Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah SWT yg melindungi saya dan seisi keluarga sepenuhnya dalam satu musibah kemalangan jalan raya pada 7 Jan 2010(khamis) , jam 9.20 pagi. Ianya berlaku sewaktu dalam perjalan ke klinik pergigian di Silibin apabila tiba-tiba sebuah kereta masuk trus kelorong laju dari persimpangan jalan Seruan yg mana saya terpaksa mengelak dari melanggarnya secara direct kerana ketika itu saya sedang memandu agak laju.
Alhamdulillah, kereta Volvo yg dielak itu hanya tergesel dibahagian hadapan kanan tetapi kereta Camry yg saya pandu terpaksa naik dan melanggar pembahagi jalan di tengah dan trus tercampak dan terbalik 4 roda keatas di pembahagi jalan tersebut.
Dengan izin Alah SWT saya sedar dan merangkak keluar dengan selamat. Saya trus menalipon doktor gigi menyatakan tidak bolih hadir serta anak lelaki saya, sementara pemandu Volvo tersebut, Doktor Nurul Huda menghampiri saya bertanya khabar, saya cuma mengalami cedera ringan di siku kanan dan sedikit pendarahan di pipi kanan.
"Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."
Tulisan dalam Facebook itu telah mengheret seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain, lima hari lepas.
Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, mengangguk tanda memahami pertuduhan itu, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ho Kong Chin.
Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.
Ho kemudian menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula dan juga untuk menetapkan jumlah jaminan.
PETALING JAYA, 15 Jan: Bekas anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yakin Umno akan gagal dalam usaha untuk menjatuhkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.
"Umno mungkin boleh menjatuhkan saya atau Datuk Seri Anwar tetapi saya tidak fikir dia akan mampu berbuat perkara yang sama kepada Tok Guru Nik Aziz," kata Zaid dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.
Wawancara itu diadakan di rumahnya dekat Tropicana pagi tadi oleh wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria dengan dibantu oleh Shukri Mohamad sebagai juru kamera.
Wawancara itu merangkumi pelbagai isu dari penubuhan parti Pakatan Rakyat, Dasar Pakatan Rakyat, sejarah beliau yang pernah menyaman kerajaan Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud serta masa depan Pakatan.
Wawancara penuh akan disiarkan selepas ini dalam bentuk teks dan juga video.
Dalam wawancara itu, Zaid ditanya kenapa beliau mencadangkan Nik Aziz sebagai pemimpin atau spiritual leader untuk Pakatan Rakyat.
Menurut Zaid, Nik Aziz mempunyai ciri-ciri pemimpin yang dikehendakli oleh Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. "Saya tidak dapat nafikan Datuk Seri Anwar sebagai ketua pebangkang adalah bakal Perdana Menteri kita jika Pakatan berjaya mengambil alih Malaysia tetapi untuk spiritual leader, sebagaimana yang dimainkan oleh Gandhi di India, saya rasa Tok Guru Nik Aziz," katanya.
Beliau bersetuju, ekoran cadangan dan isu-isu berkaitan dengannyalah Nik Aziz dan Kelantan kini menjadi sasaran Umno dan medianya khasnya Utusan Malaysia.
"Saya yakin Umno akan gagal," kata Zaid.
Namun begitu beliau berharap isu di Kelantan sekarang dapat diselesaikan segera.
Bagi beliau, dengan kewangan besar yang bakal dimiliki Umno melalui wang ehsan, PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan perlu bimbang juga.Hrkh
KUALA LUMPUR : Berikutan desas-desus Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan kali kedua atas isu liwat, masyarakat diseru agar menghadiri Forum Merungkai Konspirasi Membedah Kebenaran, anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Yayasan Aman selama tiga hari, bermula hari ini.
"Forum itu bertujuan mendedahkan isu-isu berkaitan konspirasi terancang yang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh selama enam tahun sebelum ini," kata Penyelaras Program Syafiq Sunny dalam suatu kenyataannya baru-baru ini.
Tambah beliau, forum yang dijalankan selama tiga hari, bermula hari ini turut menyentuh kupasan buku berjudul 'Anwar On Trial' karya Pawanchek Merican yang akan menjelaskan kronologi penuh berhubung penahanan tersebut.
Tengku Mohammad Faris Petra sedang mengimami solat hajat
Tengku Mohammad Faris Petra sedang khusuk berdoa
Sebahagian dari rakyat Kelantan yang hadir
Pemangku Sultan, Yang Maha Mulia tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah mengimamkan solat sunat hajat yang diadakan bagi memohon agar Allah SWT menyembuhkan kegeringan yang menimpa ayahandanya. Solat Hajat tersebut telah diadakan di Stadium sultan Muhammad IV, selepas sahaja solat maghrib dengan dihadiri rakyat jelata yang kemudiannya diikuti dengan bacaan surah yasin.