



Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati matlamat dalam agama yang dianuti dalam memperjuangkan hak rakyat oleh Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata Umno cuba melaga-lagakan parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.
"Saya nak tanya....adakah Umno alat MCA? Pas mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini ditterima baik oleh DAP.
Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA..ataupun MIC? Tidak boleh sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!" kata beliau.
Menurut Nik Aziz lagi, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira samada mereka beragama Islam ataupun bukan islam.
Beliau mengambil; contoh expo Cheng Ho yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan baru-baru ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelbagai kaum terutamanya kaum Melayu dan Cina.
Di Expo tersebut, ujarnya, kaum Cina dan Melayu turut mengambil bahagian dan saling membantu menjayakan expo terbabit tanpa sebarang perasaan wasangka atau was-was walaupun ia dianjurkan bai eraikan seorang tokoh sejarah dengan bertemakan Islam.
Oleh itu,katanya kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.
"Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!" ujar beliau lagi.
Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang baru berlaku baru-baru ini untuk menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.
Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah 'lepas tangan' semasa banjir.
Ini, tegasnya jelas menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja melayu asalkan matlamat mereka mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.TVS
SHAH ALAM, 29 NOV - Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat berlangsung hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Rakyat berkongsi pandangan mereka dalam usaha memantapkan usaha dan kerjasama bagi menentukan gabungan berkenaan di landasan yang mantap bersedia terutama bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, persidangan kali kedua ini juga merupakan medium penting untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam menggalas amanah rakyat berdasarkan prinsip ketelusan, kebertangungjawaban dan urus tadbir kerajaan yang baik.
Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Kompleks Kediaman Pegawai Kerajaan di Seksyen 7, Shah Alam.
"Saya anggap perjumpaan kali ini sangat positif kerana ini akan memberi peluang kepada ketua-ketua menteri dan juga ahli-ahli exco untuk berkongsi maklumat dan panduan dalam usaha luntuk mencari jalan bagaimana usaha kita dapat dipertingkatkan," katanya lagi.
Menurut Khalid, persidangan ini juga merupakan landasan bagi ke empat-empat pemimpin pakatan rakyat membincangkan persoalan dasar, strategi dan program yang dilaksanakan disetiap negeri agar dapat dikongsi sebagai panduan atau pengajaran kepada semua pihak.
Khalid berkata,negeri-negeri Pakatan Rakyat menghadapi pelbagai cabaran selama tiga tahun memerintah tetapi berjaya mematahkan cubaan yang bertujuan menggagalkan usaha-usaha reformasi pentadbiran negeri.
Tambah Khalid, persidangan kali ini juga dibuat bagi membincangkan persediaan negeri menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.TVS
SHAH ALAM, 29 Nov: Pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan ‘siapa kawan, siapa lawan’ setelah mendapat kuasa pemerintahan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan akan membawa kehancuran kepada diri sendiri.
“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri,” ujarnya ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.
Justeru, katanya perkara yang penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat mesti mengenali mereka supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.
Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” ujarnya.
Ahli Parlimen Bagan itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” ujarnya.
Guan Eng juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya dapat mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” ujarnya.
Di samping itu, katanya mereka juga seharusnya menunjukkan prestasi terbaik dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Ini, katanya kerana pemimpin yang bersih, berkemampuan, berilmu dan bertakwa terdapat di dalam Pakatan Rakyat.Hrkh
PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak cadangan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti itu.
Beliau menegaskan, hingga kini belum ada sebarang keperluan melantik suaminya dengan jawatan baru berkenaan.
Menurut beliau peranan yang dimainkan oleh Anwar sebagai penasihat PKR sudah memadai untuk menggerakkan pentadbiranparti."Buat masa ini tidak ada keperluan untuk lantik ke jawatan berkenaan.
"Sehingga kini pun beliau sudah menjalankan tugasnya sebagai Penasihat parti dengan baik, lantikan itu hanya sekadar jawatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR Ketujuh di sini, Sabtu.
Semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar parti melantik Anwar sebagai Ketua Umum.
Sehubungan itu Zuraida berkata pindaan serta-merta dalam Perlembagaan parti itu perlu dilakukan bagi merealisasikan kewujudan jawatan berkenaan.
Katanya, Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk memegang jawatan berkenaan kerana beliau terlibat sejak dari awal sejarah penubuhan PKR.
