Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 11 Disember 2009

Update Video:Majlis Jamuan Bulanan Pas Beris Pak Abu(Disember 2009)







Majlis Jamuan Bulanan Pas Beris Pak Abu yang di adakan pada 10/12/2009 di Madrasah Hj Husin. Majlis yang menjadi program tetap Pas Beris Pak Abu ini biasanya di adakan pada minggu pertama setiap bulan.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Majlis Jamuan Bulanan Pas Beris Pak Abu(Disember 2009)


Sibuk menyediakan hidangan
Anak anak setia menunggu hidangan masing masing,sabar dik!!
Wajah ceria anak anak menjamu selera
Jangan segan,tambah lagi bang!!
Remaja turut tidak ketinggalan,pewaris kami di Cawangan ini
Antara orang penting Pas Beris Pak Abu
Kanak kanak turut bersama menjamah hidangan yang di sediakan


Seperti biasa setiap bulan Pas Beris Pak Abu mengadakan Majlis Jamuan Bulanannya.Untuk tujuan ini setiap ahli Usrah menderma sebanyak RM 5 setiap seorang bagi perbelanjaan menyediakan makanan.Majlis ini biasanya di adakan pada minggu pertama setiap bulan.Sepatutnya majlis ini di adakan pada minggu lepas tapi akibat cuaca yang tidak menentu ianya di tunda ke minggu ini.Bagi tujuan menyediakan makanan pula muslimat secara sukarela bergilir melaksanakan tugas ini.Tapi untuk tahun depan kami sepakat mengadakan pengundian bagi menentukan siapa yang memasak mengikut giliran setiap bulan.Dengan cara ini setiap seorang hanya perlu memasak sekali setahun.Ini memandangkan seramai 12 orang telah sanggup secara sukarela memikul tugas ini.Terima kasih.Selain dari merapatkan hubungan antara ahli,antara lain tujuan majlis ini di adakan adalah untuk menarik remaja dan kanak kanak untuk hadir berjamaah di Madrasah.Di samping itu majlis ini sekurang kurangnya dapat memupuk semangat gotong royong dan perasaan kekitaan antara kami warga Pas Beris Pak Abu.Terima kasih kepada Mok Ngoh Bidoh(Hjh Zainab Latif) yang sudi memasak untuk kami bulan ini.Menu bulan ini antaranya gulai ikan tongkol,kacang goreng,ikan panggang tawar,berbagai jenis ulaman dan semestinya budu.
P/S:Bulan Depan Giliran Keluarga Kamaruddin Mat Yaakob Menyediakan Masakan.
P/S:Video Akan Menyusul

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Khamis, 10 Disember 2009

Kes Saman Fitnah Anwar Terhadap Dr Chandra Didengar 16 Mac



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Mac bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar.

Tarikh itu ditetapkan apabila kes itu dikemukakan untuk sebutan di hadapan timbalan pendaftar Norazlin Othman di dalam kamar hari ini.

Anwar menyaman Dr Chandra ekoran dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac tahun lepas dan kemudiannya disiarkan dalam akhbar.

Pada 7 Ogos lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra untuk mebekalkan butiran dan maklumat lanjut mengenai 64 soalan kepada pemimpin PKR itu.

Dalam satu pernyataan pembelaan, Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar yang kemudiannya disiarkan di dalam dua akhbar harian berbahasa Inggeris pada 5 Mac tahun lepas.

Alternatifnya, beliau mendakwa jika perkataan yang digunakannya itu fitnah, yang dinafikan beliau, perkataanperkataan itu disiarkan pada satu keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat.BERNAMA

Video:Fakta Telaga Minyak Kelantan & Isu Tuntutan Royalti










Ceramah Isu Semasa 9 Dis 2009. Husam Musa mengupas "isu tuntutan royalti" & "fakta telaga minyak" di Kelantan.

Video Ehsan:MediakiniTV

MB Terengganu di Serang Lagi !

