
Kontroversi surau yang tercetus dua minggu lalu ada hikmah tersendiri kepada semua pihak selain membuka kepada debat baru mengenai aspek bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau, kata Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching.



KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno."Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.
"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.
Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.
"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.
"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.
Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.
Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.
"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.
"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.
Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.
Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.Hrkh
Semasa di kawasan Air Putih, Ketua Menteri Pulau Pinang telah diminta komen tentang gambar 'Lim Sembelih Lembu' di mana pihak-pihak tertentu telah menggunakan gambar muka beliau dan 'superimposed' ke satu gambar YB Nizar menyembelih kerbau.
Di masa sama, kebijaksanaan dan keikhlasan PAS menerangkan kedudukan sesuatu isu berlandaskan ilmu Islam yang sebenar akhirnya berjaya menambat hati rakyat negara ini menjadikan parti itu sebagai alternatif kepada Umno/BN.SHAH AL
AM 3 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pendedahan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin bahawa 70 peratus saham Realmild (M) Sdn Bhd adalah di atas nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam komentar beliau yang disiarkan dalam blognya, Anwar berkata pengakuan Abdul Rahman dalam kes saman komersial RM10 juta yang difailkan oleh Datuk Khalid Ahmad, bekas pengarah Realmild terhadapnya akhirnya menyerlahkan kebenaran bahawa beliau tidak kepentingan dalam syarikat tersebut.
Realmild memiliki saham majoriti dalam konglomerate Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) yang mana Abdul Rahman pernah menjadi Pengerusi Eksekutifnya.
"Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.
"Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya," kata bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.
Anwar menyatakan kesyukuruan kerana fitnah yang dilemparkan terhadap beliau oleh Umno sehingga mempengaruhu sebahagianpenyokong parti itu terhadap dirinya kini telah dibongkarkan.
Semasa prosiding di bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Abdul Rahman mendedahkan beliau terkejut apabila diberitahu saham Realimild yang dipegangnya adalah kepunyaan Umno.
Akibatnya beliau kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham Realmild yang dibeli daripada Khalid adalah kepunyaan Umno.
“Saya mengambil-alih saham Realmild semata-mata berdasarkan pandangan dari sudut korporat dan perdagangan. Saya mencari dana untuk tujuan memiliki saham berkenaan melalui keupayaan kewangan saya dan tanpa bantuan daripada sebarang entiti politik,” kata Abdul Rahman menjawab soalan peguamnya, Alex de Silva.SK