Selain itu, Wan Azizah menambah bahawa berdasarkan hirarki parti ketika ini, semua pemimpin sudah berada di tempat masing-masing.Mstar
PETALING JAYA: Penyokong bekas Ketua Cabang PKR Kota Raja S Kottapan hari ini mengadakan protes penganjuran Kongres Nasional PKR kali ketujuh di luar Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Kira-kira 50 penyokong Kottapan hadir sejak awal pagi tadi membawa sepanduk dan kain rentang bagi menunjukkan bantahan terhadap salah laku Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan campur tangan pemimpin tertinggi PKR sepanjang pemilihan parti diadakan.
Namun kehadiran mereka di luar pintu masuk utama MBPJ bagaimanapun tidak disenangi jawatankuasa keselamatan PKR yang bertugas sehingga menyebabkan timbulnya berlaku perang mulut dan provokasi dengan penyokong Kottapan.
Jawatankuasa keselamatan PKR mula bertindak merampas sepanduk dan kain rentang dan mula menggesa penyokong Kottapan agar meninggalkan perkarangan MBPJ, manakala pihak media dan perwakilan lain yang memerhatikan suasana itu digesa masuk ke dalam dewan.
Keadaan menjadi tegang sehingga ada petugas media dikasari dan ditolak oleh jawatankuasa keselamatan PKR.
FMT difahamkan, wartawan portal berita Agenda Daily yang menjadi mangsa kekecohan itu membuat laporan polis kerana dikasari petugas Kongres.
Pertikaman lidah juga berlaku antara Kottapan dan penyokong PKR lain yang mengikuti Kongres dengan kata-kata "Kottapan sudahlah, awak bukan ahli PKR lagi!"…"Saya masih ahli lagi selagi saya belum terima surat!".
Sementara itu, Kottapan ketika ditemui pemberita berkata, beliau kecewa dengan JPP dan pemimpin tertinggi yang sehingga kini masih mengendahkan aduan yang dikemukakannya mengenai kepincangan pemilihan peringkat Cabang.
"Sehingga sekarang saya masih tidak serima respon. PKR tidak mampu memberi keadilan kepada ahlinya sendiri. Bagaimana mahu yakinkan rakyat PKR mampu memberi keadilan kepada rakyat yang lain?
"Kalau begini caranya PKR menganggap partinya sebagai demokrasi, tidak mustahil selepas ini mungkin ramai yang akan keluar PKR," katanya.
Kumpulan protes itu kemudiannya bersurai kira-kira sejam kemudian, sejurus sebelum perasmian Kongres bermula.FMT
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.
Bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di sini Jumaat malam, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan pada Januari ini.
Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.
"Nama itu (keadilan) biarlah mereka sahaja yang pakai begitu juga nama AKIM," katanya ketika ditanya pemberita kemungkinan beliau akan menggunakan nama itu seperti mana yang diandaikan beberapa penulis blog.
Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk menubuhkan parti baru itu, Zaid berkata: "Saya ingin memberi keyakinan kepada kawan-kawan bahawa kita akan ada parti baru dalam negara...saya beri keyakinan bahawa kita bukan parti kecil...kita akan jadi kuat dan besar.
Mengenai sokongan kepada parti baru itu, Zaid berkata, walaupun tidak akan mendapat sokongan seratus-peratus, namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga UMNO dan PAS.
Sebelum sidang akhabr itu, Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengadakan majlis untuk meraikan para penyokongnya daripada Johor, Kedah, Perak dan Melaka.
Ditanya sama ada dengan penubuhan parti baru itu sekaligus membuktikan dakwaan bahawa beliau sememangnya 'kemaruk' untuk menjadi presiden parti, Zaid sinis berkata,"kalau saya tidak buat parti baru pun memang sudah dituduh sebegitu, jadi biarlah saya menjayakan harapan mereka itu."
Zaid menyifatkan perjuangan politiknya masih belum selesai apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada PKR.
Pada 8 November lalu, Zaid yang menyertai persaingan untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan kali ini, bertindak keluar dari parti itu. - BERNAMA
Dalam keputusannya diumumkan pagi ini, mahkamah memutuskan bahawa Tuanku Ismail Petra(gambar) tiada hak untuk merujuk persoalan undang-undang termasuk maksud “Duli Yang Maha Mulia” kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.
Malah mahkamah juga memutuskan bahawa Tengku Muhammad Faris Petra, ketika itu Pemangku Sultan dan Sultan Kelantan buat masa sekarang, mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas ketika sultan tidak berupaya untuk berbuat demikian.
Hakim Mahkamah Persekutuan Zulkfeli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu adalah sebulat suara.
Tuanku Ismail Petra memfailkan dua petisyen bagi mendapatkan pandangan Mahkamah Persekutuan mengenai kuasa seorang Pemangku Raja semasa Sultan hilang keupayaan.
Petisyen yang masing-masing difailkan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini, menamakan Sultan Muhammad V dan kerajaan Kelantan sebagai responden.
