Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 8 September 2010

Umno tidak sokong Ibrahim di PRU-13, letak calon di Pasir Mas

Tengku Adnan: Mengapa Umno harus sokong dia?

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan partinya tidak akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Ibrahim - Perkasa.
Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.
“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya semalam.
Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.
Kemudian beliau mengekalkan statusnya sebagai wakil rakyat Bebas.
Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005 tetapi hanya memperoleh 415 undi dan hilang wang deposit.
Pengkalan Pasir adalah kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Pasir Mas.
Selepas memutuskan hubungan dengan PAS, Ibrahim menubuhkan Perkasa atas matlamat mahu mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pertubuhan itu yang kini mempunyai lebih 50,000 ahli di seluruh negara menggesa pentadbiran Najib mempertahankan dasar ekonomi pro-Melayu dan Bumiputera meskipun kerajaan mahu meliberalisasikan ekonomi negara.

Selasa, 7 September 2010

Polis Percaya Sosilawati Masih Selamat



Polis percaya pengasas Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu berada dalam keadaan selamat walaupun kehilangannya itu masïh misteri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata siasatan terhadap kereta BMW X5 hitam milik jutawan berkenaan yang ditemui malam tadi juga tidak menemui sebarang kesan mencurigakan termasuk kesan diculik.

KM Sarawak: Tiada Tanda Taib Mahmud Sedia Berundur


7 Sept - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untuk menerajui BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri, walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akan berundur apabila tiba masanya.
Pendapat ramai di Sarawak ketika ini ialah beliau sememangnya pemimpin untuk Sarawak ketika ini.
Seorang penulis terkenal Amerika Denis Waitley pernah berkata: Ada dua pilihan utama dalam kehidupan, iaitu untuk menerima keadaan mengikut seadanya, atau mengambil tanggungjawab untuk mengubahnya.
Nampaknya anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mahu menggoncang kestabilan, kerana mereka berpendapat hanya beliau sahaja yang mampu mengekalkan perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin parti komponen dalam BN Sarawak.
Kriteria itu merupakan perkara penting untuk menerajui negeri dan mesej ini jelas disuarakan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching Ahad lalu, sekaligus menggambarkan kedudukan kukuh Taib dalam parti.
Menurut satu sumber parti, pemimpin-pemimpin penting PBB bimbang sekiranya Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri, ia mungkin menggugat kestabilan parti dan juga BN Sarawak.
"Ramai di kalangan anggota BN Sarawak bimbang sekiranya Taib tidak cukup mantap untuk menerajui pilihan raya. Apa sahaja pendapat anda tentangnya, dia mempunyai kepimpinan uang kukuh bagi memastikan segalanya berjalan lancar semasa pilihan raya, dan jentera pilihan raya bersatu di bawah satu pentadbiran," katanya.
"Sekiranya Taib mengambil keputusan untuk berundur sekarang, bagaimana penggantinya dapat mengekalkan perpaduan dalam parti, terutama dalam menangani isu-isu seperti calon berpotensi dan permainan politik dalaman yang akan memberi kesan terhadap jentera semasa tempoh berkempen?" tambahnya.
Beliau berkata sebarang keputusan terlalu awal di pihak Taib untuk berundur ketika ini pastinya akan menggugat kestabilan parti.
Keadaan ini secara tidak langsung memberi penjelasan kepada tindakan timbalan presiden parti PBB Tan Sri Alfred Jabu yang mengumumkan bahawa 71 cawangan PBB menyuarakan ikrar taat setia kepada Taib untuk terus memimpin sebagai Ketua Menteri, Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB.
Katanya kepimpinan Taib amat penting dan diperlukan bagi mengekal kestabilan politik Sarawak, keamanan, keharmonian serta perpaduan yang tidak tergugat, dan kerajaan negeri memerlukan Taib untuk mengekalkan disiplin bagi memastikan kerjasama kukuh antara parti-parti komponen BN Sarawak, di samping menjanjikan prestasi yang cemerlang dan berintegriti dalam BN.

13 ADUN PKR Sokong Azmin Tanding Timbalan Presiden


PETALING JAYA: Selepas menerima sokongan daripada 20 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat-BACA DISINI-, Naib Presiden parti, Mohamed Azmin Ali terus menerima 13 lagi sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Kesemua 13 berkenaan adalah ADUN dari negeri Selangor dan Negeri Sembilan.Sokongan berkenaan dinyatakan dalam satu sidang media khas di Shah Alam sebentar tadi.

Lima ADUN yang hadir pada sidang media berkenaan ialah Yaacob Sapari (Kota Anggerik), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Nik Nazmi Nik Ahmad (Sri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Seri Muda).Bagaimanapun lapan daripada 13 ADUN berkenaan tidak hadir.Mstar

Isnin, 6 September 2010

Sempena Ramadhan,Bubur Lambuk Percuma Dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut














Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut telah mengedarkan bubur lambuk percuma pada orang ramai bertempat di Bazar Ramadhan Kg Raja Besut.Turut serta Tim. Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Azman Sapawi,YDP Kawasan Besut Ust W.Azhar W.Ahmad dan Ketua Pemuda Pas Besut Ust Zulkifli Kadir.Lebih kurang 1 000 bungkus bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh Pemuda berjaya diagihkan dalam masa lebih kurang sejam lebih.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Majlis Berbuka Puasa Dun Kuala Besut





Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....