Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 5 Ogos 2011

Jais Serbu Gereja : Kenyataan Penuh Datuk Dr Hassan Ali

KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan mengarutlah Pork chick Hassan.
Dekat internet tu..berbondong2..artikel tentang dakwah kristian.
dulu2 ramai Melayu yang belajar dan bergurukan orang kristian...Tak ada pun mereka masuk krestian.
Jagalah anak pinak sendiri dahulu biar teguh islam dan keimanannya.
Kau ni pork Chick hassan...sama dengan Mufta harusana.

juan montoya berkata...

Tanpa Nama: elok sngat ke bahasa ko tu ?
1. mmg dah bnyak berlaku org Islam di Kritian di seluruh duniakerana lemah nya Iman.
2. MMg ramai brguru dngan orang Kristian Hindu dan Budha, tapi ilmu ape yg mreka belajar ? akidah atau ilmu dunia ?
3. sbelum maki hamun org...tggu dulu pnjelasan dari semua pihak
JAIS Pihak Gereja dan Penganjur
Islam trsebut
4. Beliau EXCO yg mnjaga hal ehwal agama, selain mnjaga ahli keluarga sndiri, orang2 Islam dan kesucian Islam di Selangor dibawah tanggungjawab nya secara lansung
5. mungkin "kesilapan" nya kerana mnyerbu tmpat ibadah orang lain, tapi tujuan nya betul.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....