Ahmad Said berkupiah putih ketika berucap sebelum berangkat ke Mekah


- Cakap-cakap ‘Ahmad akan Dilucutkan Jawatan’ Kedengaran di Putrajaya

KUALA TERENGGANU – Khabar tentang Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said, akan diturunkan dari Tingkat 16 Wisma Darul Iman tidak pernah berhenti.
Sejak menjawat jawatan politik tertinggi Terengganu melalui pilihan istana pada Mac tahun lalu, Ahmad sentiasa diserang,

Terutamanya oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Mungkin silap beliau sendiri, yang membuat kenyataan awal, bahawa perlantikannya sebagai MB tidak akan bertahan lama.

Justeru, berita baru yang tersebar lebih panas dan sensasi, kerana pada kali ini ia bukan serangan yang datang dari kem Idris.

Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Rosol Wahid dikatakan sudah berdiam diri, mungkin mengadakan ‘gencatan senjata’.

Ia berikutan persetujuan beliau dilantik semula sebagai penyelaras DUN Ajil sebagaimana dilaporkan akhbar media perdana 13 November, 2009.

Oleg itu, berita Ahmad Said akan diturunkan dari kerusi Menteri Besar bukan sahaja memanaskan musim Monsun di Terengganu, malah sudah menjalar hingga ke Putrajaya.

Ia bermula dengan kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bagi menutup kejohanan perahu layar piala monsun pada 6 Disember, minggu lalu.

Percakapan berkenaan ‘agenda besar’ itu dilaporkan menjadi topik perbualan beberapa ADUN ketika Najib menyampaikan sumbangan bantuan bajir di Mengabang Telipot.

Sumber Buletinonline mengesahkan khabar tentang MB Terengganu akan ditukarkan telah kedengaran di Kementerian Kewangan beberapa hari lalu.

Ahmad Said pada 19 November lalu telah berangkat menunaikan haji, akan pualang pada 9 Disember dan dijangka memulakan tugas pada pertengahan Disember.BO

“Saya tidak akan minta maaf pada Mahathir” - Nazri



KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan tidak akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf berhubung pandangan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) bersifat perkauman.

Katanya, walaupun pelbagai pihak, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengkritiknya atas kenyataannya itu, beliau tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir.

“Sekarang ini di bawah Datuk (Seri) Najib kita ada 1Malaysia, maka sudah tentulah kita (BTN) punya kurikulum yang menampakkan 1Malaysia, sama ada dibuat sekarang, dulu, tak kiralah, tetapi dipinda. Itu yang penting. Jadi kita nak sesuaikan dengan apa yang Najib nak, beliau Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Katanya, terdapat anggota parti pembangkang yang dahulunya terlibat secara langsung dengan BTN sebagai pengarah dan fasilitator. Oleh sebab itu kerajaan tidak boleh menafikan kumpulan ini tahu kandungan sebenar modul kursus itu.

“Apa kebaikan yang anda dapat daripada modul yang memberitahu khalayak ramai bahawa hanya orang Melayu berjuang bagi kemerdekaan? Apa kebaikan yang anda dapat daripadanya? Adakah anda mengatakan bahawa orang Cina dan India tidak berjuang (bagi kemerdekaan)? Adakah anda mengatakan yang mereka bersama-sama dengan penjajah? Itu tidak adil,” katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati bekas perdana menteri itu dan ucapan beliau itu hanya merupakan hujahan balas terhadap kritikan Dr Mahathir terhadapnya.

“Jangan anggap saya bersikap tidak hormat. Beliau bebas memberikan komen terhadap kita. Dengan itu beliau perlu menerima hakikat beliau juga terbuka kepada kritikan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, beliau tidak akan meletak jawatan berhubung perkara itu dan tidak akan menarik balik komennya terhadap Dr Mahathir.

Diminta mengulas kenyataan Muhyiddin kelmarin, Mohamed Nazri berkata orang ramai berhak tahu pandangan kedua-dua pihak dan pemimpin tidak boleh menyembunyikan fakta daripada orang ramai.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata, beliau menghormati pandangan Muhyiddin dan berpendapat Timbalan Perdana Menteri itu mengambil peranan untuk cuba menyelesaikan masalah.

“Tak apalah dia nak komen, biarlah. Dia tak mahu tengok benda ini berlarutan. Jadi tak apalah, itu pandangan dia,” katanya.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....