Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Ogos 2011

[Video] Perbicaraan Fitnah Liwat II : Kenyataan Media DS Anwar Ibrahim





KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Semua proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya.

"Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya."

(Gambar-Anwar dengan ditemani isteri dan anaknya di mahkamah tinggi hari ini)

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi membela diri beliau.

Anwar menegaskan sekali lagi, ini bukannya perbicaraan jenayah.

"Ini adalah pentas kuasa oleh pihak berkuasa yang dikenakan ke atas saya untuk mengekalkan kuasanya," tegas Anwar lagi.

Kenyataan ini, kata Anwar dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam kes ini berdasar-kan bukti-bukti yang beliau ada dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes ini.

Pihak pembelaan akan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Bela diri dari kandang tertuduh

Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.Hrkh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah maha mengetahui segala sesuatu, sama ada yang tersurat atau pun yang tersirat. Maka apa yang bakal berlaku adalah dari kehendaknya jua.

Yang pastinya keadilan mesti ditegakkan, yang bersalah perlulah menerima hakikat bahawa hukuman itu adalah dari kehendak Allah.

Tanpa Nama berkata...

kalau unuar benar ALLAHswt menhendaki memberi pahla kepadanya kalau beliau dipehak yang salah maka beliau menerima dua hukuman dunia dan ahirat kerana hukuman dunia yg tidak mengikut hukum yg ALLAHswt tentukan,
dan sekiranya anuar benar maka ALLAHswt menhendaki mereka yg melakukan tuduhan itu mendapat bala dengan menanggong dosa yg amat besar sekiranya anuar bersalah pun mereka yg menda'wanya menerima bala kerana dosa tidak berhukum mengikut hukuman yg ALLAHswt tentukan dan dosa itu juga akan tekena kepada semua orang yang merestui hukuman yg tidak mengikut syariat yg ALLAHswt tentukan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....