Tengku Muhammad Faris Petra telah dimahsyurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Baharu dan kini dikenali sebagai Sultan Muhammad V.Tuanku Ismail Petra gering sejak Mei tahun lepas.TMI
PULAU PINANG, 25 Nov: Setakat petang tadi, tiga PAS kawasan di Pulau Pinang telah membuat laporan polis tentang dua kain rentang (banner) yang bertulisan 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam' yang dipasang di lokasi tertentu di negeri ini bermula malam tadi.
PAS Nibong Tebal telah mendahului tindakan tersebut di Balai Polis Nibong Tebal pada pukul 1.00 tengahari tadi apabila mendapati empat banner dipasang untuk menimbulkan provokasi serta memaparkan tiga wajah pemimpin Dewan Pemuda PAS negeri iaitu Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Yusni Mat Piah, timbalannya, Helmi Harun dan naibnya, Ustaz Zakaria Hamzah.
Menurut Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nazir Arshad kemungkinan banner tersebut dipasang selepas pukul 3.00 pagi oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau diupah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS.
"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan. Kami terus ke balai polis buat laporan supaya polis bertindak segera menyiasat siapa yang buat perkara itu," katanya.
PAS Kawasan Kepada Batas dan Tasek Gelugor berhimpun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas mulai jam 5.00 petang bagi tujuan yang sama.
Manakala Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Helmi Harun dijangka mengadakan sidang media pada pukul 8.30 malam ini untuk menyatakan bantahan terhadap kain rentang itu.Hrkh
KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.
Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.
Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan berkenaan untuk baki tempoh 2010, katanya.
"Bagaimananpun, pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan tahun depan diunjurkan dapat merangsangkan perbelanjaan pengiklanan dan menyediakan peluang untuk kumpulan meningkatkan pendapatan pengiklanannya," kata kenyataan itu lagi.Mstar
Dr Lim (gambar) menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tanjong Bungah di sini setelah dibawa balik dari hospital itu petang tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika dihubungi Bernama mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Koh.
Mendiang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang sejak 28 hari lalu.Dr Lim dimasukkan ke ICU pada 26 Oktober selepas beliau dipercayai mengalami strok.
Beliau ketua menteri kedua Pulau Pinang dan memegang jawatan itu selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.
Mendiang adalah presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu, dan presiden Gerakan selama sembilan tahun dari 1971.Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional pada 1972.TMI
SHAH ALAM, 24 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung isu perbelanjaan majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dikatakan melebihi RM300,000.
Pegawai SPRM mengambil keterangan Abdul Khalid di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri di sini selama 30 minit.
“Saya sedang memberikan keterangan kepada SPRM dalam siasatan mereka terhadap kes Yayasan Selangor,” kata Abdul Khalid dalam laman twitternya.
Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya.
Laporan media sebelum ini menyebut bahawa SPRM telah menyita beberapa fail dan dokumen dari pejabat Yayasan Selangor di Amcorp Mall di Petaling Jaya. – Bernama
PUTRAJAYA 24 NOV : Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam samannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Alasan yang diberikan oleh Hakim Abdul Malek Ishak adalah rayuan Anwar tidak ditulis dalam Bahasa Malaysia, justeru bercanggah dengan prosedur dan ketetapan mahkamah. Anehnya, keputusan hakim itu ditulis dalam Bahasa Inggeris
Peguam Anwar, Karpal Singh seterusnya memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengisthiarkan bahawa keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan itu sendiri harus ditulis dalam Bahasa Malaysia.
Berdepan dengan isu itu, Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa tidak ada keperluan wajib untuk hakim menulis keputusan mereka dalam Bahasa Malaysia.
Oleh itu, mengikut Mahkamah Persekutuan, hakim yang menolak rayuan Anwar kerana tidak mengemukakannya dalam Bahasa Malaysia, tidak melakukan kesalahan walaupun beliau sendiri menulis penghakimannya dalam Bahasa Inggeris.
Justeru, rayuan Anwar ditolak dan beliau terpaksa membayar kos kepada peguam Mahathir sebanyak RM70,000.
Yang lebih penting ialah keputusan itu menutup ruang untuk Anwar meneruskan samannya terhadap Mahathir.
Anwar menuduh Mahathir menfitnah dan menghinanya semasa member ucapan pada satu persidangan mengenai hak asasi manusia pada tahun 2005.
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini adalah siri kegagalan terbaru Anwar untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Semua rayuan Anwar yang berkisar kepada layanan beliau ditangan Mahathir, kerajaan Umno-BN, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara gagal diperingkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.TVS