Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 2 Disember 2011

[ Video ] Rasis : Umno Kluk Klek,Mahathir Kata Begitu Najib Kata Begini


Lihat dan dengar apa yang Tun Mahathir sendiri kata..


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO bukan sebuah pertubuhan rasis sebaliknya sebuah parti yang mendakap demokrasi.

Malah UMNO tegas beliau, sebenarnya pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum yang akhirnya berjaya mencipta kestabilan sosial dan kemakmuran nasional.

Parti itu juga menurut Najib, bukan parti yang gentar terhadap demokrasi sebagaimana dituduh oleh seteru-seteru politik mereka.

''Iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihan raya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan.

''Prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti,'' tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Nurul Izzah Cabar Shahrizat Bertanding Lagi Di Lembah Pantai

Umno dicabar meletakan Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding lagi di Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izaah Anwar.
Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan.
“Memandangkan pimpinan Umno kekal mempertahan Ketua Wanitanya, maka dengan ini saya mencabar mereka meletakan Datuk Shahrizat sekali lagi untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU akan datang,” katanya dalam perbahasan di Parlimen semalam.
Menurutnya, Wanita Umno harus mempertahankan kuota milik mereka di Lembah Pantai kerana bukan rahsia dalam kalangan Umno Wilayah Persekutuan bahawa seorang lelaki dan juga menteri bakal bertanding di kawasan itu pada PRU akan datang.
“Jika wanita Umno tidak mempertahan kuota milik mereka di Lembah Pantai, ini bermakna, golongan itu terus dipinggir oleh kepimpinan tertinggi Umno sendiri,” tegasnya.
Shahrizat ialah bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai beberapa penggal sebelum tewas ditangan Izzah yang pertama kali bertanding pada PRU lalu di kawasan itu.
Sementara itu, Izzah turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding dalam Parlimen yang memiliki komposisi kaum yang seimbang sesuai dengan gagasan 1 Malaysia dibanggakannya itu.
Izzah berkata, sekurang-kurangnya ada 115 kawasan Parlimen yang memiliki komposisi kaum agak seimbang antara Melayu, Cina dan India di seluruh negara

Panas !!! Wanita Umno Akui Shahrizat ' Liabiliti ' Kepada Mereka



KUALA LUMPUR, 2 Dis — Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.
Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”
Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.
“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.
“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.
Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.
Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.
“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.
Ketika berucap merasmikan persidangan tahunan pergerakannya kelmarin, Shahrizat berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu NFC.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencabar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.
Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.
“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.

Khairy dedah Penyalahgunaan Kuasa Zahid Hamidi ???


SHAH ALAM, 2 DIS : Ternyata anggapan sesetengah pihak bahawa badan berkuasa seperti Polis dan Tentera dipergunakan oleh UMNO ada asasnya.
Ini berikutan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungannya sewaktu perhimpunan agung UMNO di ibu negara semalam yang mendedahkan terdapat unsur-unsur penglibatan kedua badan keselamatan negara itu dalam menentukan calon yang bakal bertanding.
"Kali ini kita pastikan bukan semata-mata bergantung kepada laporan agensi kerajaan, tetapi betul-betul calon yang dikehendaki rakyat," tegas beliau bangga.
Sehubungan kenyataan itu, Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Che'Gu Bard menggesa siasatan harus dijalankan bagi membuktikan bahawa pemerintah negara ini tidak memperkudakan badan yang seharusnya bebas dari politik kepartian.
"Malangnya dengan pengakuan ini ternyata Polis dan Tentera diperkudakan sebagai jentera politik Umno. Pegawai tertinggi PDRM dan ATM perlu tampil menjawab kenyataan ini.
"Jika ini benar maka negara benar-benar dalam masalah. Sistem negara hancur apabila dua elemen penting yang menjadi tonggak keselamatan negara juga telah dilacur demi kepentingan politik UMNO," ujar Che'Gu Bard kesal.
Malah dalam kenyataan yang sama juga, Khairi turut memberi gambaran Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) menyalah guna kuasa mengagihkan kad kredit untuk mengekalkan pengaruh dalam pemuda ketika menjadi Ketua Pemuda Umno.
"Dah pernah dalam sejarah Pemuda Umno yang senasib dengan saya. Ada yang sebut Datuk (Zahid Hamidi senasib).
"Tetapi dia dilantik pengerusi BSN, kurang-kurang boleh bagi kad kredit. Saya nak bagi apa pun tak boleh," katanya.
Ekoran pendedahan itu, Che Gu Bard berharap agar bekas Ketua Pemuda UMNO, Zahid Hamidi dapat tampil memberikan penjelasan berhubung pendedahan serius ini.
"Dengan kenyataan ini sewajarnya SPRM (jika benar membenteras salah guna kuasa dan rasuah) boleh memulakan tindakan. Kepada rakyat kenyataan ini sewajarnya SPRM boleh memulakan tindakan,"katanya.TVS

Khamis, 1 Disember 2011

Video : Panas!!! Jawapan Saifuddin Kepada Ucapan Shahrizat




Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.

Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin

"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.

"Saya berpendapat ahli wanita Umno sama ada isteri atau ibu, mereka tidak tahu menahu dan tidak terbabit dalam isu ini.

"Skandal ini cuma babitkan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri dan ada dalam mesyuarat jemaah menteri yang buat keputusan projek fidlot ini dapat kepada suami dia," kata Saifuddin lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.

"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.

"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat," katanya lagi.

Saifuddin dalam pada itu turut mendakwa, penganugerahan projek berkenaan juga "tidak telus dan menyeleweng" kerana cadangan projek berkenaan dicedok daripada satu kertas cadangan.

Bezanya, kata beliau, cadangan berkenaan langsung tidak memerlukan suntikan modal kerajaan tetapi hanya memerlukan tanah kerajaan untuk disewa.

Syarikat yang tidak dinamakan itu juga bercadang untuk membiak baka lembu berkenaan dengan baka import, berbanding usaha NFC yang hanya "menggemukkan" lembu yang diimport sebelum disembelih dan dijual.

"Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.

"Anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

"Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat," katanya yang mahu perdana menteri bertanggungjawab.

Saifuddin (kanan) berkata, perdana menteri perlu bertanggungjawab selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi "kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha."MK

Pas Lawan Umno,Yang Menang Takkan DAP

KUALA LUMPUR, 1 Dis: “Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS, yang menang sudah tentu antara Umno atau PAS,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka PWTC pada 29 November lalu yang menyatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno.

“Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar.

“Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chua Soi Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, kalau itulah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia kerana lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno menyebut DAP ganti PAS sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih PAS dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.

Menurutnya, rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat.

Ini, ujarnya adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara.

Katanya lagi, parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.

“Walaupun Tan Sri Muhyiddin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada menyokong PAS, kononnya DAP yang mengganti PAS tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkhianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno.

“Jika inilah yang berlaku layaklah PAS ganti Umno,” ujarnya.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....