasi dengan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.TMI

1 ulasan:

dukun misai berkata...

prof yang dah gila meroyan.ada lg mangkok mangkok yang percaya pada cakap2 dia ni.heran heran

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....