Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 4 September 2011

Bongkar !!! Yayasan Warisan Johor Iktiraf 'Mat Indera' Sebagai Pejuang Kemerdekaan ?



Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Kelantan : Kenyataan Dangkal Awang Adik

Kenyataan Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang disiarkan Utusan Malaysia pada 1 Sept 2011

KOTA BHARU, 4 Sept: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin bahawa kerajaan Kelantan berkemungkinan besar tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya selama-lamanya sebagai satu kenyataan yang berninat jahat dan dangkal serta bernada sumbang.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar kiri) berkata, kenyatan itu juga membayangkan seolah-olah beliau begitu jahil dengan tanggungjawab kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan lebuh raya di negeri-negeri di seluruh Malaysia.

“Saya juga ingin melahirkan rasa kesal di atas kenyataan tersebut yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 3 September 2011 yang antara lain turut menyatakan bahawa kerajaan PAS Kelantan telah diberi peluang selama 21 tahun untuk menyelesaikan masalah kesesakan namun gagal untuk mencari jalan penyelesaian.

“Adakah Awang Adek baru tersedar dari tidur atau sengaja mencari pertembungan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dalam isu ini, wallahualam,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga bertanya sedarkah Awang Adek bahawa pada 1 September 2011, Utusan Malaysia selaku lidah rasmi Umno sendiri di halaman 6 menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang tegas menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tidak akan mampu membina lebuhraya kerana pembinaan lebuhraya ialah tanggungjawab kerajaan Pusat.

Katanya, jika Awang Adek terlupa untuk membelek akhbar pada hari tersebut, boleh perturunkan kembali kata-kata Mustapha yang antara lain menyebut, “Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri…”

Soal beliau, bukankah kenyataan itu jelas menunjukkan pengakuan Mustapha sendiri bahawa pembinaan lebuhraya ini bukan merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

Katanya, cuma kerajaan negeri terpaksa mengambil alih apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab iaitu kerajaan Pusat nampaknya tidak berminat untuk membela nasib rakyat Kelantan yang majoritinya ialah orang Melayu.

Dalam hal itu, beliau mencabar Awang Adek untuk menyebut mana satukah negeri di Malaysia yang membina lebuhraya tanpa apa-apa bantuan dari kerajaan Pusat.

Beliau yang juga Adun Mengkebang sepenuhnya yakin jika Umno yang berkuasa di negeri Kelantan, bukan setakat membina lebuhraya, untuk menyelaras projek kecil-kecilan di peringkat kampung pun akan berlaku pertembungan kepentingan pelbagai pihak demi mengaut keuntungan mudah.

Justeru, beliau berharap Awang Adek lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kedangkalan seseorang itu bukanlah diukur melalui tinggi rendahnya pangkat tetapi pada betul tidaknya fakta yang diberikan.

“Jangan Awang Adek sangka keterlanjurannya dalam isu judi bola sepak pada tahun lepas sudah dilupakan oleh rakyat Kelantan. Ditambah pula dengan kenyataan dangkal seperti ini, semakin kuranglah markah untuk menjadi ‘bakal Menteri Besar Kelantan’ sekali lagi,” ujarnya lagi.Hrkh

Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri


KUALA LUMPUR, 4 Sept — Serangan tidak henti-henti Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu, kata penganalisis politik.

Beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, Umno mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya - yang mana telah “yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi” — bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.

“Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya,” kata Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI).

“Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita,” tambahnya.

Semalam Pemuda Umno berkata mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara - dipanggil Pentas Patriot - untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad.

Mohamad, yang lebih dikenali “Mat Sabu” (gambar) mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Umno dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

Penganalisis politik dari Universiti Monash James Chin berkata, “sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri.”

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar.TMI

Kedah Tak Perlukan Pemangku MB - Ust Azizan


KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan pemangku bagi membantu beliau mentadbir negeri itu berdasarkan situasi kesihatannya pada masa ini.

Azizan berkata, selama ini pun beliau bukan menjalankan tugas berseorangan tetapi sudah lebih tiga tahun mentadbir negeri ini dengan dibantu barisan Exco kerajaan negeri yang dilantik.

Malah, menurut Azizan beliau cukup kuat untuk menjalankan tugas selaku ketua pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang dilakukannya sejak pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan Kedah pada pilihan raya umum 2008 lalu.

“Bagi saya sebagai Menteri Besar, saya tengok apa yang ada sudah elok. Barisan Exco telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya dipetik Mingguan Malaysia.

“Kecuali pada pandangan PAS Pusat saya buat kerja tidak elok, itu hak merekalah nak tolong Kedah ini,” katanya di Yan.

Azizan bekata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan dalam sebuah portal berita bahawa pimpinan Pas Pusat akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pas negeri bagi membincangkan perkara berkaitan laporan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris kelmarin.

Laporan akhbar berkenaan antara lain menyebut mengenai pelantikan pemangku Menteri Besar bergantung kepada tahap kesihatan Azizan.

Mengenai cadangan Pemuda Gerakan Kedah agar diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terjejas jika pimpinan tertinggi kerajaan negeri ini tidak dapat berfungsi bagi suatu tempoh yang panjang, Azizan berkata, perkara itu tidak boleh dilaksanakan sesuka hati.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, jika seseorang Menteri Besar itu sudah tidak mampu untuk menjalankan tugasnya, perkara itu perlu dimaklumkan kepada Sultan Kedah.

Selepas itu, barulah parti pemerintah kerajaan negeri semasa boleh mencadangkan kepada Sultan Kedah mengenai pelantikan baru.

“Persoalannya, sekarang ini saya cukup kuat. Saya tidak tahu tang (bahagian) mana saya tidak mampu. Cuti bukan satu masalah. Saya akan terus menjalankan tugas selagi diberi amanah oleh PAS Pusat untuk mengetuai Kedah,” katanya.TVS

Sabtu, 3 September 2011

Benarkah Umno menentang ideologi komunis?


Tahniah kepada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kerana berjaya menarik umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini taboo untuk dibincangkan.

Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda.

Setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....

Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan terbuka.

che'GuBard tidak mahu menyentuh panjang, cukup dengan menyentuh benarkah Umno memusuhi PKM kerana ideologi Komunis atau kerana mewarisi sentimen perang penjajah.

Jika benar dengan bercakap soal ideologi komunis menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan Regim Najib yang memberikan lesen kepada lidah rasmi Parti Komunis China ?

Malaysiakini pernah melaporkan KDN memberikan permit kepada lidah Rasmi Parti Komunis China (klik sini untuk baca lanjut)

Betul benar, telah lama beri permit kepada organ parti kominis ini terbit di Malaysia. Mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, KDN telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Kominis Malaya bernama "People's Daily".

Mengikut Wikipedia:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China


Yang hairannya, Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri , dan ada negeri PR memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas2 tentera kita yang telah terkorban menentang penentangan Parti Komunis Malaya satu masa dahulu? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China?

Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka2 yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?

Umno juga sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan parti komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan.

Malah ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar paksa pulang Pelarian2 Politik Uighur China.

Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah melawan untuk sebuah negara Islam Merdeka.

Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini kezaliman lebih lagi ketika Ramadhan.

VIDEO : SIDANG MEDIA MAT SABU MENJAWAB FITNAH KOMUNIS TV3, MEDIA PERDANA

Part 1




Part 2

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....