Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 2 Februari 2010

Lelaki Cuba Pecah Rumah DiPercayai Mati Ditembak Jurulatih Skuad Menembak




KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang belum dikenalpasti identitinya telah mati di tembak di belakang sebuah rumah Encik Zamil B Haji Ahmad Murad beralamat Lot 13947 Gong Badak, Belakang Depo SATU, Kuala Terengganu.

Lelaki tersebut disyakki cuba memecah masuk rumah Encil Zamil pada kira-kira jam 5.00 petang.

Menurut isteri Encik Zamil, Juriah bt Abd Manaf, 45, beliau mendengar bunyi tingkap rumahnya diketuk dan ketika itu beliau menelefon suaminya.

Selepas beliau menelefon suaminya, Juriah berkata, beliau melihat seorang lelaki berada diluar rumahnya, melalui tingkap rumahnya.

”Saya dengar bunyi tingkap diketuk, kemudian saya cepat-cepat mnelefon suami saya, selepas itu, saya hanya duduk dalam bilik, tak tahu apa yang berlaku,

”tapi selepas telefon suami, saya dapat lihat wajah lelaki itu, melalui tingkap rumah saya,”kata Juriah.

Anak perempuan Encik Zamil, Addrina, 15, berkata beliau bersama ayahnya di Kelab Menembak, sewaktu ayahnya menerima panggilan telefon dari ibunya.

Kata Addrina, sebaik menerima panggilan, ayahnya pulang bersendirian kerumah, dan meninggalkannya bersama kakaknya Juanizni, 15, di Kelab tersebut.

Jiran Encik Zamil, Nur Amalina Abdul Kadir, 36, seorang guru memberitahu, beliau baru pulang dari sekolah sekitar 3.45 petang dan terus membuka komputer.

Nur Amila agak megantuk dan hanya sedar ada bunyi tembakan setelah diberitahu oleh anaknya.

Namun, beliau tidak ambil peduli, dan mengatakan ia adalah biasa kerana aktiviti menembak babi yang sering dilakukan di sekitar kejiranan itu.

”Saya tengah ‘on-line’ ketika itu, dan sedikit mengantuk, tak sedar bunyi tembakan kecuali apabila anak saya memberitahu,

”tapi saya menjawab, biarlah, mungkin orang menembak babi,”ujarnya

Nur Amalina mengetahui dengan jelasnya kejadian tersebut apabila beliau diberitahu oleh pembantu rumahnya, seorang Warga Indonesia.

Tupiah bt Ruju, 40an ketika ditemui Buletinonline berkata, beliau berada dibilik belakang, mahu menidurkan anak majikannya, ketika peristiwa tembakan berlaku.

Katanya, beliau mendengar ada pertengkaran berlaku sebelum terdengar bunyi dua das tembakan.

”Saya pun agak mengantuk, tapi terdengar macam ada orang bergaduh, kemudian saya dengar dua das tembakan,”kata Tupiah.

Seorang ahli Kelab Menembak Terengganu, Suhaimi Hamid, 45, yang ditemui di lokasi memberitahu, Encik Zamil adalah seorang bekas anggota tentera yang bertugas sebagai Jurulatih Skuad menembak, Majlis Sukan Negeri Terengganu. (MSNT).

Katanya, beliau di beritahu kejadian tersbut oleh Setiausaha Kelab Menembak, dan bergegas ke rumah Encik Zamil bagi mendapat gambaran sebenar kejadian.

Pihak polis sehingga 7.35 petang semalam, belum mengeluarkan sebarang kenyataan bekenaan kejadian berkenaan. BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....