Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 14 Disember 2011

Video : Panas !!! Ali Rustam Ganggu Ceramah Pas




Ini lah standard KM Melaka, sanggup datang jadi penganggu ceramah PAS di Bukit Baru, Melaka. Sama sahaja standard JKKK.

Cakap pula merapu, banyak hina Kelantan dan Pulau Pinang. Untuk pengetahuan, Dun Bukit Baru merupakan Dun beliau bertanding PRU lepas.

Khabar angin juga mengatakan PRU13 nanti beliau tidak akan bertanding di Dun Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil kerana kebarangkalian beliau akan kalah tinggi.

Fitnah II: Pendakwa raya tiada bukti, saya wajib dibebaskan- Anwar

KUALA LUMPUR 14 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau wajib dibebaskan dari tuduhan Fitnah II yang dihadapinya.

Menurut Anwar, kegagalan pendakwa raya mengemukakan bukti kukuh meskipun perbicaraan sudah memasuki peringkat penggulungan hujah, mewajarkan pembebasan beliau tanpa sebarang syarat.

“Bagi saya tidak ada fakta dan keterangan kukuh untuk mereka menghukum saya.“Saya wajar dan wajib dibebaskan,” kata Anwar selepas mahkamah ditangguhkan petang semalam.

Anwar dalam pada itu mempertahankan tindakannya memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh sewaktu diperintahkan membela diri.

“Saya memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh kerana itulah satu-satunya peluang saya untuk mengkritik sistem,” kata Anwar merujuk kepada sistem keadilan negara yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan Fitnah II berlangsung.

Bercakap lanjut, Anwar membidas pendakwa raya yang keupayaan saksi pakar pembelaan.“Bagi saya kalau nak meremehkan keupayaan mereka (saksi pembelaan) tidak sukar.“Itu sahaja yang mereka (pendakwa raya) lakukan,” kata Anwar.

Petang semalam pendakwa raya selesai membentangkan hujah penggulungan mereka selepas peguam bela Anwar selesai berbuat demikian.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah penggulungan pendakwa raya.Keadilandaily

Selasa, 13 Disember 2011

[Video] Imbas Kembali : Sultan Brunei,Tok Guru Nik Aziz,Najib Dan Hudud


Titah Sultan Brunei yang mahu Undang2 Syariah Islam yang didalamnya termasuk Hudud dilaksanakan di negara itu.Brunei yang merdeka pada 1984 ( 27 thn ) sudah bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya undang2 Allah.Adakah Malaysia yang sudah merdeka selama 54 tahun masih belum bersedia melaksanakan Hudud ???

Tidak ...Umno memang tidak mahu hukum ini dilaksanakan !!! Memetik Ucapan Tuanku Sultan Brunei " Siapakah kita dihadapan Allah untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu sedangkan undang2 ini bukanlah baru digubal,tetapi telah termaktub didalam Al quran dan Al Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih "...sayu,sebak pun ada....


Kenyataan Tok Guru Nik Aziz tentang hudud,bukti Pas bersungguh sungguh mahu melaksanakan hudud.Jelas dan padat,satu tamparan buat Umno dan Najib.


Kenyataan Najib jelas menunjukkan Umno menolak perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dengan berbagai alasan.

Umno sering memomokkan kononnya hudud yang di draf Pas sebagai hudud Pas,bukannya hudud sebenar.Tapi sampai sekarang Umno masih gagal mengemukakan bentuk hudud yang sebenar sebagaimana mereka mahukan.

Fitnah II: Tuduhan pendakwa raya tak berasas, kelirukan mahkamah

KUALA LUMPUR 13 Dis: Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah.

“Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka.“Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah.“Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini,” kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

Perbicaraan Fitnah II kini memasuki peringkat penggulungan hujah.Semalam, ketiga-tiga peguam Anwar termasuk Karpal Singh dan Ramkarpal Singh menggulung hujah mereka.

Hari ini pula adalah giliran pasukan pendakwa raya diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menggulung hujah mereka.

Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguambela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku.“Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku.“Itu pendirian kita dan tohmahan yang  dilemparkan tak pernah berlaku.“Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami,” kata Sankara penuh yakin.Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah.Keadilandaily

Anwar ramal PRU-13 sejurus selepas kes liwatnya selesai

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir, sambil menegaskan ia sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.

“Ini bukan secara kebetulan, akhir kes ini akan secara kebetulan (selari) dengan pilihan raya (umum),” katanya di pekarangan mahkamah.Hujah penggulungan masuk hari kedua hari ini.Ini kes liwat kedua membabitkan beliau.

Semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan pilihan raya umum akan berlangsung awal tahun depan.Mandat semasa hanya berakhir April 2013.

Menjawab hujah penggulungan pihak pendakwa yang menyerang keputusannya memberi keterangan dari kandang tertuduh, Anwar berkata beliau menggunakan perbicaraan untuk mengetengahkan keadaan sistem perundangan yang cacat.

“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia,” kata beliau lagi.

Perbicaraan akan disambung Khamis ini dengan pasukan pembela akan menjawab hujah pihak pendakwa.

Kemudian Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah akan memutuskan tarikh mengumumkan keputusannya.TMI

Video : Cara Penceramah Umno Mengganggu Ceramah Pakatan Rakyat



Beginilah cara bagaimana penceramah Umno mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di lokasi berhampiran.Nampaknya mereka begitu terdesak sehingga penceramah mereka merapu dan meroyan tanpa fakta,main hentam je.Langsung takde tokoh sebagai penceramah,memalukan,lucu pun ada...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....