Aksi biadab penyokong BN yang menghina dan mencaci penyokong Pas dan Tok Guru Nik Aziz yang sempat dirakam dihari penamaan calon yang lalu.Saksikan dan nilaikan sendiri.....
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 31 Oktober 2010
PRK Galas : Pas Masih Ketinggalan,Sokongan Sekitar 49%

GUA MU
SANG, 31 Okt — Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah memasuki hari keenam, namun PAS masih menganggap parti itu sebagai ‘underdog’ dengan sokongan sekitar hanya 49 peratus — naik satu peratus berbanding awal minggu lalu.
SANG, 31 Okt — Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah memasuki hari keenam, namun PAS masih menganggap parti itu sebagai ‘underdog’ dengan sokongan sekitar hanya 49 peratus — naik satu peratus berbanding awal minggu lalu. Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengakui Barisan Nasional (BN) masih lagi mendahului dari segi sokongan pengundi. “BN masih lagi mendahului kita.
“Kita masih lagi anggap kita sebagai underdog dalam pilihan raya kecil ini.
“Disebabkan calon kita (Dr Zulkefli Mohamad) lebih baik dari calon BN (Abdul Aziz Yusoff) sokongan kita naik 49 peratus,” kata beliau pada sidang media di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kempen parti itu untuk mengekalkan kerusi DUN Galas pada pilihan raya kecil kali ini bermula dengan keyakinan sebanyak 48 peratus.
Wan Abdul Rahim berkata kemenangan PAS di DUN Galas kini bergantung kepada undi orang Melayu yang mempunyai jumlah terbanyak di kawasan itu.
“PAS yakin undi Cina meningkat dan persaingan sekarang adalah pengundi Melayu yang akan menentukan kemenangan parti yang bertanding.
“Pengundi Melayu kini yang jadi sasaran dan untuk memastikan kemenangan PAS kita perlu mempertahankan kawasan yang dimenangi PAS terutamanya di Sungai Terah di mana kita mendapat undi 69 peratus pada 2008,” katanya. Ahli Parlimen Kota Baru itu juga berkata, PAS akan menubuhkan jawatankuasa khas keselamatan yang akan memantau mana-mana individu yang cuba menyogok pengundi-pengundi.
Video : Gol Kemenangan Kelantan Pada Final Piala Malaysia 2010
Gol kemenangan oleh Badri Radzi
Gol penyamaan oleh Hairudin Omar
Kelantan Juara Piala Malaysia
Sambutan kemenangan pemain2 dan pegawai pasukan Kelantan
Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat Kelantan,terjemahkan kemenangan pada PRK Galas nanti "pergi baju merah kelik baju hijau ".....
Sabtu, 30 Oktober 2010
Biadab !!! Bekas Calon BN Tengking,Enggan Bersalam Dengan Tok Guru Nik Aziz
GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.
Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.
Langgan:
Catatan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009


















