Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 Oktober 2009

PRK Bagan Pinang: Peniaga rugi,kontrak bekal makanan di tarik serta merta






Calon PAS mendengar rintihan peniaga, Encik Jamhuri


PORT DICKSON
- Belum pun bergelar wakil rakyat, Saudara Zulkifli Mohamad Omar telah pun menjadi ’dahan’, tempat rakyat DUN Bagan Pinang untuk bergantung.

Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat itu telah menngunjungi sebuah restoran, disini semalam, ekoran aduan tidak puas hati pemiliknya yang mendakwa ditipu oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketika ditemui, pemilik restoran Jamsari, Encik Jamhuri berkata beliau telah dianiaya oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana membatalkan kontrak membekalkan makanan secara tiba-tiba.
Menurutnya, beberapa ketika sebelum kempen PRK Bagan Pinang bermula, beliau telah didatangi oleh seseorang dan menawarkan khidmat untuk membekalkan makanan bermasak kepada sepasukan polis yang bertugas untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Katanya, selepas menerima surat tawaran, beliau telah bersetuju untuk membekalkan makanan tersebut sebagaimana syarat yang dinyatakan.

Malangnya, kata beliau, kontrak tersebut dihentikan secara tiba-tiba, sehari selapas bekalan pertama dibuat.

“Tengok tu siap ada surat tawaran, tetapi dengan tidak semena-mena sehari selepas saya memulakan membekal makanan, kontrak saya itu diberhentikan tanpa sebab,

”pembatalan yang dibuat hanya dengan melalui satu panggilan telepon,”kata Encik Jamhuri sambil menunjuk surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Tentulah langkah (tindakan) yang demikian tidak adil kepada saya,”Keluhnya.

Oleh yang demikian, katanya, beliau bertindak mempamirkan ’kejadian tersebut’ diatas sebuah papan notis dihadapan kedainya supaya ia menjadi tauladan dan panduan kepada orang lain, agar berhati-hati ketika berurusan da;am musim pilihanraya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....