Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 13 Disember 2010

Pendedahan Wikileaks : Singapura Beri Penjelasan

SINGAPURA 13 DIS : Singapura hari ini berkata laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks.

"Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya eorge Yeo yang dipetik media tempatan di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan pemimpin di rantau ini. Satu daripada laporan berkenaan yang didedahkan Wikileaks semalam, adalah mengenai kenyataan pemimpin Singapura yang percaya Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pembantu lelakinya dalam satu perangkap yang diatur oleh musuhnya.

Laporan itu terkandung dalam kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, dan diberi oleh pemberi maklumat kepada kumpulan media Fairfax yang berpangkalan di Australia.

Laporan itu memperincikan maklumat perisikan yang dilakukan Australia dan Singapura mengenai kes Anwar. Yeo turut dipetik berkata sebaiknya kerahsiaan maklumat diplomatik itu dihormati dan tidak perlu dipanjangkan.

BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....