Lebih-lebih
lagi, cara dan pendekatan kerajaan Najib Razak mengendalikan
perhimpunan BERSIH 2.0 telah mencungkil ketidakpuasan ramai, dari
Sasterawan Negara yang menjadi ikon budaya, hinggalah bekas mufti yang
berpengaruh dalam bidang agama; dari mereka yang berada di atas pagar,
hinggalah pewaris tokoh UMNO sendiri - Marina Mahathir.Mengikut perhitungan biasa, kerajaan Najib dijangka memerlukan tempoh dalam setahun untuk memperbaiki keadaaan, atau sekurang-kurangnya meredakan ketidakpuasan ini. Dengan kata lain, PRU 13 paling mungkin diadakan pada tahun 2012 selepas Jun, malah tidak mustahil diheret sehingga awal tahun 2013.
Semakin lama PRU ditunda....
Namun demikian, perkiraan UMNO mungkin tidak mengikut logik biasa. Semakin lama PRU ke-13 ditunda, bermakna semakin berat bebannya. Pertama, UMNO-BN tidak mempunyai alasan untuk menundakan reformasi sistem pilihan raya. Perlu diingatkan bagaimana impak "BERSIH 1.0" memuncak apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari pengundian PRU 12. Kerajaan Najib sama ada kehilangan undi berikutan "ketidaksempatan" melakukan reformasi sistem pilihan raya, ataupun tumbang kerana sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.
Dari
segi ekonominya, semakin lama PRU 13 ditunda, maka kerajaan BN perlu
bergelut dalam situasi inflasi yang semakin melonjak. Harga minyak
semestinya akan meningkat, selain tarif elektrik yang telah dijanjikan
akan dikaji setiap enam bulan. Keadaannya akan lebih parah dalam
suasana ekonomi yang tidak menentu, malah dijangka "meleset" pada tahun
2012. Pengurangan subsidi hampir pasti berlaku. Meskipun dibuat juga
peruntukan bajet (gula) untuk meraih undi, persoalan yang
melantun-lantun adalah, dari mana datangnya wang itu?Dari segi politiknya pula, seandainya PRU 13 dijalankan pada 2012 mahupun 2013, pengundi Sarawak akan tertanya-tanya, bilakah Ketua Menteri Taib Mahmud bersara? Meskipun menang dalam pertarungan sengit PRN Sarawak pada April 2011, namun BN sedar bahawa angin perubahan semakin kencang. Seandainya Taib Mahmud dikekalkan, maka ia menghulurkan senjata kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang dirinya. Sebaliknya, jikalau Taib Mahmud digugurkan, maka pertentangan kepentingan akan berlaku, antara Taib Mahmud (gambar bawah) yang sudah 30 tahun berkuasa di bumi kenyalang, dengan kepentingan kerajaan persekutuan.







