Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 6 Jun 2011

Pengaruh ulama dalam PAS tidak terhakis

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Dewan Ulama tidak sama sekali kecewa dengan keputusan pemilihan pusat PAS, yang disifatkan sebagai penguasaan besar oleh pemimpin kumpulan profesional, kata Ketua Penerangannya PAS Nik Zawawi Nik Salleh( gambar ).
“Tidak, tidak kecewa. Saya (juga) sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama melihat ulama ada peranan (dalam membuat keputusan akhir), ahli jawatankuasa kerja pusat, dia (mereka) ada peranan kepada parti,” kata Nik Zawawi ketika ditemui The Malaysian Insider. “Pemilihan ini tidak (sama sekali) menggambarkan yang kepimpinan ulama diketepikan,” katanya lagi.
Sehubungan itu kata beliau, Dewan Ulama tidak menganggap bahawa peranan kumpulan ulama sudah terhakis ataupun disingkirkan.
“Itu tidak benar. Sebab, ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih melalui suara ramai... ulama ada kelebihan sebab Dewan Ulama seratus peratus pemimpin (berlatarbelakangkan) agama dan begitu juga Majlis Syura Ulama, yang dilihat menentukan perjalanan parti, semuanya ulama,” kata beliau yang turut dicalonkan bertanding jawatan naib presiden tetapi tidak menerima pencalonan.

Pemilihan pusat melibatkan persaingan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa kerja pusat. Presiden boleh melantik enam lagi ahli jawatankuasa kerja pusat.
Daripada yang dipilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 12 ahli jawatankuasa kerja pusat dianggap sebagai pemimpin kumpulan profesional.
Dewan Ulama menyaksikan juga pemilihan bagi ketua, timbalan dan naib ketua serta 12 ahli jawatankuasanya.
Sementara sayap Dewan Pemuda PAS menyaksikan penguasaan kumpulan ulama di peringkat jawatan teratas, Dewan Muslimat pula dilihat dipimpin golongan profesional.
Kata Nik Zawawi, bilangan enam orang dalam ahli jawatankuasa kerja pusat, dari latar belakang ulama, sebenarnya sudah cukup.
Jelas beliau, barisan ahli jawatankuasa kerja pusat baru ini, yang akan membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13, adalah “pasukan terbaik.”
“Kita rasa ini ahli jawatankuasa yang terbaik setakat ini, kerana sesuai dengan keadaan dan dalam kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat,” katanya.
“Ya, memang... boleh membantu Pakatan Rakyat,” katanya.TMIImbang Penuh

1 ulasan:

noorra berkata...

Tahniah kepada yg terpilih. Yg x terpilih juga berperanan utk menguatkan parti...kerja jalan terus x ada istilah rehat dan boleh x buat kerja seab x terpilih..Allah akan tanya apa peranan kita utk membantu agama Allah...InsyaAllah kita saling kuat menguatkan...All the best utk semua...team yg hebat utk PRU 13...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....