Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 15 Disember 2009

Pemuda PAS temui Ariffahmi minggu depan

PETALING JAYA, Dis 15 — Dewan Pemuda PAS pusat akan mengadakan pertemuan dengan menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman minggu depan dalam usaha menyelesaikan isu kedudukan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Saya sudah bertemu dengan beliau di Kota Baru semalam secara tidak rasmi, minum kopi dengan beliau dan telah menyatakan pandangan kami untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan situasi beliau.

“Saudara Ariffahmi akan menyatakan tarikh pertemuan dengan kami, kemungkinan minggu depan,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi kepada The Malaysian Insider hari ini. Kata beliau, pertemuan itu akan diadakan di ibu negara.

Selain itu kata Nasrudin, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kedudukan Ariffahmi.

Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa isu peletakan jawatan Ariffahmi sebagai CEO PMBK akan diserahkan kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk menyelesaikan kemelut itu.

Nasrudin ketika mengulas lanjut memberitahu Dewan Pemuda PAS menerima kenyataan itu dan menganggap pendirian Hadi sebagai satu tindakan rasional.

“Sebab ia melibatkan urusan pentadbiran kerajaan negeri. Lagipun difahamkan setakat ini proses itu (peletakan jawatan Ariffahmi) berjalan dengan baik,” katanya.

Isu Ariffahmi tercetus kembali apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan PMBK hanya pada Mac depan.


Ketika menjawab soalan bahawa orang lain tidak berhak campur tangan dalam perkara ini, beliau berkata PAS sentiasa akur kepada kenyataan presidennya dan berharap isu tersebut tidak diperbesarkan lagi.

Beliau percaya Nik Aziz berupaya menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.

“Kita yakin, kemampuannya mentadbir Kelantan selama hampir 20 tahun, takkan tidak mampu untuk atasi masalah ini,” katanya.

Baru-baru ini Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera bagi mereda kemelut sedang berkisar dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Sementara itu rakan sejawatan Mahfuz yang juga selaku Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu bahawa isu Ariffahmi atau PMBK tidak disentuh langsung dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa pusat Ahad lalu.

“Jadi kita harap ia tidak akan dipersepsikan sebagai satu isu,” katanya.

Ariffahmi akur kepada arahan bapa mentuanya supaya melepaskan jawatan selepas menerima nasihat pimpinan PAS pusat demi menjaga nama baik Islam dan kepimpinan PAS.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....