Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Disember 2012

PAS Perak buat laporan polis terhadap Shahrizat


IPOH: PAS Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang berbaur hasutan serta perkauman.

Laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh diketuai oleh Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Zawawi Hassan.

Zawawi ketika ditemui berkata, Shahrizat cuba mengugut serta menakutkan rakyat dengan mengatakan kekhuatiran beliau tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali jika Umno tidak lagi berkuasa.

Menurutnya, dakwaan tersebut sangat merbahaya dan boleh membangkitkan sentimen perkauman serta kacau bilau di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini.

Katanya, rakyat berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat ianya berniat jahat untuk menakutkan rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat.

“Beliau sengaja mewujudkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram di kalangan rakyat Malaysia seterusnya mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Bagan Serai menjelaskan, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas dan ianya dapat dibuktikan setelah Pakatan Rakyat dapat memerintah di beberapa buah negeri dalam keadaan yang aman tenteram.Hrkh

Ahad, 2 Disember 2012

Video : Tokoh Korporat Terkenal Antara Yang Sertai Pas

(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)



 BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Gambar kanan : Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)

Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.

Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.

'Doa Pas, Umno tidak ada beza'

 Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

SHAH ALAM – Sebaik kontroversi doa 'KO BN' yang dipimpin adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno dan dikatakan menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, Umno pula tampil mengadakan solat hajat dan memohon kesejahteraan negara kelmarin.

Bagaimanapun, Pas menganggap doa sama ada semasa Muktamar Pas ataupun pada Perhimpunan Agung Umno itu tidak mempunyai sebarang perbezaan kerana kedua-duanya memanjatkan hajat masing-masing.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, apa yang didoakan Pas tidak menujukan kepada mana-mana individu dalam Umno ataupun Barisan Nasional (BN).

Malahan katanya, beliau sendiri tidak berasa teruja dengan doa yang dibuat oleh Umno.

“Tidak ada apa yang nak teruja sebab bagi saya apa guna mendoakan kesejahteraan, sedangkan sejak mula Umno bersidang, sama ada perbahasan Puteri, Pemuda, Wanita hinggalah ke ucapan perasmian Presidennya, Pas dibelasah habis-habisan.

“Pas dikatakan songsang, pecah-belahkan umat Islam dan sebagainya, tetapi bila sampai ke penutup perhimpunan, nak mendoakan kesejahteraan pula,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Kelmarin, doa dan solat hajat itu dilaksanakan selepas selesai solat Jumaat di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 dan diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebelum solat hajat dimulakan, Jamil Khir memaklumkan bahawa solat tersebut dikhususkan untuk mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara.

Sabtu, 1 Disember 2012

Adun BN Batang Kali Didapati Bersalah Keluar Kenyataan Berbaur Seksis

Dewan Negeri Selangor (DNS) mendapati Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pada 22 November lalu.

Ekoran itu, Isa dikenakan denda sebanyak RM1,000 melalui potongan Elaun Khas Ahli Dewan Negeri.

Keputusan itu ditetapkan Speaker DNS, Datuk Teng Chang Khim setelah mengambil kira persetujuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul pindaan berhubung mengenakan denda kepada Isa.

“Bahawasanya dewan yang mulia ini mengambil ketetapan untuk mengenakan denda RM1,000 yang akan dipotong dari Elaun Khas Ahli Dewan Negeri ke atas Adun Kawasan Batang Kali terhadap kenyataan seksis yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Adun Bukit Lanjan pada 22 November 2012 semasa sesi penggulungan Yang Berhormat Bukit Lanjan yang berbunyi “…(Tapi) jangan sampai terlupa jaga hutan kita sendiri”,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan itu dipertikaikan Isa dengan mendakwa Speaker tidak berlaku adil terhadapnya ekoran kenyataannya tempoh hari tidak melanggar mana-mana peraturan tetap dewan.

Namun, Teng menegaskan tindakan itu adalah adil berdasarkan Peraturan 36(4) di mana Adun dilarang untuk menggunakan bahasa biadap.

“Bagi saya itu mencukupi untuk membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah berbaur seksis,” ujarnya.

Usul berkenaan dibawa Gan Pei Nei (PKR-Rawang) dan disokong oleh kumpulan penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tidak puashati dengan keputusan usul tersebut Adun-adun BN bertindak keluar dewan sebaik Speaker membacakan keputusannya.TVS

Jumaat, 30 November 2012

Naib Ketua Wanita Umno keluar parti

PETALING JAYA 30 November: Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno.

“Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

“Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna,” katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani.

“Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang tercorot di Sabah,” jelasnya.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan tanggungjawabnya memajukan Semporna,” tegas Kalasahan yang sedang mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN.

“Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat,” kata Azmin.KD

PPerhimpunan Umno sekadar belasah Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: “Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, menggelupur seperti lembu yang hendak mati,” kata AJK PAS Puat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan agama walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.

Umno sekarang, ujarnya sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan dan ereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama.

“Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, oemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno.

“Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang. Pada hal yang mengkhianat sesama Melayu ialah Umno,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu yang terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu.

“Tetapi Umno membaling batu sembunyi tangan atau pun seperti pencuri menjerit pencuri,” katanya.

Katanya lagi, Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat.

“Andaiannya Umno boleh membuat  apa sahaja kerana dia Melayu. Seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno,” ujarnya.

Beliau berkata, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanamkan sesama bangsa dan agama.

Katanya lagi, penafian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak sokong Umno contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno.

“Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?” tanya Idris.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....