Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 Mei 2010

Liwat 2 : Kenalan Rapat Najib, Rosmah Didakwa Terlibat Dalam Konspirasi

KUALA LUMPUR 12 Mei - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga jam 8.30 pagi esok selepas peguambela Karpal Singh memohon tempoh masa bagi menyediakan hujahan lengkap
Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tidak membantah permohonan tersebut.
Perbicaraan yang terhenti selama sejam bersambung kira-kira pukul 3.30 petang dengan hakim memanggil barisan peguambela dan Peguamcara Negara II ke kamarnya.
Lima minit kemudian mereka keluar bagi menyambung perbicaraan.Saiful yang duduk kembali di kandang saksi telah disoal oleh peguambela sama ada dia faham akan kebenaran kesaksiannya.

Saiful kemudian menjelaskan yang dia faham kenyataan itu.Kemudian, hakim menyebut nama individu dan bertanya sama ada dia kenal individu yang akan dipanggil,
Saiful mengatakan yang dia kenal dan bersetuju.Hakim kemudiannya memanggil bekas atlit negara, Datin Paduka Mumtaz Begum Jaffar dan Khairul Anas Jusoh dan meminta Saiful untuk membuat pengecaman.
Kedua individu tersebut diminta hakim untuk memberikan nama penuh untuk direkodkan.Anwar yang ditemui di luar mahkamah menyifatkan penglibatan individu yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membuktikan bahawa wujud konspirasi bagi menjatuhkan musuh politik beliau.
"Ini adalah cara jijik dan kotor yang dilakukan oleh mereka bagi menjatuhkan karier politik saya. Namun kita tidak gusar, dan akan terus menghadapi perbicaraan ini dengan sabar," kata Anwar.
Khairul Anas merupakan pegawai khas Najib manakala Mumtaz adalah pembantu khas kepada Rosmah. Mumtaz juga dikatakan merupakan ibu angkat kepada Saiful.SK

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....