Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 5 Oktober 2010

Siapa di belakang kemenangan Khalid Ibrahim di Kuala Selangor?



SHAH ALAM, 5 Okt: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun sebelumnya ramai yakin beliau akan kalah.

Namun siapakah sebenarnya di belakang kejayaan beliau itu? Ia tidak lain dan tidak bukan dari Setiausaha Politik beliau yang baru dilantik beberapa bulan lalu, Faekah Husin (gambar).

Ini adalah tugas besar pertama yang beliau harus buat bagi membantu bosnya dan terbukti walaupun seorang setiausaha politik wanita yang pertama, Faekah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Kegembiraan itu masih lagi dikongsi Faekah ketika ditemui di pejabatnya semalam.

"Ooo bukan senang. Bayangkan, 80 peratus pengundi yang menyertai mesyuarat agung itu adalah India," kata Faekah ketika ditemui yang jelas kelihatan masih sangat teruja dengan kejayaan beliau membantu bosnya.

Dalam mesyuarat agung pemilihan itu, Khalid mendapat 722 undi, menewaskan Muhammad Kamilvaanan Abdullah (348) dan Mazli Saring (122 undi).


PKR Kuala Selangor lumpuh

Pada 20 Januari lepas, Bernama melaporkan PKR cabang Kuala Selangor yang diketuai Khalid dianggap “lumpuh” setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Malah menurut timbalan ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar, cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Bercakap kepada pemberita 20 Januari lalu, beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lepas dan 18 Jan tahun ini.

Katanya mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.

Mereka mendakwa Abdul Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan “penuh kecelaruan” tanpa asas tadbir urus yang kukuh.
Namun, ketika diminta mengulas kenyataan Arshad itu, Khalid menafikan cabang PKR Kuala Selangor itu telah dibubarkan.

Bercakap kepada pemberita di sini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, beliau berkata tidak ada mesyuarat diadakan untuk membubarkan cabang itu.

“Pemilihan akan berlaku tahun ini untuk AJK baru pada Mac. Itulah sebabnya sesetengah nak berhenti,” katanya.

Khalid berkata krisis seperti itu adalah satu perkara biasa kepada beliau.

“Mereka yang tidak sealiran dan tidak sehaluan lebih baik keluar daripada menyukarkan parti untuk diurus,” katanya.

Khalid berkata bahawa pada awal 2007 PKR Kuala Selangor mempunyai tidak sampai 100 orang ahli tetapi sekarang bilangannya adalah 3,000 orang.

“Alasan hilang kepercayaan itu perkara biasa…ataupun ayat itu ditulis oleh Umno untuk dia (Arshad) cakap,” katanya.

Usaha jatuhkan Khalid

Sejak itulah, usaha untuk menjatuhkan Khalid sebagai ketua bahagian memuncak di Kuala Selangor sehinggalah ke hari pemilihan baru-baru ini.

Sebahagian besar dari ahli yang datang pada hari itu sudah termakan dengan asakan lawan Khalid, namun usaha keras para pembantu Khalid khasnya Faekah berjaya merubah keadaan itu.

"Saya diberi tender dua tahun oleh Menteri Besar iaitu masa paling kritikal bagi PKR dan Pakatan Rakyat (PR) untuk mempertahankan Selangor.

"Sudah tiba masa bagi saya membantu Tan Sri. Agenda beliau (Khalid) adalah agenda saya, dengan memberitahu kepada rakyat bahawa pentadbiran yang baik memerlukan ‘efficiency’," katanya yang ditemuramah laman web Free Malaysia Today di kediaman beliau 28 Jun lalu, hari beliau mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Khalid menggantikan Nik Nazmi Ahmad.

"Saya tahu kedudukan beliau (Khalid) sukar kerana agenda beliau tidak dibawa oleh media perdana. Maka kita pergi ke akar terangkan, bertindak dengan membantu rakyat agar mereka terus menyokong kita.
"Rakyat dekat kampung susah, barang, minyak naik. Bagaimana kita nak sampaikan? Kita akan cuba…cuba dan cuba melakukan yang terbaik agar rakyat memahami keadaan dan kesungguhan kita mengatasinya," kata Faekah.
Sebelum itu, Faekah adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan banyak menghabiskan masanya di Permatang Pauh, ketika Wan Azizah adalah anggota Parlimen kawasan itu.

Akui kurang mahir politik

Dalam temuramah dengan Harakahdaily semalam Khalid mengakui beliau kurang mahir berpoilitik kerana terlatih dalam bidang profesional.

Namun beliau yakin, asas profesional yang beliau ada sangat diperlukan oleh negeri dan negara ini kerana asas itu akan membentuk tindakan beliau untuk mempastikan hasrat negeri dan negara tercapai dengan baik.

Khalid sebelum ini adalah CEO Gutrie. Beliau menyertai PKR beberapa tahun sebelum 2008. Sebelum menang dalam pilihan raya umum 2008 di Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak beliau pernah kalah dalam pilihan raya kecil Ijok yang diadakan sebelum itu.

Sebaik sahaja menjadi MB, Khalid melancarkan program MES atau Merakyatkan Ekonomi Selangor yang bertujuan agar semua rakyat Selangor dapat merasai kek ekonomi yang sememangnya banyak di Selangor.

Antaranya air percuma, skim usia warga emas, sumbangan untuk pelajar universiti, Tabung Warisan Anak Selangor dan yang terkini mikro kredit untuk luar bandar dan bandar di Selangor.

Kini Khalid dianggap antara menteri besar terbaik di negara ini walaupun beliau kurang menyerlah dari segi politiknya.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....