Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Selasa, 21 Disember 2010
Senarai Penderhakaan Umno Pada Raja Raja Melayu

Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.
Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.
Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.
1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.
2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.
Isnin, 20 Disember 2010
Pak Lah Lawat Tok Guru Nik Aziz Di Hospital HUSM
KOTA BAHARU 2
0 DIS: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dibenarkan keluar hari ini.
Beliau yang menerima rawatan susulan kerana menghidap sakit pinggang di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa lebih sejam melawat Nik Aziz hari ini.
Beliau diiringi anggota exco Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.
Abdullah kelihatan memasuki hospital itu pada 10.30 pagi dan keluar pada 11.45 pagi, dan 15 minit kemudian, Nik Aziz pula keluar dari wad hospital itu
dengan menggunakan kerusi roda sebelum memasuki kereta rasmi setelah dibenarkan pulang berehat di rumahnya.
Nik Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau dan Abdullah "bercakap perkara biasa".
Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah, berkata Nik Aziz dibenarkan pulang oleh doktor kerana kesihatannya bertambah baik selepas
menjalani rawatan pembedahan laser di bahagian pinggangnya.-Bernama

Karpal Singh Puji Pas,Bidas Anwar
KEPALA BATA
S: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.
S: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.
"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.
"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad
Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.
Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri AnwarIbrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti.
Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
Ahad, 19 Disember 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009