Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 21 Julai 2011

Saman Kerajaan Kelantan Berhubung Pengharaman Judi : UMNO Dicabar Nyatakan Sikap


  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar UMNO khususnya Pergerakan Pemudanya di negeri Kelantan untuk menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu yang menyaman Kerajaan Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) berhubung pengharaman judi dan loteri di negeri ini.
  2. Ketiga-tiga individu berkenaan seperti yang dilaporkan oleh media massa pada hari 21 Julai 2011 ini telah memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Julai 2011. Mereka seperti yang dilaporkan ialah Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 telah menamakan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai defendan pertama dan MPKB sebagai defendan kedua.
  3. Dalam hal ini, DPPNK melihat kehadiran Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan menunjukkan sokongan MCA yang juga merupakan salah sebuah parti utama dalam komponen Barisan Nasional terhadap saman yang dikemukakan tersebut.
  4. Sehubungan dengan itu, DPPNK melihat ini sebagai satu petanda bahawa UMNO pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan bahawa perjuangan mereka untuk membela agama Islam dan umat Melayu. Jelas sekali dalam isu ini, UMNO tidak bersuara bahkan mungkin dalam masa yang sama merestui tindakan yang dilakukan oleh MCA tersebut.
  5. DPPNK ingin mempersoalkan di manakah ketegasan UMNO dan juga NGO-NGO yang selama ini kuat mendakwa mempertahankan kesucian Islam. DPPNK mempersoalkan di manakah keris UMNO sewaktu undang-undang melarang judi dan loteri yang jelas bertepatan dengan syariat Islam sedang dicabar di mahkamah. Atau adakah sudah hilang kejantanan UMNO apabila berdiam diri seribu bahasa dengan tindakan MCA ini? Bukankah UMNO juga yang mendakwa cintakan Islam dan anti judi sehingga sanggup memulangkan wang pemberian kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas pada tahun lepas dengan mendakwanya sebagai wang hasil judi?
  6. Dalam hal ini, DPPNK menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar menyedari hakikat bahawa UMNO sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam. Hakikatnya, jika UMNO diberikan peluang untuk menjadi kerajaan semula di Kelantan, pastinya akan subur semula premis-premis judi dan loteri seperti yang berlaku sebelum tahun 1990.
  7. DPPNK berharap agar seluruh umat Islam terus memberikan sokongan terhadap usaha kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam menjaga kesucian syariat Islam dan terus mentadbir Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 21 Julai 2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengan nama Allah..
Tiga orang kafir ni dan sekutu sekutunya wajib kita perangi!!!
Allahuakbar
Fisabilillah

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....