Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 21 April 2011

Tuan Guru Presiden Pas Sedia Ditentang Jika Ada Calon Yang Layak

Tuan Guru Hj Hadi berkata beliau “bukan mahu menjadi pemimpin selamanya”. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 21 April — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini disifatkan sebagai liabiliti kepada parti itu berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.
PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.
“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.
“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.
Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.
“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu sambut baik jika ada pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.
Susulan komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.
Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”
Beliau menambah PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.
“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata beliau.
Laporan media kelmarin memetik Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.
Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.
Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.
Nik Aziz menambah kata, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.
“Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?
“Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT,” kata beliau lagi.TMI

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selaku ahli PAS yang sering mengikuti perkembangan politik semasa...baiklah Tuan Haji Hadi letak jawatan saja...berundur untuk kepentingan agama...parti dan negara.
Katakan tidak pada UG!

hussin berkata...

tgna kata, "kerajaan perpaduan - KARUT!"

"kerajaan perpaduan" - itulah liabiliti.

kalah dalam pilihanraya - itu adat perjuangan.

pria malaya berkata...

pandai pulak hadi kata UG tu karut noooo.....
tapi yg dok jumpak dlm gelap dlm sulit tu ape ke bendanya???
kalu dok dakap terang terang bila jumpa umPorno tu nak kira lagu mana pula....kira salam ukhuwah ke atawa mcm mana???.....

hadi laa yg mau sangat UG nie....pasai tu kita tengok yg dok keliling dia pun bukan main lagi naik tocang depa.........

hangpa tengok us nasa...stopa ali..acan ali...abc... dan xyz..pakat keliling hadi.....ada makna tohh........

so n so....elok sangat aziz bari kata lagu tu.....
mau dengaq laa sikit pandangan ke 3....jngn dok syok dlm tempurung sendiri saja.........
aku pun orang jamaah jugak....
tapi tak laa taqlid buta tuli kat pemimpin sangat.....

Tanpa Nama berkata...

TGHH sepatutnya lepaskan jawatan..buat apa nak pegang lagi kalo ramai yg dah tak suka..ketua pemuda pun sama je..lepaskan jawatan dan bagi pada yg layak..ramai je yg layak..

Tanpa Nama berkata...

Kalah-menang dalam pilihanraya adalah lumrah politik.Yang jadi soal pokok dalam isu ini ialah soal "kepimpinan" Hadi Awang.PAS perlukan seorang pemimpin yang lebih muda,lincah,istiqomah dan tegas.Dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang dianggap "kayu lapok",datang pulak dari negeri yang sama,menunjukkan "kepimpinan" dibawah tempurung.Isu UG - sekejap tutup,sekejap buka -menandakan pendirian yang tidak tetap dan amat mencurigakan.Dibandingkan dengan DAP dan Keadilan,PAS lebih lama ditubuhkan dan punya cawangan yang banyak namun Hadi Awang tidak dapat mengangkat PAS sebagai parti utama dalam Pakatan Rakyat kerana "kekelabuan" kepimpinanya dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat.Sama ada diterima atau tidak,itulah hakikatnya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....