Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 Februari 2014

Boss AirAsia Terkejut MAS Rugi RM1.17 Bilion

 Pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes

Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu."Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.

"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion."Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.

Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.

Selasa, 18 Februari 2014

Saman Fitnah : Rahim Nor Diasak Bertalu-Talu Oleh Hanipa Maidin

PULAU PINANG: Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin (gambar).

Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun membantah dengan menyatakan beliau bukan sebagai saksi pakar. Beliau menyatakan bahawa menurut pandangan beliau Mat Indera adalah seorang komunis.

Beliau bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah menemui sebarang bukti bahawa Mat Indera ada memegang kad keahlian Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau juga menyatakan bahawa komunis mempunyai perancangan besar untuk menegakkan negara komunis di seluruh dunia. Beliau juga mengakui negara ini dijajah oleh British meskipun Utusan cuba mengambil pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British

Apabila tiba giliran beliau disoal balas oleh Hanipa, peguam Mat Sabu itu memulakan soalan beliau dengan bertanya kepada Rahim Noor adakah dia sedar  Mat Indera adalah seorang guru agama dan tahu berbahasa arab dan beliau mengakui perkara tersebut. Hanipa juga bertanya.

Hanipa: Maaf saya bertanya Tan Sri, apakah tahap pendidikan agama Tan Sri?

Rahim: Saya tidak belajar tinggi agama, hanya sekolah pondok.

Hanipa: Pondok mana dan sampai tahap mana Tan Sri?

Rahim:  Pondok di Melaka sampai darjah 3 kalau tidak silap..pondok tu pun dah tak ada lagi.

Hakim: Sekolah pondok ke sekolah agama sebelah petang?

Rahim: Sekolah agama petang..

Hakim: Itu bukan sekolah pondok!

Hanipa: Jadi Tan Sri saya kata sekarang ini situasinya Mat Indera adalah seorang guru agama, ada pendidikan tinggi agama, tahu bahasa arab dan Tan Sri pula pendidikan agama yang rendah, setuju dengan saya kefahaman agama Islam Mat Indera lebih baik dari Tan Sri?

Bekas Tim. Menteri Desak Najib Letak Jawatan


Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy( gambar ) hari ini.

"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.

Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.Timbalan Pengerusi Hindraf, V Sambulingam memberitahu pemberita, satu lagi sidang media akan diadakan pada Sabtu di mana Waytha Moorthy akan menjawab soalan pemberita.

Katanya parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya malu dipimpin oleh pemimpin yang membuat pembohongan secara terbuka tentang kontrak yang dibuatnya dengan komuniti India.

"Kami meneruskan perjuangan. PM mesti faham, beliau boleh tipu kami, akan tetapi beliau tidak akan berjaya merampas maruah kami," katanya kepada pemberita yang memenuhi pejabatnya di Brickfields.

Anggota Hindraf yang hadir untuk menyokong Waytha Moorthy hadir dengan pakaian oren.Waytha Moorthy mengatakan Najib menipu rakyat Malaysia apabila mengatakan "Saya tidak berbincang dengannya mengenai peletakan jawatan."TMI

Isnin, 17 Februari 2014

Mahkamah perintah NST bayar RM350,000 kepada Husam Musa


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Su Geok Yiam, dalam perintahnya hari ini mengarahkan pembayaran itu sebagai gantirugi am,  teladan dan kerosakan teruk akibat berita yang dilaporkan oleh akhbar itu.Hakim juga memerintahkan kos sebanyak RM10,000 bagi bicara taksiran ganti rugi hari ini dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan ini di mahkamah.

Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.Dalam kes ini, NST menyiarkan satu berita yang didakwa memfitnah Husam pada 2008 lalu ketika beliau masih exco kerajaan negeri Kelantan.

Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.Husam diwakil peguam Mohd Yunus Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.TMI

Sabtu, 15 Februari 2014

Empat beradik dinasihat tidak kembali ke Sweden

 Anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7.

KLUANG - Empat anak pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal dinasihati tidak kembali ke Sweden andai mereka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ibu bapa mereka.

Sebaliknya kata Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat, pihak pendakwaan Sweden boleh menghantar wakil mereka ke Malaysia untuk mengambil keterangan empat beradik berkenaan.

"Rekod keterangan terdahulu anak-anak mungkin akan dicabar kerana mungkin keterangan anak-anak ini adalah 'under duress'," katanya kepada pemberita.
Katanya wakil SukaGuam akan ke Stockholm dalam masa terdekat bagi memberi sokongan kepada pasangan Malaysia itu.

Azizul Raheem dan Shalwati didakwa di mahkamah daerah Stockholm pada 10 Februari lepas atas tuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 hingga Disember tahun lepas.    Perbicaraan kes mereka akan bermula 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.

Empat anak pasangan terbabit iaitu Aisyah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) kini dijaga oleh keluarga pasangan berkenaan di Kelantan.

Dalam masa sama, Khairul Anwar berharap dapat meyakinkan mahkamah Sweden mengambil keterangan terkini anak-anak terbabit bagi membuktikan tiada penderaan fizikal mahupun emosi. - Bernama

Rabu, 12 Februari 2014

Taib Mahmud Bersara,Adenan Satem Ketua Menteri Baru


Tan Sri Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

Peletakan jawatan Taib akan bermula pada 28 Februari. Taib juga dijangka akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai TYT pada 28 Febuari ini.

Jika spekulasi ini benar, Taib perlu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan di kerusi itu.

Adenan merupakan menteri tugas-tugas khas Sarawak dan juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Taib memimpin Sarawak selama 33 tahun dan berkhidmat dengan semua perdana menteri Malaysia bermula sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al -Haj.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....