Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 17 Jun 2010

Pemangku Raja Kelantan Tarik Balik 10 Pelantikan Dan Penganugerahan Gelaran

KOTA BHARU - Desas-desus penarikan semula pengurniaan jawatan dan darjah kebesaran sebelum ini akhirnya terjawab apabila Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, semalam, menitahkan penarikan balik 10 pelantikan dan penganugerahan gelaran melibatkan golongan profesional dan ahli perniagaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, enam daripada 10 mereka yang terbabit bergelar Datuk.

“Lima daripadanya adalah ahli perniagaan, seorang bergelar senator, seorang pegawai bank, seorang kakitangan Majlis Agama Islam, seorang bekas Pegawai Kewangan Negeri dan seorang lagi bekas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Penarikan pelantikan berkenaan adalah terhadap Ahmad Rusli Iberahim, 63, iaitu menarik balik Tauliah Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II), Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK) (Al-Ibrahimi V) dan Jaksa Pendamai (JP) berkuat kuasa 29 September 2009.


Ahli perniagaan, Wan Hassan Wan Zin berkuat kuasa 4 Mac lalu membabitkan gelaran Datuk Paduka bagi Darjah Kebesaran DJMK dan JP. Ahli perniagaan Mohd Raihan Datuk Seri Dr Eusuff Teh yang membawa gelaran Datuk Paduka bagi Darjah Kebesaran DJMK berkuat kuasa 4 Mac lepas.

Titah berkenaan turut melibatkan seorang ahli korporat terkenal, Tan Huat @ Tan Liang Chong berkuat kuasa mulai 15 Mac.

Penarikan terhadap tauliah Pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) (Al- Muhammadi II) dan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran (DJMK) (Al-Ismaili II) serta JP.

Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Negeri, Ismail Ghani, 56, iaitu menarik balik gelaran Datuk Paduka Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSP) (Al-Ibrahimi II), Pelantikan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) (Al-Ibrahim IV) dan Pelantikan Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK) (Al-Ibrahimi V) berkuat kuasa 9 Mei lalu.

Ahli perniagaan, Ibrahim Ab Kadir ditarikk balik Pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II), Bintara Sri Mahkota Kelantan (SMK) serta pelantikan JP berkuat kuasa 9 Mei lalu.

Titah berkenaan memebabitkan bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed yang ditarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) (Al-Ibrahimi I), Pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) (Al-Ibrahimi II) dan Pelantikan Ahli Yang Ketiga (Paduka) bagi darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK).

Selain itu, Pelantikan Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK) (Al-Ibrahimi III), Pelantikan Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K) (Al-Ibrahimi IV) turut ditarik balik berkuat kuasa 9 Mei lepas.

Tauliah Penganugerahan Bintang Sri Kelantan (SK) dan JP ditarik balik terhadap Tengku Abu Bakar@Tengku Azman Tengku Ismail, seorang pegawai bank berkuat kuasa 18 Mei lalu.

Terakhir melibatkan seorang pegawai lantikan kontrak di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan iaitu penarikan balik Penganugerahan Bintang Sri Kelantan (SK) Penganugerahan Bintang Ahli Kelantan (AK), Penganugerahan Pingat Taat (PT) dan JP terhadap Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir berkuat kuasa pada 9 Mei.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....