Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 Mei 2010

Bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Ashaari Muhammad, pengasas pergerakan Al-Arqam, pertubuhan yang diharamkan 16 tahun yang lalu, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Ipoh, petang ini.
Allahyarham Ashaari, 72, (gambar) yang mengidap jangkitan paru-paru meninggal dunia kira-kira 2.10 petang tadi.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Pilin, Rembau di Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.
Seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein, 57, berkata, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada.
Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata, Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.
“Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan,” kata Marzuki kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di sini.
Marzuki yang dipetik Bernama berkata, rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan kira-kira 5.30 petang tadi.
Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.
Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari pada 1968 telah diharamkan oleh kerajaan pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng.
Ekoran pengharaman pertubuhan itu, Ashaari ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Okt 2004.
Kerajaan telah mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.
Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
Mesra dikenali sebagai “Abuya” beliau pernah berkahwin lima kali dan mempunyai 34 anak.
Selepas berpisah dengan isteri pertama pada 1985, Abuya berkahwin satu lagi pada tahun 1987 di umur 49 tahun.
Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.
Laporan-laporan terdahulu menyebut ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah unggul.
Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Pengakuan Ashaari tentang penglibatan dalam penyebaran agama Islam dan kegiatan-kegiatan lain pada 1994 dibuat secara langsung menerusi televisyen.
Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli pada 1968, keanggotaannya kemudian bertambah kepada sekitar 5,000 hingga 6,000 orang, malah ada laporan yang menyebut ia pernah mencecah 10,000 orang.
Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994, Al-Arqam pernah menerima 6,000 pengikut fanatik dan 15,000 orang yang bersimpati.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat di sini tetapi operasinya berpindah ke Sungai Pencala dua tahun kemudian.
Bagaimanapun perkembangan pergerakan itu menjadi perhatian apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesan adanya penyelewengan akidah dalam organisasi itu.
Tindakan ke atas Al-Arqam dikatakan bermula apabila kerajaan mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada 1986.
Walaupun pergerakan itu sudah tidak wujud tetapi kegiatan ekonominya berkembang dengan kewujudan Kumpulan Rufaqa.TMI

1 ulasan:

Briged Akhdor LR2 berkata...

salam ziarah ..manthop blog ini..mnrik utk sy linkkan di blog sy..mnta jasa baik tn blog linkkan blog sy sbg tanda eratkan ukhwah sesama kita

walau bagaimana pun dia juga seorg yg berilmu tinggi dan hebat cuma sdikit ksilapan dia mmbawa padah..aperpun semoga rohnya dicucuri rahmat

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....