Umno mungkin akan mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana menyokong rayuan royalti minyak rakyat Kelantan.
Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu.
Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan.
Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu.
“Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri,” kata Anwar.
Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku.
“Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR,” katanya.- TVS
























“Saya selaku Pengerusi Pemuda BN mengucapkan syabas dan terima kasih di atas persefahaman dan persetujuan yang dimeterai oleh semua pihak yang telah menampakkan kematangan politik di kalangan pemimpin generasi muda masa kini dengan meletakkan perpaduan negara mendahului perbezaan fahaman politik,” kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin (gambar) dalam kenyataan ringkas dimuatkan dalam blognya.
Kita melihat sejarah Umno Khianat lagi Derhaka kepada Raja Melayu .23 daripada24 Adun Terengganu mengugut boikot angkat sumpah Dato'Mohd Said selepas pilihanraya.Mereka wakil rakyat UMNO membuat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana.Mereka Umno mahu Idris Jusoh dilantik sebagai MB Terengganu.



















